Assalamualaikum,


     Dalam beberapa minggu yang lalu, kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak telah merasmikan INDEKS SYARIAH sebagai pengukur 8 sektor utama di Malaysia , samada menepati Maqasid Syariah. Ianya telah dirasmikan dihadapan jemputan para ulamak dan cendiakawan Malaysia sempena Majlis Perdana Ulama Umara 2015 di Pusat Konvesyen Antrabangsa Putrajaya


   Selain itu, ia merupakan produk yang dikatakan memperkasakan penerapan Islam dalam pemerintahan kerajaan Barisan Nasional selepas Pak Lah memperkenalkan Islam Hadhari ketika pemerintahannya beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Namun persoalan yang timbul dikalangan umat Islam Malaysia adalah sejauh mana produk baru yang diperkenalkan ini benar-benar melambangkan sebuah produk yang bercirikan Islam dan dapat menyelesaikan segalah permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam ketika ini seperti gejala sosial, jenayah, buang bayi, taraf hidup yang meningkat, dan sebagainya.
Najib memberikan contoh sekolah rendah kebangsaan kerajaan yang tidak menggunakan label sebagai sekolah rendah kebangsaan Islam, namun tetap mempunyai sukatan pelajaran yang menekankan nilai Islam seperti Jawi, Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa).


INDEK SYARIAH MALAYSIA

   Bagi mereka yang telah membaca serba sedikit berkenaan Indeks Syariah Malaysia ini, secara ringkasnya ia adalah satu alat yang digunakan oleh Kerajaan untuk mendapatkan pandangan rakyat (secara questionnaire) terhadap 8 sektor yang terlihat iaitu pendidikan, kesihatan, infrastruktur dan alam sekitar, sosial, budaya, ekonomi, pemerintahan dan perundangan, Walaupun diberitakan menggunakan kaedah saintifik untuk menghitung sejauh mana sektor-sektor tersebut menepati MAQASID SYARIAH, namun realitnya ia tidaklah saintifik mana keraja sekadar menggunakan persepsi manusia atau rakyat itu dalam menentukan rating atau markah untuk soalan-soalan yang di tanya.

   Apabila sesuatu kajian itu sekadar mendapatkan persepsi atau komen daripada pihak tertentu maka apa yang dapat kita katakan ia pasti mempunyai pandangan yang berbeza dalam memberikan respon. Di situ kita akan dapat lihat bahawa bagi mereka yang bersifat pro-kerajaan, persepsi yang bakal di buat adalah mengarah kepada komen yang positif dan bagi mereka yang anti-kerajaan komen pastinya mengarah kepada membenci kerajaan. Jadi adakah keputusan yang diperolehi itu dapat memberikan satu rating yang sebenar sejauh mana 8 sektor tersebut benar-benar menepati ciri MAQASID SYARIAH yang telah di sampaikan oleh Perdana Menteri.

   Selain itu juga, di antara petikan ucapan Najib Tun Razak ketika majlis Perasmian Indeks Syariah tersebut, berbunyi seperti di bawah:
"Justeru, dalam usaha kerajaan mengimarahkan kepatuhan syariah terhadap dasar kerajaan selama ini, maka dasar yang tidak berlabelkan Islam tetapi menepati nilai Islam perlulah diambil kira demi mendapatkan ukuran yang lebih tepat dan menyeluruh," katanya.

     Di jelaskan bahawa DASAR yang tidak berlabelkan Islam perlu di ambil kira dalam menentukan rating yang diberikan menerusi INDEKS SYARIAH itu lebih tepat dan menyeluruh. Di sini juga telah jelas , suatu kenyataan yang bersifat mengelirukan umat Islam Malaysia khasnya berkenaan INDEKS SYARIAH. Produk ini adalah sekadar retorik kerajaan yang memerintah sekarang untuk memberitahu rakyat bahawa kerajaan telah berusaha untuk memastikan 8 sektor terbabit mematuhi nilai-nilai Islam dan tak lebih dari itu.

    Fasa-fasa dalam penerapan INDEKS SYARIAH ini di antaranya adalah dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa yang bakal menjadi panel rujukan untuk memastikan INDEKS SYARIAH yang betul dilaksanakan, membuat kajian persepsi rakyat/pengguna berkenaan 8 sektor terbabit, mengadakan perbincangan bersama hasil kajian dan bagaimana proses pembaikan yang perlu di ambil, melaksanakan plan-plan yang telah dirancang oleh agensi-agensi dan kementerian-kementerian yang terlibat.

    Sewajibnya pemerintah Malaysia terutama Perdana Menteri Malaysia, menerapkan pemerintahan Malaysia yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Usah diperkenalkan pelbagai perkara baru yang seolah-olah mengarahkan kepada Islam tetapi hakikatnya hanyalah usaha untuk menampal sulam sistem kapitalisme sekular sedia ada. Umum telah mengetahui bahawa kita adalah sebuah negara Raja Berpelembagaan, makanya disini perlulah kita telusuri sejarah pembentukan Malaysia dan juga perlembagaan yang diguna pakai.

    Biarpun indeks syariah ini diperkenalkan, hakikatnya Islam itu masih belum dilaksanakan secara kaffah, sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t, malahan ulama' yang berada dibawah tampuk kepimpinan ini wajiblah menegakkan yang hak dan mencegah yang batil biarpun terpaksa hilang jawatan atau periuk nasi. Moga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa menghambakan diri kepadanya, meletakkan Islam itu yang teratas mengatasi segala-galanya, usahlah kita terlalu mencintai dunia sehingga melupakan kehidupan kita yang kekal abadi di alam Akhirat kelak.

Post a Comment

Previous Post Next Post