Assalamualaikum,

Saya pasti mana-mana penganut agama Islam, ketibaan dan berada di hadapan kaabah pasti satu cita-cita yang ada di dalam hati mereka. Cuma dalam soal kemampuan yang kadang-kadang menyebabkan ada dikalangan umat Islam yang tidak dapat ke tanah suci Makkah. Namun demikian bukanlah menjadi satu penghalang atau alasan untuk kita tidak ke tanah Haram. Cuba kita bayangkan berapa duit atau gaji kita yang telah kita laburkan untuk pakej-pakej pelancongan yang lain seperti pergi ke Indonesia, pusing-pusing Malaysia, Europe dan pelbagai lagi. 

Namun adakah kita dah keluarkan duit kita untuk menjadi simpanan supaya kita dapat menunaikan umrah? Tepuk dada tanya iman. Sejauh mana usaha kita untuk mengerjakan ibadah umrah dan seterusnya berusaha untuk menunaikan ibadah Haji. Untuk Haji kita perlu mendaftar dengan tabung Haji dan minimum untuk daftar Haji adalah RM 1300. Dari situ kita akan diberikan tahun kita dijangka akan menunaikan haji.

Ketibaan di Jeddah MH 8046 adalah pada jam 8.10 mlm waktu tempatan. Ketibaan kami dikatakan awal dari jadual asal. Perjalanan kami memang agak lancar, bermula dari check in di Kelana Jaya dan seterusnya check in di Airport KLIA. Semua proses agak lancar, tidak sebarang gangguan atau kelewatan. Dan kami berlepas dari lapangan terbang KLIA seperti yang dijadualkan. Alhamdulillah untuk semua ahli jemaah haji KT-37.

Gambar jemaah haji dihantar dengan menggunakan bus Plusliner. Semua bas diiringi oleh Polis Diraja Malaysia.


Ketibaan kami di airport Jeddah awal dari jadual asal dalam 8.10 malam. Setelah ketibaan , kami diminta untuk tunggu di balai ketibaan. Alhamdulillah selamat menjejakkan kaki di tanah Jeddah. Di dalam flight tadi kami dihidangkan dengan 2 makanan yakni sejam selepas flight berlepas dan 2 jam sebelum flight mendarat. Keseluruhan penerbangan dan crew kapal terbang amat membantu dan selesa terbang dengan Malaysia Airlines Hospitality ( sayangnya company ini rugi setiap tahun). Makanan yang dihidangkan juga adalah nasi, jadi kenyang ketika ketibaan di Jeddah tambahan crew flight juga memberi bungkusan makanan seperti biskut dan air kotak.

Ketibaan para jemaah haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah. Semua jemaah siap berihram dan telah berniat di Qarnul Manazil.


Dulu masa kursus haji terutamanya bab Miqat ini, di awalnya agak keliru jugalah apa yang dimaksudkan miqat Makani(batas tempat) dan miqat Yamani (batas masa). Tapi bila kita dah praktikalkannya tak la sesusah mana. Yang pasti bagi yang memunaikan umrah sepanjang tahun adalam tempoh masa untuk kita berniat di Miqat. Kami pada 11 September lepas telah berniat di Qarnul Manazil oleh kerana kami menggunakan kapal terbang yang melalui miqat tersebut, jadi berniat itu perlulah dilakukan sebaik-baiknya sebelum miqat kerana kelajuan kapalterbang yang melebihi 345mph sebab dalam beberapa saat sahaja kita akan melepasi miqat, jadi kalau terlewat beberapa saat kita telah melepasi miqat dan akan dikenakan dam dan berdosa kalau sengaja.

Jadi dalam beberapa saat sahaja kita boleh terlepas miqat makani Qarnul Manazil ini, jadi nasihat daripada pengajar tabung haji, seeloknya kita berniat selepas makanan kedua dalam flight. Sebab sempadan untuk berniat umrah adalah di 5 tempat yang termaktub atau sebelum melepasi kawasan-kawasan tersebut. Selepas dari kawasan-kawasan tersebut, kita masih boleh berniat, tapi kena dam le seekor kambing SAR490 atau dalam RM400.40 (berdosa juga bagi yang sengaja ). So bagi mereka yang banyak duit tiada masalah untuk berniat selepas miqat, tapi berdosa kalau sengaja ye !

