Salam~

Alhamdulillah. Kita telah melepasi pertengahan Ramadhan 1429H. Sekejap saja masa berlalu. Ramadhan yang baru disambut ketibaannya dah pun masuk hari ke 18. Bila disemak semula, entah berapa banyak dah amal-amal nafsiyyah yang telah kita kerjakan. Selain itu ada satu persoalan besar, apakah amal-amal jama'ah yang telah kita laksanakan sebagai seorang muslim ketika Ramadhan dan juga diluar Ramadhan?

Saya berkesempatan menghadiri suatu majlis ilmu semalam. Saya mendengar suatu pandangan dari seseorang yang menarik perhatian saya. Katanya, keadaan malang yang merundung umat Islam secara global adalah kerana ketiadaan Khilafah. Jadi, saranannya adalah kita melakukan RESTORATION iaitu memposisikan semula Khilafah. Kemudian, datang pula satu pandangan lain yang mencabar pandangan tadi. Katanya, bagaimana kita ingin melaksanakan suatu yang besar (global) sedangkan yang kerdil (lokal) pun kita tak mampu. Saranannya pula, usaha perlu fokus kepada isu-isu lokal.

Saya diberi peluang untuk memberi komen. Saya bidas pandangan yang kedua iaitu usaha perlu fokus kepada isu-isu lokal. Saya katakan isu-isu lokal adalah simtom dari perlaksanaan dasar sistem kehidupan yang salah dalam kehidupan. Sistem ini diterap (paksa) oleh barat melalui penjajahan (imperialisme, suatu ketika dahulu i.e. selepas perang dunia kedua 1945), kemudian diperhalusi dengan kempen 'kemerdekaan' oleh kolonialis barat dan akhirnya ideologi barat (kapitalisme- demokrasi) diterapkan oleh pemimpin boneka yang merupakan ejen kolonialis kufur barat. Isu penerapan ini mendunia (global), jadi, pada pandangan saya, penentangan kepada masalah global perlu dijuang dengan cara global juga. Maksud saya, ideologi perlu diperangi dengan ideologi juga, bukan dengan usaha.

Ideologi adalah pemikiran. Hanya pemikiran mampu mengalahkan pemikiran. Kekuatan fizikal juga mampu dikalahkan dengan pemikiran. Dan Islam merupakan ideologi yang sangat tinggi kekuatannya berbanding ideologi lain (kapitalisme- demokrat ataupun sosialisme-komunis) . Usaha untuk memerangi ideologi kufur perlu digerakkan dengan pendidikan (tatsqif). Ianya perlu intensif tanpa diabaikan walau sekelip mata. Secara jama'iy (perkumpulan) mahupun fardiy (individually) . Yang penting, ideologi Islam diterapkan ke dalam pemikiran setiap umat Islam sebagai galang-ganti (alternatif) pemikiran asing yang kini menguasai pemikiran umat suci ini.

Usaha ini disebut dakwah. Ya, dakwah merupakan kewajipan setiap dari kita. Tak seorang pun yang terlepas darinya. Melepaskan diri darinya adalah suatu kefasikan (dosa). Saya tak pernah menjumpai suatu dalil nas syarak mengenai 'excuse' atau 'excuses' dari menjalankannya melainkan tidur, terpaksa atau mati!

Diakhir majlis tersebut, komen saya direspon oleh panelis terbabit, ringkasnya beliau setuju dengan apa yang saya katakan. "Kita memang akan menuju kebangkitan Khilafah. Kita hidup bersatu dibawah naungan seorang khalifah. Cuma satu yang saya nak tanya disini, siapa yang nak buat (penyatuan) itu semua?"

Saya menggeleng kecil tanda protes kerana tempoh majlis dah tamat untuk saya terus berdialog. Dalam hati saya terus berontak untuk meluahkannya,

"MENGAPA KENA TANYA ORANG LAIN, KENAPA TIDAK TANYAKAN DIRI SENDIRI?"

Jawapan kepada kemusykilan panelis tersebut adalah KITA. Kalau tidak kita yang buat, siapa lagi? Jadi, sudahkah anda menunaikan dakwah menuju perubahan ini? Re-ideologi Islam ke dalam diri sendiri, ahli keluarga, jiran tetangga, masyarakat setempat dan seterusnya umat Islam seantero dunia !! Ingatlah tanggungjawab ini akan dipertanggungjawabk an diakhirat sebagai tanggungjawab jama'iyyah. Kita takkan terlepas. Itu janji Allah azza wa jalla. Gunakan kesempatan yang ada ini sebelum hilang kemudahan yang Allah anugerahkan. Jadilah seorang muslim sepanjang masa, bukan hanya sekadar muslim di bulan Ramadhan.

Wallahu a'lam
Wassalam

Post a Comment

Previous Post Next Post