Salam satu Khilafah,


Barangkali di saat ana menulis coretan ini,pihak Nato telah pun meluaskan penguasaannya di bumi minyak ke-9 terbesar di dunia. Seperti biasa negara pertama yang masuk secara haram ke bumi libya adalah negara yang melabelkan mereka sebagai Polis antarabangsa. Pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada U.S kerana menghantar tentera mereka untuk membantu pihak pembankang Libya menentang pihak kerajaan. U.S membalas dengan mengatakan tujuan penghantaran tentera adalah;

1. Bantuan kemanusiaan kepada penduduk Libya yang telah di bom oleh pihak kerajaan Ghadaffi.

2. Menjaga dan mengisytiharkan sebagai "no-fly zone" di Libya yang mengehadkan pesawat kerajaan untuk terbang bebas dan mengebom pihak tentera Ghadaffi.

Biar apa pun dolak dalik si Obama jelas melambangkan sikap US yang tidak konsisten dan berat sebelah. Alasan yang diwar-warkan hanya sekadar helah mereka untuk mencapai matlamat yang satu yakni telaga minyak ke-9 terbesar di dunia.



Andainya sifat kemanusiaan yang menjadi titik tolak tindakan merek a pastinya Palestin negara pertama yang mereka pastikan untuk "No-fly zone" di laksanakan. Amerika seterusnya mengebom or menembak mana-mana pesawat Israel yang secara haram memasuki zon udara Palestin.

Jelasnya Amerika tidak berbuat demikian atas nama kemanusiaan yang dihembur ke serata dunia dan kononnya merekalah satu-satunya negara di dunia yang mempunyai sifat kemanusiaan terhebat sehingga terlebih dahulu menghantar tanker dan pesawat tentera.

Lebih malang lagi negara "umat Islam" juga terjebak dengan permainan wayang yang di arahkan penerbit Hollywood bertaraf Warner Brothers, Disney, atau pelbagai lagi. Negara umat seperti Qatar dan UAE menjadi pelakon yang bakal mendapat habuan masing-masing seandainya dapat memberi lakonan yang terbaik.

Ditemuramah seorang juruterbang Qatar Army, yang beliau sanggup berkerjasama dlam pakatn NATO semata-mata kerana tidak sanggup melihat lebih ramai yang menjadi mangsa kekejaman Ghadaffi. Niatnya baik seolah nama putih bersih bak kain putih yang baru dibeli dikedai. Namun hakikatnya mereka terjebak dalam satu konspirasi terbesar untuk mengaut kekayaan Minyak Libya.

Maka wahai umat Islam, ayuhlah kamu kembali kepada Islam dan jauhkan dari terus ditipu oleh Barat dan pembelot Islam(pemimpin-pemimpin sekutu barat). Moga Islam kembali tertegak dengan Khilafah.



Wassalam.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Post a Comment

Previous Post Next Post