Asslamualaikum, 


Nah kau Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin, kamu tidak bersama dengan aku, kamu dilucutkan jawatan sebagai TPM. Inilah yang berlaku pada hari ini 28 Julai 2015. Tapi apakah disebalik kisah tersebut, apa yang terselindung disebalik perisitiwa tersebut. Sebelum saya menulis lebih panjang, terlebih dahulu kita menyingkap beberapa perisitiwa terdahulu bagaimana DPM dilucutkan atau meletakkan jawatannya.



Dato Seri Anwar Ibrahim : 1993-1998

Beliau dilantik sebagai TPM mengantikan Ghafar Baba yang tewas dalam pemilihan parti UMNO. Namun beliau telah dilucutkan jawatan pada tahun 1998 dalam peristiwa yang penuh kontroversi. 20 September 1998, beliau ditahan dan seterusnya dibicarakan dalam kes yang penuh sensasi dengan Liwat 1.





Tun Ghaffar Baba: 1986 -1993

Beliau mengantikan Tun Musa Hitam setelah dilantik oleh PM ketika itu Tun Mahathir. Ini berlaku setelah wujud tidak sealiran diataran TPM Musa Hitam dan Mahathir ketika itu. Namun, Musa Hitam mengambil langkah untuk meletak jawatan. Seterusnya pada pemilihan 1993, Ghafar Baba tewas kepada Anwar Ibrahim dalam pemilihan parti. Oleh itu, beliau terpaksa melepaskan jawatan sebagai TPM yang dipegangnya kepada Anwar Ibrahim.




Tun Musa Hitam: 1981-1986


Beliau digantikan dengan Tun Ghafar Baba pada tahun 1986. Sejarah juga seperti apa yang berlaku sekarang dimana Musa Hitam mempunyai perspektif yang berbeza dengan PM Mahathir ketika itu dan beliau meletakkan jawatan . Dari peristiwa inilah seterusnya merintis UMNO B dan penubuhan parti baru Semangat 46.

Di atas adalah beberapa perisitiwa sejarah akan jatuhnya seorang TPM akibat tidak sehaluan dengan PM. Bukanlah sesuatu yang baru dalam kerajaan Malaysia. Malahan ia menjadi satu perkara yang mesti apabila TPM tidak lagi menyatakan sokongan penuh kepada kerajaan pimpinan PM.

Namun begitu, yang membezakan perkara di atas dan apa yang berlaku pada 28 Julai 2015 adalah isu yang dibangkitkan sebelum beliau dilucutkan jawatan dari Timbalan Perdana Menteri. Jelas, masyarakat mengetahui kemelut yang berlaku di dalam kepimpinan DSN yang berperang dengan isu 1MDB. Maka apabila ada dikalangan ahli kabinet yang menyatakan pendapat berbeza pastinya akan mengeruhkan lagi keadaan kabinet yang diketuainya.

Biarpun peristiwanya seakan sama dalam krisis Tun Musa Hitam mahupuan peristiwa pelucutan DSAI, namun krisis di antara Muhyiddin dan DSN adalah sedikit berbeza dari penyebab mereka dilucutkan. Namun apakah isu ini wajar menjadi perhatian utama umat Islam di Malaysia? Apakah seandainya Perdana Menteri yang ditukar, Islam akan dimuliakan? Adakah dengan team Najib digugurkan dan digantikan dengan team Muhyiddin , Islam akan di laksanakan di Malaysia ? Mari kita renungkan sejenak artikel di bawah.


Alasan Rombakan Kabinet Demi Rakyat


Tapi apakah benar kenyataan di atas, rombakan yang dilakukan demi rakyat atau demi kepentingan PM sendiri? Bagi PM untuk meneruskan agendanya untuk meraih kepentingan peribadi mengatasnamakan demi rakyat atau demi Malaysia . Itulah bahana demokrasi yang terkenal dengan prinsipnya:

" Dari rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat" kata-kata agung untuk sistem demokrasi kapitalisme. Nah itulah yang dianuti oleh parti-parti yang bertanding dalam sistem demokrasi di Malaysia. Apakah mereka tahu itu adalah satu sistem yang korup, yang hanya bersifat berkepentingan. Dimanakah nilai Islam disitu, tiada bukan.

Jelas, kabinet yang dirombak tiada apa-apa nilai disisi Islam. Biarpun yang ditukar itu PM, tetap tiada nilai disisi Islam. Apakah kita sedar? Andai usaha yang kini telah dirangka untuk melakukan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri berjaya dilakukan, mereka masih berada dalam sistem demokrasi yang meletakkan akal manusia sebagai sumber hukum bukan AL-QURAN dan As-Sunnah.

