Assalamualaikum,
Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk saya mengakses internet melalui talian telefon Mobily. Antara syarikat telekomunikasi yang terkenal di kalangan jemaah haji Malaysia tahun ini. Ini kerana kemudahan yang diberikan termasuk free calls semasa musim Haji ini . Penerbangan saya dari Malaysia pada 11 September 2014, tarikh ini penuh bermakna buat saya kerana bakal menjejakkan kaki ke Tanah Haram, Holy Land bagi umat Islam seluruh dunia, tempat di mana turunnya Al-Quran dan tanah kelahiran Rasulullah junjungan kita SAW. Moga perjalanan ini diberkati oleh Allah swt. Penerbangan saya MH 8046, dari Malaysia dijadualkan pada 4.15 ptg dari KLIA dan menuju ke tanah lapangan terbang Jeddah.
Untuk jemaah haji sekalian, setiap dari jemaah akan dibenarkan untuk membawa beg besar dan beg kecil yang akan dibawa ke dalam kabin pesawat. Yang istimewa jemaah haji yang diuruskan oleh TH, kita akan check ini di Kelana Jaya dan tidak seperti penerbangan lain yang kita pernah naik perlu melalui KLIA counter. Beg besar yang akan dimasukkan ke dalam pesawat juga diuruskan 100% oleh pihak MAS dan TH, jadi jemaah tak perlu untuk bawa beg besar dan mengusung sebaliknya semua diuruskan oleh pihak TH. Bagi pak cik dan mak cik yang dah berusia memanglah amat memerlukan agar mereka tidak kepenatan untuk mengusung beg yang masing melebihi 30 kg setiap orang.
Gambar ahli keluarga yang bersama-sama menghantar ke Tabung Haji Kelana Jaya. Anak saya Waqi (baju belang merah) dan Falah( didukung ibunya) juga berada di dalam gambar.
Saya amat bertuah kerana adik-beradik dan saudara mara yang datang dari jauh untuk menghantar ke Kelana Jaya, bagi menunaikan rukun Islam yang ke-5. Persiapan telah diatur hampir sebulan yang lalu, kenduri pula telah di adakan pada Sabtu minggu sebelum penerbangan ke Makkah. Alhamdulillah persiapan yang di atur adalah seperti berikut untuk menjadi rujukan bagi mereka yang akan ke tanah suci Makkah;
Lelaki:
1. Beg Besar- Barang keperluan untuk di bawa
- Baju Ihram-2 Pasang (termasuk gunting dan tali pinggang)
- Baju T-Shirt- 2 helai
- Baju Singlet berpoket- 2 helai
- Seluar dalam- 5-7 helai
- Bekas batu (tak wajib, boleh beli di Makkah, banyak jual)
- Bekas kasut (tak wajib, boleh beli di Makkah, banyak jual)
- Ubat-ubatan bagi yang menghadapi penyakit i.e kenying manis, diabetes, darah tinggi/rendah dan apa2 juga ubatan sapu seperti bam, gamat, ubat gatal dan etc. Tapi tiada masalah kerana di Land Premium memang ada doktor (klinik) yang memberi perkhidmatan free of charge.
2. Barang-barang sampingan (boleh bawa atau beli di Makkah).
- Barang-barang makanan seperti Milo, Kopi, Nescafe , Nestum dan sebagainya.
- Barang-barang di atas banyak juga dijual di Tanah Haram, malahan harga juga tidaklah terlalu berbeza. Jadi kalau bawa sebagai tambahan untuk penuhkan beg.
- Cawan atau gelas (TH ada membekalkan cawan untuk setiap jemaah Haji, cuma sizenya agak kecil jadi kalau bawa sekadar tambahan shj sebab banyak dijual di Tanah Haram dan harga murah).
3. Beg kecil yang dibawa ke kokpit pesawat, barang-barang yang boleh dibawa;
- Buku kesihatan
- Passport Antarabangsa
- Duit Riyal (SAR) untuk digunakan bila sampai nanti, tak perlu tukar banyak RM100= SAR115 pun dah cukup, nanti di Haram boleh tukar lagi duit riyal. Perbezaan duit riyal dan Malaysia tidak jauh sangat macam RM100 sama dengan SAR 100. So tak perlu tak pening-pening buat calculation apakah perbezaan matawang di antara dua negara ini.
- Spray air untuk berwudhuk dalam pesawat.
- Biskut atau roti untuk alas perut masa ketibaan di Jeddah. (tak perlu banyak sebab dalam pesawat ada 2 kali makan nasi, so perut memang akan full masa sampai di Jeddah). MAS juga membekalkan biskut dan air di ketibaan nanti.
Pesawat MH 8046 yang akan membawa kami dari Kuala Lumpur ke Jeddah. Perjalanan sekitar 9 jam.
Jadi senarai di atas adalah yang terbaik dan ringkas untuk jemaah haji ke Jeddah . Tak perlu bawa barang banyak-banyak sangat sehingga menyusahkan diri untuk bergerak dari Malaysia ke Jeddah. Selain itu, makanan di sini rasa okay sahaja tidaklah berbeza sangat dengan di Malaysia, cumanya janganlah kita terlalu mengharapkan makanan seperti di Malaysia. Lagipun kita ingin menunaikan ibadah umrah dan haji, dan bukannya nak bercuti dan bersuka ria. Moga kesusahan yang kita hadapi sepanjang berada di Tanah Haram ini memberikan kita sedikit keinsafan akan kekuasaan Allah swt.
Di Tanah Haram, saya tinggal di Hotel Land Premium dalam daerah Misfalah. Jauh nak ke masjid sekitar 950 meter. Perjalan ke Masjid mengambil masa dalam 20-30 minit bergantung kepada kelajuan individu. Perlu diambil perhatian disini, ketika kemuncak haji, perlulah datang awal ke masjid agar dapat tempat yang baik untuk menunaikan solat fardhu 5 waktu. Berbanding dengan jemaah atau Maktab lain yang tinggal di Janariyyah. Di Land Premium amat bertuah dan bersyukur kepada Allah kerana jalan ke Masjid landai dan redup berbanding untuk maktab yang dalam Maktab 91 ke atas, mereka perlu melintasi jalan besar, berbukit dan agak sesak kereta pada waktu kemuncak. Jadi kalau yang dapat mengerjakan Haji nanti kalau dapat Land Premium, patut bersyukur kepada Allah swt. Cuma jalan memang tak dapat dekat sangat. Namun ia tidaklah menyusahkan sangat kerana lagi jauh lagi banyak pahala yang kita akan dapat.
Gambar teman sebilik di lapangan terbang Jeddah pak cik Ibrahim dan brother Mior.
Ok sampai di sini dulu sedikit pengkongsian saya untuk "Part 1". Mungkin andai ada masa saya akan share beberapa lagi tips untuk yang akan menunaikan Umrah dan Haji di Mekah. Guidance saya lebih kepada perkara basic sahaja untuk dijadikan panduan, tak perlu terlalu terperinci sehinggakan kita bawa terlalu banyak barang yang tidak diperlukan.
Dari Makkah Al-Mukarramah.