Assalamualaikum,


     Enteri ini saya ingin berkongsi beberapa perkara penting dalam isu terbaru yang hangat di Malaysia. Isu seorang gadis yang dikatakan di peluk dan memeluk seorang artis KPOP. Viral gambar tersebut mendapat perhatian yang tinggi daripada seluruh umat Islam samada yang mengkritik tindakan tersebut dan ada juga pihak tertentu yang mempertahankan tindakan gadis tersebut.

       Jadi bagaimana kita melihat perkara ini dari sudut kaca mata Islam? Adakah wajar tekanan dan kecaman yang dilemparkan kepada gadis tersebut walhal di dalam masa yang sama televisyen di Malaysia yang terus memaparkan wanita berpelukan dalam filem dan drama tanpa sekatan? Justifikasi yang dilemparkan ke atas gadis tersebut seolah-olah double standard terutama setelah beliau diminta untuk mengadap JAWI atau di keluarkan waran tangkap.

Bagaimana pula berpelukan dalam filem atau drama? Pemimpin-pemimpin Malaysia yang berpelukan bebas dengan bukan muhrim tidak pula dikenakan tindakan. Adakah wujud pilih kasih dalam mengambil tindakan?
      Tindakan Jawi ini juga telah menimbulkan ketidaksenangan dari sekelompok masyarakat yang menanggap tindakan itu tidak wajar. Keratan suratkhabar melaporkan: - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuka kertas siasatan berhubung aksi sumbang yang berlaku pada konsert kumpulan pop korea (K-Pop), B1A4 di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Tindakan JAWI itu berdasarkan undang-undang syariah Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1977 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam.
     Namun persoalan timbul di kalangan masyarakat mengapakah akta itu tidak dikenakan ke atas pemimpin yang melakukan perkara tersebut? Mengapa tidak di kenakan kepada filem dan drama yang berpelukan bebas? Apakah JAWI memilih isu dalam mengambil tindakan?
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (QS Al-Baqarah, 2/208)
     Inilah yang berlaku apabila hukum Islam itu tidak dipraktikkan secara kaffah malahan hanya dipilih-pilih untuk dilaksanakan. Jelas perbuatan gadis-gadis tersebut sesuatu yang haram dalam Islam, malahan acara yang di hadiri juga adalah acara maksiat di mana tujuan dari acara itu adalah :
  •  Melalaikan diri dari mengingati Allah s.w.t.
  • Percampuran lelaki dan perempuan secara bebas
LESEN PENGANJURAN KPOP-KERAJAAN WAJAR DIPESALAHKAN

Beranikah pihak berkuasa akan membatalkan lesen konsert ini selepas kejadian yang berlaku ? Pasti tidak bukan dan pastinya konsert ini akan diteruskan seperti dirancang.
  
Siapakah yang bertanggungjawab meluluskan lesen untuk penganjuran konsert tersebut, pasti pihak kerajaan bukan? Dan pastinya mendapat kebenaran daripada pihak polis. Jelas ia adalah majlis maksiat, mengapa JAWI tidak mengambil tindkan pro-aktif menghalang penganjuran konsert tersebut dan mengharamkan untuk orang Islam menghadirinya.

      Budaya hedonisme dalam masyarakat agak meruncing, masyarakat di dedahkan dengan pelbagai cara hidup barat sejak dia kecil. Dari media massa samada cetak atau televisyen, hiburan yang diluar batas Islam terus di hidangkan kepada rakyat.  
Jadi gadis KPOP ini adalah bukti kegagalan sistem pendidikan mahupun sosial yang mengatur kita hari ini, benar kata seorang imam muda Asyraf yang disalahkan adalah perilakunya dan bukan individu tersebut.
      Namun dalam banyak-banyak pihak yang disalahkan, adakah kita mendengar dari tokok-tokoh profesional bahawa ia adalah natijah sistem kufur yang mengatur kita? Kegagalan pemerintah yang menerapkan Islam secara kaffah tapi sebaliknya melaksanakan sistem kufur yang tidak berpandukan Al Quran?

      Malahan khutbah Jumaat di Masjid Al-Syakirin KLCC juga hanya menasihatkan ibu bapa, masyarakat dan individu sendiri untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan agar tidak terjebak dalam perkara demikian. Namun di manakah peranan negara? Mengapa peranan negara dan sistem yang diembannya tidak di kritik?

     Malahan apa komen pemimpin belia Malaysia dalam kes ini? Beliau sebagai pemimpin sewajarnya bersama meningkatkan tekanan kepada pemerintah agar menghalang sebarang konsert yang mengajak kepada hedonisme dan melalaikan dari meningati Allah s.w.t. Pemerintah beginilah yang berdosa kerana mereka tidak memelihara umat dengan Islam malahan membiarkan umat mempunyai pilihan samada untuk meraih pahala ataupun dosa dengan menghadiri atau tidak konsert tersebut.

