Salam...

Sedikit terdetik didlm pemikiran saya bahawa media Malaysia sememangnya dimanopoli oleh sang pemerintah, mana tidaknya sempena Piliharaya Sarawak pada 16 April ini bakal menentukan tampuk pemerintahan yang baru di Sarawak. Namun sepanjang pemerhatian saya berkenaan sistem demokrasi yang ada di Malaysia sememangnya tidak telus malahan ada dikalangan blogger pihak pembangkang yang menulis berkenaan kelemahan sistem demokrasi yang ada di Malaysia.

Namun ingin saya tegaskan disini, sistem demokrasi sesungguhnya bukan dari Islam malahan HARAM untuk kita terus berada, menggunakannya dan mengembangkannya. Cuba tuan-tuan fikirkan , apabila Iraq ditawan, idea pertama yang di syorkan oleh US adalah mengamalkan sistem demokrasi "suara ditangan rakyat" dan menghapuskan sistem autokratik yang sedia ada.

Nah, disitu jelas sudah sistem demokrasi ini disetujui oleh Barat dan mereka sentiasa memandang ia sesuatu idea yang bagus serta menjaga kesejahteraan rakyat. Sebenarnya tiada satu negara pun di dunia mengamal sistem demokrasi yang bersih malahan negara yang dikatakan mempunyai demokrasi terbaik yakni AMERIKA.


1. Berita pilihanraya telah menutupi krisis yang berlaku di timur tengah dimana kebangkitan rakyat untuk menghapuskan pemimpin yang kejam, tamak dan menghina Islam.

2. Sebaliknya di Malaysia, rakyat terus memberi kepercayaan kepada pemerintah yang sedia ada dan menyakini kesucian demokrasi biarpun telah mendapat "hint" dari Amerika yang mereka memang merestui sistem demokrasi sekiranya terus dilaksanakan dan dijaga.

3. Kebangkitan umat Islam di Timur tengah sesungguhnya dirahmati dan mereka sebenarnya telah sedar akan kekuatan yang ada pada mereka untuk menukar pemerintah yang penipu dan memakan harta rakyat. Mereka mula bangkit kerana sudah tidak dapat menanggung kehinaan yang terus menerus dilakukan oleh pemerintah sekular mereka.

Barangkali di Malaysia, umat masih tidak sedar akan penghinaan ke atas Islam yang hari demi hari dilakukan namun secara tersirat dan moga rakyat Malaysia sedar akan penipuan yang dilakukan itu.

Ayuh..bersama mengembalikan Khilafah yang menyatukan seluruh umat Islam di dunia ini dibawang peraturan yang satu.

wslm

Post a Comment

Previous Post Next Post