Assalamualaikum...

"Ayuhlah..remaja Islam,bersama mendirikan negara dibawah naungan syariah"..laungan bait-bait nasyid yang dinyanyikan oleh belia-belia IKBN Lanchang di Temerloh.

YouTube Video

Kem Belia ini merupakan yang pertama diadakan di IKBN Lanchang dengan kerjasama Alumni Semetrik dan Khilafah Centre. Program ini bermatlamat untuk mendidik belia-belia Islam supaya menghayati tolok ukur dalam perbuatan, sistem pergaulan Islam juga matlamat hidup sebagai seorang muslim.

Kem belia ini juga mendapat kerjasama yang sangat baik daripada pihak pengurusan IKBN serta mendapat penginapan yang baik. Jazakallah buat pengurusan IKBN Lanchang.

Kuliah maqrib malam Ahad bertajuk "Fenomena Couple, Fatamorgana Remaja" disampaikan oleh Ust Abu Aisyah yang dibawa khas dari Khilafah Centre Bangi. Antara isi yang dikupas Ust Abu Aisyah adalah keharaman budaya couple dikalangan remaja bersandarkan hujah Al-Quran dan As-Sunnah. Hadirin yang datang begitu khusyuk pembahasan couple yang dibahas oleh ust Abu Aisyah.




Malam Ahad diteruskan dengan pembentangan kumpulan berkaitan ceramah 1 dan ceramah 2. Pembentangan setiap kumpulan mendapat banyak soalan dikalangan barisan fasilitator sebagai pengkritik dan penilai.








Pagi Ahad yang dingin di IKBN dimulai dengan sujudnya ke hadapan Allah swt dalam solat subuh. Dan diteruskan dengan kuliah maqrib yang disampaikan oleh Rahman Imtiyaz yang mengetengahkan isi nafsiyyah Islamiyyah.






Biarpun tidak keseluruhan peserta yang hadir dalam kuliah subuh ini, namun yang hadir itu begitu bersemangat mendengar kuliah yang disampaikan oleh Akhi Rahman.

Usaha untuk menjernihkan kefahaman Islam kepada keseluruh belia-belia IKBN merupakan satu usaha berterusan yang dianjurkan oleh Khilafah Centre. Usaha begini dalam rangka untuk menjernihkan remaja dalam pemikiran asas sebagai seorang muslim. Fasilitator merupakan golongan profesional dari syarikat-syarikat besar di sekitar Kuala Lumpur dan juga mahasiswa dari institusi tempatan.






Majlis berakhir dengan nyanyian lagu nasyid dari kumpulan Shoutul Khilafah. Lagu yang penuh bermakna dan memberi iltizam buat belia-belia IKBN untuk turut sama memperjuangkan Islam.

Moga usaha murni dari pemuda pemudi Islam Khilafah Centre mendpat redha Allah swt.

"Ayuh..bersama mendirikan syariah Islam"

Iskandar
17 April 2011
IKBN Lanchang, Temerloh, Pahang.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Post a Comment

Previous Post Next Post