       Komen KJ itu seperti di bawah,langsung tiada unsur Islamik sebaliknya bersifat harus . Wajibnya beliau mengajak gadis-gadis ini kembali kepada Islam, malahan isu memilih lelaki dari segi apa-apa pun adalah mubah selagi mana beliau Islam atau bukan Islam yang bakal memeluk Islam. Namun yang perlu di jaga adalah batas pergaulan sebagaimana yang telah di ajar oleh Islam.
“Banyak dikatakan tentang Kpop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelaki tall, dark dan handsome, bukan pale, skinny dan pretty. Itu bukan lelaki sejati.”
      Kenyataan beliau juga boleh dipersoalkan, dan langsung tidak bersifat intelektual sebagai seorang pemimpin belia Malaysia. Malahan dalam masa terdekat akan diadakan konsert KPOP Februari ini biarpun kes ini telah berlaku, soal gadis dipeluk oleh artis memang sudah jelas salah. Tapi adakah umat sedar adanya konsert itu di Malaysia jika tidak berlaku kes sedemikian, ramai wanita Islam dan lelaki Islam yang berada di konsert tersebut . Tapi mengapa JAWI atau Jakim tidak bertindak untuk memanggil semua orang Islam yang hadir pada majlis tersebut?

PERUNDANGAN MALAYSIA VS PERUNDANGAN ISLAM

Komen Menteri yang berwajib hanya berkisar kepada pelaku tersebut yakni gadis tersebut. Namun tidak menyentuh aspek penguatkuasaan oleh kerajaan dalam menangani isu tersebut.
     
Apakah kini kita di atur oleh sistem Islam? Mengapakah masih sahaja kemungkaran berleluasa di bumi Malaysia walaupun pelbagai undang-undang baru dikuatkuasakan dan diperketatkan ? Di sinilah beberapa perkara yang perlu kita fahami di sebalik kisah KPOP ini, kita perlu melihat dari aspek akar umbi permasalahan tersebut. Bukannya hanya melihat picisan permasalahan dan seterusnya tidak memberi solusi tuntas kepada apa yang berlaku.
Yang diminta mengadap JAWI adalah gadis tersebut dan sekiranya tidak akan dikeluarkan waran tangkap. Tapi mengapakah penguasa yang membenarkan majlis tersebut tidak diminta untuk hadir ke JAWI untuk di kaunseling atau dikeluarkan waran tangkap ? Kerana merekalah yang telah membuka dan meluluskan lesen untuk acara maksiat tersebut.
    Beberapa konsert yang akan datang KPOP juga akan diteruskan untuk tahun 2015 dan yang terdekat akan diadakan pada bulan Februari. Belum lagi di paparkan beberapa konsert-konsert yang bakal diadakan pada tahun 2015. Mengapakah kita membenarkan acara maksiat ini dijalankan di Malaysia, mengapa tiada tindakan pro-aktif di laksanakan oleh kerajaan untuk menghalangnya sebaliknya terus menghalalkannya?
Badan-badan kerajaan seperti JAKIM dan JAWI wajar bertindak lebih proaktif untuk menghalang program-program tersebut di laksanakan di Malaysia, bukanlah bersifat pasif hanya bertindak setelah berlaku peristiwa tersebut.
     Solusi terbaik adalah dengan pelaksanaan peraturan Islam di mana umat itu di atur dengan undang-undang Islam, acara-acara maksiat bakal di halang dan di haramkan. Segala bentuk ruang maksiat tidak akan dibenarkan dan peraturan pergaulan juga di atur dengan Islam, tidak akan dibenarkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan, malahan tatacara berpakaian di tempat awam juga sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Islam.

     Bilamana Islam dilaksanakan dalam bentuk kenegaraan, pastinya peristiwa begini tidak akan berlaku. Namun jika kita masih di atur dengan sistem sekularisme dan demokrasi , semestinya isu-isu begini akan terus berlaku dalam ummah malahan tidak akan dapat selesaikan secara tuntas. Kebebasan bertingkah laku yang di war-warkan oleh Barat di emban oleh negara orang Islam dan akhirnya umat makin jauh dari Islam.

TUGAS INDIVIDU ISLAM DAN JEMAAH ISLAM DALAM ISU INI

     Apakah yang kita akan lakukan dalam isu ini? Cukupkah dengan membantai si gadis tersebut? Mengkritik dan membantai tanpa memberi solusi sebenarnya. Sebagai seorang muslim kita dianjurkan kepada amar makruf nahi mungkar.
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Fussilat.
     Kita wajib kembali kepada Islam dan menjadikan Rasulullah itu sebagai sumber rujukan untuk mengembalikan Islam di muka bumi Allah s.w.t. Apa yang berlaku hari ini adalah akibat tidak diterapkan sistem Islam. Perkara asas seperti batas-batas pergaulan dalam masyarakat juga telah pudar dan dipermainkan contohnya bercouple, berpelukan, bercium dan berpegangan tangan sudah berleluasa di dalam masyarakat. Ia berpunca tidak diterapkan peraturan Islam contohnya denda (ta'zir) atau ditangkap bagi mereka yang tidak berkelakuan baik.

     Jika Islam di terapkan, beranikah mereka untuk melakukan perbuatan tersebut ? Pasti tidak bukan. Jadi 2 perkara penting dalam membentuk masyarakat yakni pendidikan dan pengawalan. Bilamana umat telah dididik dengan tsaqafah Islamiyyah, dan disertai oleh pengawalan oleh negara, ia adalah kawalan paling tuntas dalam menangani isu ini.
Moga kita menjadi sebahagian mereka yang bergerak mengajak umat kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah dan bukannya sebahagian dari mereka yang meluluskan acara maksiat terus berleluasa dalam masyarakat Malaysia.
I'm daei..

20 Rabiulawal 1436H

Posted Iskandar Musa 2015

Post a Comment

Previous Post Next Post