Assalamualaikum,

Di sini saya kongsikan beberapa gambar menarik sepanjang saya berada di Makkah Al-Mukarramah. Terutamanya ketika pertama kali masuk ke dalam Masjidil Haram, melihat Kaabah buat pertama kali dan seterusnya melaksanakan umrah. Selain itu beberapa gambar di luar Masjidil Haram, di mana saya berpeluang itu bersolat Jumaat di luar Masjidil Haram di tengah kepanasan tanah bumi Arab. Moga saya diberi lagi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk hadir dan menunaikan ibadah umrah mahupun Haji sekali lagi di Masjidil Haram ini. Selain itu saya turut berdoa di hadapan kaabah agar ahli keluarga, rakan-rakan dan seluruh umat Islam diberikan keizinan oleh-Nya untuk menjadi tetamu-Nya bagi menunaikan ibadah Haji yang merupakan rukun Islam yang kelima. Amin Ya Rabbal Alamin.

Biarpun keletihan namun masih mampu tersenyum sebaik sahaja tiba di lapangan terbang Jeddah. Penerbangan mengambil masa 8 jam perjalanan.


Wajah-wajah kecerian dihadapan bas yang membawa kami dari lapangan terbang Jeddah ke Hotel Land Premium di Makkah Al-Mukarramah.

Bergambar di hadapan kaabah. Di saat ini masih kurang jemaah Haji di Makkah, maka berkesempatan untuk bergambar di hadapan kaabah.

Pintu Kaabah, alhamdulillah akhirnya dapat peluang melihat secara berdepan pintu Kaabah. Moga mendapat rahmat dari Allah s.w.t.

Jemaah haji yang mula meningkat di dalam Masjidil Haram bagi menunaikan ibadah Haji. Pelbagai warna-warni skaf dapat kita perhatikan.

Perjalanan menuju ke Masjidil Haram untuk hari pertama. Semua jemaah masih berihram dan akan menunaikan umrah dan seterusnya bertahalul.

Gambar diambil ketika diberi keizinan oleh Allah s.w.t untuk bersolat di hadapaan Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam seluruh dunia. Sebelum ini hanya melihat di televisen kini telah berada dihadapannya, Allahuakbar !!

Moga gambar-gambar yang dipaparkan ini menjadikan kita yang masih belum menjejakkan kaki ke Tanah Haram ini, bersemangat untuk berusaha agar kita sampai di sini. Bermulalah untuk menyimpan duit agar kita dapat sampai di sini. Ganjaran 100,000 bersolat di Tanah Haram Makkah Al-Mukarramah yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Namun kehadiran kita di Tanah Haram ini bukanlah untuk mengejar pahala 100,000 afdhal itu namun untuk mencari redha Allah.

Malulah kita, apabila kita telah sampai diserata pelosok dunia untuk melancong, namun kita tidak pernah datang di bumi yang penuh barakat ini. Kita berusaha mengumpul duit untuk pergi ke Eropah, namun kita tidak berusaha untuk menyimpan dana untuk datang ke bumi tempat lahirnya Nabi kita Muhammad s.a.w. Saya doakan agar kita semua diberikan kesempatan oleh Allah, janganlah Allah mencabut nyawa kita disaat kita masih lagi belum dapat berada di hadapan Kaabah ini.

Sekian dulu penulisan saya dari Madinah Al-Munawarah

3 Muharram 1436H bersamaan 27 October 2014

www.iskandar581.blogspot.com

YOUTUBE: http://www.youtube.com/user/iskandar581/featured

Sebar-sebarkan andai bermanfaat...

Post a Comment

Previous Post Next Post