Usah kita keliru tentang sistem dan individu. Yang utama dalam menentukan halatuju Islam bukan terletak pada individu, tetapi sistem yang diemban oleh sesebuah negara itu. Individu itu adalah pelaksana sistem yang telah ditulis di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Biarpun sapa yang memerintah di Malaysia dalam sistem demokrasi ini baik team Najib ataupun team Muhyiddin ataupun team DSAI, tetap tidak memberi kemenangan kepada Islam.

Selama mereka memerintah Malausia , adakah Al-Quran dan As-Sunnah itu dijadikan sumber rujukan. Wajarkan hukum Allah itu (HUDUD) dibentangkan di Parlimen dan DUN untuk mendapatkan sokongan manusia? Wajarkan hukum Allah itu dipermainkan di dewan Parlimen atau DUN ( yang dikatakan mulia oleh pendokong DEMOKRASI).

Kita jangan disibukkan dengan isu mainstream yang dibawa oleh media atau menerima tulisan-tulisan tersebut secara membabi buta. Hakikatnya biarpun PM DSN yang ditukar, kita masih sahaja berada dalam sistem yang korup. Yang perlu ditukar adalah sistem itu , akar kepada permasalahan yang melanda umat Islam hari ini dan bukannya individu yang ditukar kerana pokok permasalah itu masih tidak diselesaikan.

Islam diutamakan dalam sistem demokrasi ?

Malahan ungkapan kata-kata Zaid Hamidi yang diambil dari Malaysia kini yang tidak mengambarkan bahawa Islam itu akan kedepan dengan pemilihan beliau sebagai TPM, sebaliknya negara Nasionalisme ini yang akan diemban, dimanakah Islam di mata mereka, jauh sekali untuk menerapkannya dalam sebuah negara.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yasin bukan satu habuan, sebaliknya satu tanggungjawab untuk negara dan seluruh bangsa di Malaysia.
Juga, kalau kita amati kenyataan rasmi yang diviralkan di facebook dari FB rasmi ex-TPM Muhyiddin Yassin:

Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.
 Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.
Kepada Allah saya berserah.
Sepatutnya , Muhyiddin Yassin bukan sahaja tidak sehaluan dalam isu 1MDB dengan DSN, kalau beliau benar ikhlas untuk perjuangan Islam dan Melayu, beliau perlu sedar bahawa Malaysia itu tidak menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas rujukan pemerintahan . Beliau seharusnya tahu bahawa 1MDB itu adalah produk dari sistem kapitalisme yang diemban oleh Malaysia sebagai sistem pemerintahan mahupun ekonomi, dan itu memang tidak pelik berlaku ketirisan.

Alangkah mulianya beliau jika tidak sehaluan dengan PM dalam soal kemuliaan Islam dan ketika berkuasa menyatakan yang haq, dan mengajak negara untuk kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Mengapa setelah dilucutkan jawatan baru mahu berserah kepada Allah, tatkala anda berkuasa anda tidak langsung berusaha untuk meletakkan Islam atau Al-Quran di atas mengatasi segalanya. Begitulah resam manusia, beliau berkuasa lupa dan alpa, bila ditimpa kesusahan baru merintih kepada Allah.
Renungilah hadis dibawah: 
Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kamiYazid bin Harun telah menceritkan keapda kami Abdul Malik bin Qudamah Al Jumahi dari Ishaq bin Abu Furat dari Al Maqburi dari Abu Hurairah , belia berkata: 
' Rasulullah s.a.w bersabda: " Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia, pedusta dipercayai, orang yang jujur didustakan, amanah diberikan kepada pengkhianat, orang yang jujur dikhianati, dan Ruwaibidlah turut bicara. " 
Lalu baginda bertanya, " Apakah Ruwaibidlah itu?" 
Baginda menjawa: " Orang-orang bodoh yang mengurusi urusan umum."
(Sunan Ibnu Majah)
Moga kita dijauhi kemurkaan Allah dengan mengabaikan pelaksanaan hukum Allah ini di muka bumi-Nya. Moga kita mati dalam golongan mereka yang berusaha untuk mengembalikan hukum Allah di muka bumi ini. Jangan menjadi orang-orang yang mengkhianati Rasulullah kita, dan mengabaikan Islam dan kecintaan dunia sehingga mengabaikan akhirat.

Iskandar Musa



Post a Comment

Previous Post Next Post