Wednesday, March 18, 2015

FATWA GST : Dimana silapnya JAKIM? ( 19 March 2015)


DISKUSI UMUM
" FATWA GST: Dimana silapnya JAKIM"

Oleh: Ust Umar Hussein

Tarikh: 19 Mac 2015
Masa: 9.00 Malam
Hari: Khamis

Monday, March 9, 2015

Diskusi Islam (15 Mac 15): Agenda untuk menghalang kebangkitan KHILAFAH!


DISKUSI ISLAM

AGENDA UNTUK MENGHALANG KEBANGKITAN KHILAFAH , Siapakah musuh sebenar umat Islam?

Oleh: Doktor Fauzi

Tarikh:15 Mac 2015
Masa: 9.00 Malam
Hari: Ahad

Monday, March 2, 2015

Sodomy II: Datuk Seri Anwar Ibrahim sentenced for 5 years ( Sistem Mahkamah di Malaysia)

Asslamualaikum,

   
Pasti ramai dikalangan rakyat Malaysia yang menanti keputusan Mahkamah terhadap kes Liwat II bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perjalanan karier politik DSAI memang penuh berliku dalam karier politik beliau sepanjang bersama UMNO dan juga selepas bersama Pakatan Rakyat atas tiket Parti Keadilan. Malahan Parti yang ditubuhkan itu juga adalah sempena kes Liwat I yang disabitkan kepada beliau. Dan kini beliau kembali ke Penjara Sungai Buloh di mana tempat beliau ditahan sebelum ini.

    Sebagai saudara muslim, biarpun bukan saling mengenali, saya tetap mengagumi beliau dari segi keteguhan dan ketabahan dalam memperjuangkan sistem demokrasi di Malaysia. Biarpun secara teori dan praktikal saya menentang sistem demokrasi, namun dari aspek perjuangan dan motivasi yang ada pada DSAI memang amat dikagumi dalam usaha beliau untuk membentuk sistem demokrasi yang bersih di Malaysia. Alangkah indahnya jika beliau menjadi pejuang Khilafah dan berusaha untuk mengembalikan Daulah Khilafah Islamiyyah dan memperjuangkan Islam agar diterapkan di Malaysia bagi mengantikan sistem Demokrasi.

    Tapi jelasnya takkan ada di dunia ini yang dapat mewujudkan sebuah sistem demokrasi yang telus selagi mana sistem tersebut tidak berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, selama mana kita menyakini sistem buatan manusia itu lebih baik dari sistem yang telah di ajar dan di bawa oleh baginda Muhammad s.a.w, maka akan gagal untuk diterapkan sistem Islam dengan sempurna (kaffah).
Dalam banyak liputan berita tentang kes DSAI ini, saya tertarik dengan kenyataan daripada Dato Seri Hadi Awang yang merupakan Presiden Pas, beliau mengatakan dengan hukum Syariah sahaja DSAI akan dapat keadilan dalam kes Liwat II ini. Benarlah perlembagaan Persekutuan dan seterusnya sistem mahkamah sivil yang di emban di Malaysia tidak akan memberi keadilan berbanding dengan hukum-Nya dan sistem-Nya.

Google+ Followers