Assalamualaikum,


Entri kali ini ingin berkongsi serba sedikit, pengalaman penulis menggunakan pengangkutan awam di Korea Selatan samada bas, keretapi mahupun teksi. Ringkasan adalah seperti berikut:

1. Rakyat Korea memang tidak boleh berbahasa inggeris, jadi agak sukar untuk berkomunikasi dengan mereka menggunakan bahasa tersebut. Malahan dalam bentuk tulisan juga, mereka lebih memahami tulisan Korea berbanding tulisan alphabet.

2. Perkara penting untuk memudahkan anda melancong dalam negara ini adalah, dapatkan dahulu prepaid sim dengan plan internet. Saya beli jaringan KT mobile sekitar 30,000 kwon sahaja, dan telah disertakan dengan plan data sebanyak 1GB seingat saya. Untuk percutian seminggu, pada saya amat berbaloi menggunakannya. Malahan jaringan WIFI di Korea amatlah banyak dan kebanyakan kedai mempunyai WIFI, tidak seperti di Malaysia.

3. Setelah activate talian telefon Korea tersebut, pastikan telephone mudah alih anda mempunyai software google map (kalau boleh install di Malaysia). Sebab dengan menggunakan google maps di korea, ia memudahkan anda untuk mencari jalan ke sesuatu destinasi, ia akan menunjukkan pilihan pengangkutan awam yang ada untuk sampai ke destinasi anda. Tidak seperti Malaysia, pilhan yang ada termasukdengan menggunakan kenderaan sendiri dan jumlah jarak dari point A ke B.

Cash Bee card boleh di beli kedai-kedai runcit seperti seven Eleven, utk digunakan bagi kenderaan awam di Korea seperti keretapi, bas dan teksi.
4. Perincian dalam google maps adalah seperti dari Ulsan nak ke Busan, google maps akan memberi beberapa pilihan, bas yang perlu dinaiki akan dinyatakan nombor bas dan masa ketibaan. Jika anda perlu berjalan untuk ke stesen bas berikutnya, juga dinyatakan dalam google maps tersebut. Mudah bukan ?

5. Kami telah menggunakan google maps itu sebagai panduan kami dari Ulsan ke Haeudae (Busan) dengan menggunakan bas, stesen bas berhampiran dengan tempat kami tinggal di Hyundai Hotel.

6. Pilihan jalan kami adalah dari Hotel Hyudai ke Ulsan Station KTX--Naik KTX--Busan KTX Station--Tukar jaringan Train lain ke Tower Busan (nama stesen) ---Bas Ke Cultural Village Busan. 

KTX Train, yang digunakan untuk intercity travel seperti Seoul ke Ulsan dan Ulsan ke Busan.
7. Yang menarik, google maps akan memberi tahu anda perlu melalui beberapa perhentian i.e 20 perhentian sebelum sampai ke stesen bas destinasi anda (perhentian anda), namun sekali sekala kenalah membelek google maps samada anda telah hampir dengan perhentiaan yang dikehendaki,

8. Secara keseluruhan, kami katakan kemudahan dengan google maps tersebut, kami dapat sampai di perhentian  yang dinyatakan dalam google map hampir 99.99%. Ada beberapa perhentian kami berhenti sebelum sampai di perhentian yang dituju, disebabkan kadang-kadang terlepas pandang membelek-belek kembali telefon, antara faktor nak control data usage dan bateri telefon.

Contoh peta google map yang menunjukkan lokasi yang dituju berserta bas atau keretapi yang boleh dinaiki.
9. Pengangkutan awam di Korea Selatan ini amat effektif dan mesra pengguna , jadi kalau untuk backpacking atau percutian keluarga atau kengkawan, boleh menggunakan pilihan tersebut. Kalau asyik nak tanya pemandu bas je, mahu dia pelempang korang, dah le anda pun tak boleh berbahasa korea. Tapi sekali sekala untuk bertanya, kalau boleh tunjukkanlah dalam tulisan korea atau gambar tempat yang anda mahu tujui.

Alatan yang diperlukan untuk perkara di atas:

1. HP multimedia seperti iPhone, Samsung atau apa-apa sahaja
2. Sim Kad Korea sekitar 30,000-50,000 kwon.
3. Google Maps dah di install di Malaysia
4. Kad Pengkakutan awam di Korea yang dipanggil Cash Bee atau T Mobile ( Top-up la banyak-banyak kalau nk jalan-jalan)
5. Peta Ulsan, Busan, Seoul atau apa-apa tempat yang hendak ditujui. Boleh dapatkan di Airport.
6. Install subway Korea software samada android atau iPhone. Type sahaja subway korea.

Moga perkongsiaan ini memberi serba sedikit idea bagi yang mahu ke Korea Selatan.

Ulsan, November 2015.

1 Comments

Saiful Izwan said…
Salam. Dekat Gimhae Airport bahagian ketibaan sebelum pintu keluar banyak kaunter-kaunter untuk sewa simkad atau portable wifi. Boleh compare beberapa servis dari company yang berbeza. SKT pun ok juga tapi mahal sikit dari LG U+.
Previous Post Next Post