Saturday, July 5, 2014

Bicara 8 Ramadhan 1435 H

Bicara 8 Ramadhan 1435 H
------------------------

Ada org berpendapat, nama/panggilan negara tak penting sbb apa yg negara tu buat cukup menjadikannya negara Islam atau sebaliknya. Panggillah ia negara berkebajikan ke negara bagus/baik ke negara xyz. Nama tak penting, yg penting pengisian.

Ada pulak golongan liberalis yg lg jauh menyimpang fahamannya ttg negara Islam. Apa pun tak, nama tak kisah, ciri pun apa pun terpakai asalkan satu saja, negara tu baik. Rakyat hidup aman, makmur, bahagia, bebas dan merdeka..

Firman Allah Ta'ala, pada diri Rasulullah itu ada teladan yg baik. Dan dalam ayat yg lain, Katakanlah wahai Muhammad, "jika kalian benar2 mencintai Allah, maka ikutilah aku" Dlm kedua2 ayat ini ada maksud perintah mengikuti apa2 yg Rasulullah SAW bawakan kpd kita. Baginda berusaha bersungguh mndptkn suatu wilayah utk ditegakkan sebuah negara Islam melalui thalabun nusrah. Akhirnya, Madinah berjaya menjadi tapak berdirinya negara Islam yg pertama. Walaupun kecil wilayahnya, tetapi Rasulullah menyusun struktur dan jenteranya spt sebuah daulah/negara cuma digelar City State.

Sepanjang 10 tahun Rasulullah SAW hidup dlm suasana bernegara bahkan sbg ketua negara Islam. Tak mungkin hal itu merupakan "ijtihad" atau pendapat Rasulullah?? Bahkan setiap apa yg disampaikannya adh wahyu belaka, bkn hawa nafsunya. Maka bathillah tuduhan golongan yg mengatakan, Islam tidak mempunyai bentuk negara Islam secara khususi. Mrk samada jahil atau sengaja menjadi talibarut kufur yg menanamkan kekeliruan dlm dada kaum muslimin. Semoga Allah memberi kita hidayah dan kekuatan menuju jalan-Nya, Amin.

No comments:

Google+ Followers