Kesengsaraan umat Islam berterusan.

Jika dahulu umat ini mulia dan penuh dengan kebanggan dan kehormatan di bulan Ramadhan, tapi kini mereka sebaliknya. Ditindas, dibunuh tanpa pembelaan.

Yang lebih menyedihkan, di Malaysia mereka disibukkan dengan isu perkauman. Isu yang telah lama dijawab oleh Allah di dalam al Qur'an. Bahwa, bangsa dan perkauman itu tidak ada nilainya di sisi Allah melainkan ketaqwaan yang melekat pada diri seseorang itu.

Moga Ramadhan ini yang terakhir tanpa Daulah Khilafah. Umat Islam disibukkan dengan isu-isu yang tidak membangkitkan umat malahan menghalang kebangkitan sebenar. Ramadhan ini menyaksikan gerakan Islam sibuk berlaku perpecahan di dalam parti, segelintir mengatakan kepimpinan sekarang tidak cukup demokrasi malahan perlu mewujudkan parti Baru yang lebih demokrasi.




Pemikiran di luar kotak


Perkataan "Think out of the box" bukanlah satu yang baru. Bila permasalahan untuk mencari duit, konsep ini dipraktikkan agar mewujudkan sesuatu bisnes atau konsep yang baru untuk meraih keuntungan dan mendapat sambutan. Namun, bilamana dalam soal permasalahan umat, kita terang- terang telah ditipu dalam kancah demokrasi.....tapi apakah umat "Think out of the box", memikirkan sesuatu yang diluar apa yang dipraktikkan sekarang?

Gerakan yang ada sekarang masih lagi menggunakan jalan yang salah dalam usaha untuk mengembalikan Islam. Mana tidaknya mereka sanggup memgadaikan maruah Islam di DUN dan Parlimen untuk menerapkan Islam, HUDUD perlu mendapatkan redha manusia untuk dilaksanakan walhal HUDUD adalah kewajipan negara Islam untuk melaksanakannya. Namun masih ada segelintir umat Islam gagal untuk memahami konsep penting ini. Dan meletakkan konsep sekurang-sekurangnya berusaha biarpun dalam kancah demokrasi. 

Demokrasi sudah cukup lama


Demokrasi sudah cukup lama di Malaysia dan PRU-14 tidak lama lagi, tapi apakah kita mahu terus ditipu dengan DEMOKRASI? 

Moga malam ke-29 menjadikan kita insan yang mula berfikir untuk menyelesaikan permasalahan umat. Dan yang paling penting dengan jalan out of the box yang dituju oleh Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah jalan yang diredhai Barack Obama dan juga musuh-musuh Islam yang lain.

Syawal 1436H ini sewajibnya kita berusaha ke arah jalan yang diredhai Allah dalam usaha untuk mendaulatkan Islam. Berfikirlah diluar kotak kebiasaan dalam usaha untuk mengembalikan Islam dan bukannya terus terperosok dalam kancah kotor dan hina demokrasi. 

Adakah kita wajar membiarkan umat Islam dihina dan terus ditindas akibat kelekaan kita dan sikap kita dalam membantu Islam, ayuh bangkitlah wahai umat Islam dan kita bersatu dibawah kalimah "tiada Tuhan melainkan Allah ".

Iskandar 
3 Syawal 1436H

Post a Comment

Previous Post Next Post