Link dibawah untuk kita lebih mengetahui tentang miqat-miqat di ;

http://www.konsultasisyariah.com/miqat-makani-haji

Di sini kita akan dapat mengetahui beberapa miqat yang lain yang boleh di jadikan tempat untuk jemaah Haji atau umrah untuk berniat sebelum masuk ke tanah Haram. Semua jemaah KT37, selesai berniat di Qarnul Manazil, semua telah berpakaian ihram sejak dari Malaysia lagi namun ketika itu 13 larangan masih boleh di aktifkan kerana belum berniat. Setelah berniat 13 larangan ihram di aktifkan.

Sampai di balai ketibaan, pencuci airport terus offer kad prabayar telefon syarikat tempatan yakni Mobily. Harya SAR40, dalam ada kredit SAR40, so apa lagi terus beli la.

Proses pelepasan kastam juga agak lama kerana setiap dari jemaah yang dibawah 50 tahun akan diambil gambar dan pemeriksaan juga agak kentat. Bagi yang berusia 50 tahun ke atas, tidak perlu mengambil gambar dan proses mereka lebih cepat. Kami bertolak dari 11.00 pm menggunakan bas-bas tempatan, yang agak kecil tapi selesa kerena ada hawa dingin. Perjalanan sepatutnya sekitar 1 jam sahaja untuk sampai ke penginapan kami di Land Premium tapi disebabkan banyak check point yang perlu dilalui kami sampai di Land Premium hotel jam 2.00 pagi. Perjalanan yang boleh mengambil masa hanya 1 jam menjadi 3 jam dari Jeddah ke Makkah Al-Mukarramah.

Pekerja-pekerja arab yang memunggah beg ke atas bus kami. Cara mereka uruskan beg tersebut memang agak merisaukan, mereka baling sahaja and penulis lebih rela pegang beg sendiri dari dilambung ke atas atap bus.

Kerusi dalam bas memang agak kecil, so beg memang kena diletak di peha sebab tiada ruang untuk letak dibawah kaki. Namun tidak jadi masalah kerana berhawa dingin dan kebetulan saya duduk dibahagian depan sekali seorang sahaja dan seat sebelah digunakan untuk meletakkan beg saya. Diberi amanah oleh orang TH untuk mengetuai talbiah di dalam bas, maka kami pun bermula la bertalbiah sepanjang di dalam bas. Namun masing-masing kepenatan maka selepas beberapa jam, semua sudah tidak keluar suara mungkin masing-masing sudah terlelap. Penulis juga terlelap sepanjang perjalanan, mana tidaknya ketika naik bas tadi kami dihidangkan dengan nasi arab berlaukkan ayam, memang sedap la nasi arab dengan beras yang panjang-panjang, makan sampai habis. Bila perut dah kenyang, so masing-masing badan pun dah kepenatan maka terlelap la mata.

Sampai di hotel land Premium jam 2.00 pagi, selesai check in beg dan masuk bilik sekitar 3.00pagi. Subuh di sini sekitar 4.51 pagi. Kami dijangka akan menunaikan umrah esoknya 12 September 2014. Subuh di surau hotel sahaja dan selepas solat subuh akan diberi taklimat untuk semua jemaah KT37 atau Maktab 89. Post yang akan datang saya akan berkongsi pengalam pertama menunaikan umrah, tatacara, adab-adab dan suasana menunaikan Tawaf dan Saie.

Jazakallah Khairan Kasira.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca part 1 Pejalan Haji 1435H:

http://iskandar581.blogspot.com/2014/09/perjalan-haji-part-1-penerbangan-dan.html

Dari Makkah Al-Mukarramah 2014.



Previous Post Next Post