Pada 6 April 2010, surau Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) dipenuhi dengan para pelajar dan sejumlah orang luar yang prihatin dengan nasib rakyat Palestin. Program “Kami Prihatin Palestin” pada malam itu menghadirkan dua orang penceramah dari Hizbut Tahrir Malaysia (HTM), dimulakan selepas solat maghrib dan bersambung selepas solat Isyak. Ustaz Khairul @ Ridhuan Hakim menjadi penceramah pertama yang membincangkan topik sejarah pemerintahan umat Islam dan dalil-dalil akan kembalinya Khilafah buat kali kedua.
Manakala Presiden HTM, Ust Abdul Hakim Othman menyampaikan tajuk Strategi Kuffar ke Atas Palestin Dan Penyelesaiannya. Program turut diselitkan dengan tayangan video tentang penderitaan rakyat Palestin serta dimeriahkan dengan pameran dan jualan buku, cenderamata serta CD.
Manakala Presiden HTM, Ust Abdul Hakim Othman menyampaikan tajuk Strategi Kuffar ke Atas Palestin Dan Penyelesaiannya. Program turut diselitkan dengan tayangan video tentang penderitaan rakyat Palestin serta dimeriahkan dengan pameran dan jualan buku, cenderamata serta CD.
Ustaz Ridhuan dalam penyampaiannya menghuraikan dengan panjang lebar hadis Nabi SAW mengenai pemerintahan Islam selama 5 zaman iaitu bermula dari zaman kenabian, Khilafah ala minhaj nubuwwah, mulkan adhan, mulkan jabariyyatan (diktator - sekarang) dan akhir sekali akan kembali semula zaman Khilafah ala minhaj nubuwwah. Di akhir ceramahnya, Ridhuan menekankan usaha ke arah merealisasikan sabda Rasulullah SAW dengan menegakkan semula Daulah Khilafah dan meninggalkan pemerintahan demokrasi yang penuh penipuan dan kekejaman yang berasal dari Barat ini.
Sementara itu, Ustaz Hakim pula merungkai satu per satu strategi kuffar Barat ke atas Palestin yang bermula dengan usaha mereka menjatuhkan Daulah Khilafah dan mewujudkan negara haram Israel di bumi Palestin. Di akhir ceramahnya, Hakim menyampaikan penyelesaian sebenar menurut Islam terhadap isu Palestin iaitu pemerintah kaum Muslimin di seluruh dunia wajib menghantar tentera untuk melawan keganasan Israel yang hanya dengan jalan inilah kita dapat membebaskan tanah yang penuh diberkati itu secara tuntas.
Namun, oleh kerana pemimpin yang ada hari ini tidak berbuat demikian, maka satu-satunya jalan penyelesaian adalah berusaha untuk menegakkan semula Khilafah yang mana Khalifah nanti Insya Allah akan menghantar bala tentera untuk berjihad bukan sahaja di bumi Palestin, malah di kesemua tanah umat Islam yang dirampas oleh puak kuffar. Ceramah presiden HTM itu ditutup dengan laungan takbir sebanyak tiga kali dari hadhirin.
Majlis yang dihadiri seramai hampir 300 pelajar lelaki dan perempuan itu berakhir sekitar jam 11.30 malam. Semoga Allah memberikan ganjaran kepada semua yang terlibat di majlis tersebut dan menguatkan usaha kita semua untuk berusaha menegakkan Khilafah.