Saturday, July 26, 2014

DOA AKHIR RAMADAN

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ُ

DOA AKHIR RAMADAN;

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

Ya Allah...
Janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yg terakhir dlm hidup kami. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasa kami ini sebagai puasa yg dirahmati, bukan puasa yg sia-sia.

Seandainya masih ada pd kami dosa yg belum Engkau ampuni dan dosa yg menyebabkan kami diseksa kerananya, sehingga terbitnya fajar mlm ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya Wahai Yg Paling Pengasih dari semua yg mengasihi.

Ya Allah...
Terimalah puasa kami dgn sebaik2 penerimaan, perkenan kemaafan, kemurahan, pengampunan dan keredhaan mu Ya Allah.. Sehingga Engkau memenangkan kami dgn segala kebaikan yg dituntut, segala anugerah yg Engkau curahkan dibulan ini.

Selamatkan kami didalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yg mengancam dan dosa yg berterusan. Demikian jua dgn rahmat Mu, golongkan kami kedalam golongan org2 yg mendaptkan (keutamaan) dimalam al-Qadar. Mlm yg telah Engkau tetapkan lebih baik dari seribu bulan.

Semoga perpisahan kami dgn Ramadan ini bukanlah perpisahan utk selamanya dan bukan juga pertemuan terakhir kami. Moga kami dpt kembali bertemu pada Ramadan mendatang dlm keadaan penuh harapan dan kesejeteraan.

آمــــــــــــــــــين
يا ربّ العالمين

No comments:

Google+ Followers