Assalamualaikum,

Insyallah dalam enteri berikutnya saya ingin berkongsi beberapa perkara penting bagi mereka yang bekerja di Korea Selatan, bagaimana proses untuk memanjangkan VISA yang diperolehi di Malaysia. Untuk pengetahuan semua, di Malaysia, Kedutaan Korea hanya akan dapat memberikan maksimum VISA adalah untuk 3 bulan. Maka setiap dari kita perlu untuk memanjangkan VISA tersebut di Korea Selatan.

Sebagaimana penulisan saya sebelum ini berkenaan aspek penting dalam memohon VISA Korea, dan pastinya yang pergi lebih dari 3 bulan atas keperluan tertentu seperti belajar, bekerja dan mengikuti ahli keluarga yang bekerja di Korea Selatan. Itu beberapa tujuan yang kerap bagi mereka yang ingin memohon VISA ke sini. Dan kerap saya ingatkan bahawa untuk melancong ke Korea Selatan, tidak memerlukan VISA seperti China. Maka untuk melancong usah khuatir berkenaan VISA.

Apa yang saya lakukan untuk keluarga yang mengikuti saya ke sini, pertamanya berkenaan pemeriksaan TB. Untuk mereka yang memohon VISA selepas Mac 2016, untuk umur yang 5 tahun dan ke atas diwajibkan untuk melalui ujian TB, Malaysia di antara negara yang diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan tersebut. Bagi kami yang telah dapat VISA 3 bulan, makanya untuk process memanjangkan VISA perlu untuk menjalani ujian TB.

Pemeriksaan TB Test di Klinik Ulsan

Di Ulsan, terdapat medical centre yang menyediakan pemeriksaan TB dan bayaran hanyalah KRW 1000 sekitar RM4. Jadi usahlah khuatir dengan kos tersebut dan medical centre itu adalah yang telah diakui oleh pejabat imigresen Korea, jadi tidak semua klinik yang menyediakan pemeriksaan tersebut. Prosesnya juga amat cepat, dalam sejam siap untuk isteri dan anak sulung saya, apa yang dilakukan hanya X-Ray dan bertemu dengan doktor bertugas untuk mengisi checklist tentang penyakit TB.

Setelah selesai dokumen tersebut, ada bolehlah untuk membuat temujanji dengan pejabat imigresen Korea di Ulsan. Tapi perlu menyediakan beberapa dokumen terlebih dahulu seperti berikut;

1. Borang memohon ARC (Alien Card)

2. Gambar sekeping setiap orang

3. Salinan surat kelahiran setiap orang, dan sijil nikah dalam English.

4. Keputusan TB

Untuk temujanji anda boleh masuk ke website berikut (website immigration South Korea)

http://immigration.go.kr/HP/IMM80/index.do dan dari situ boleh lah setkan temujanji seperti mana yang diingini. Waktu operasi pejabat ini adalah jam 8.00pagi -6.00 petang, dan sebarang temujanji disediakan setiap sejam, i.e. 8.00pagi, 9.00pagi and etc. Dan perlu diperingatkan bahawa warga Korea terkenal dengan sikap mereka yang mematuhi masa, dan jika anda telah setkan temujanji jam 3.00ptg, maka pastikan ada telah berada di pejabat itu sebelum jam 3.00ptg.

Jelaskan di dalam temujanji itu tujuan anda i.e. extension for VISA and application for the ARC. Bayaran untuk VISA setahun adalah KRW120,00 setiap orang dan ARC adalah KRW30,000. Untuk ARC dan VISA, bayaran di kaunter yang berasingan daripada tempat anda menghantar borang. 

Pembayaran Alien Card (ARC) untuk tinggal lebih dari 3 bulan


Sediakan duit cash untuk proses di pejabat kerajaan ini, kerana saya telah menghadapi masalah ketika pembelian kereta, disebabkan saya berpendapat semua tempat boleh menerima kredit kad di Korea, tapi tidak sebenarnya. Jadi seeloknya apabila berurusan dengan pejabat kerajaan anda menggunakan duit tunai sahaja.

Bagi membuat bayaran ARC, di sebelah tempat tempat pembayaran VISA itu ada ATM yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran ARC, namun pembayaran itu perlu dilakukan satu per satu:

1. Masukkan passport & scan bahagian bar tersebut.
2. Mengikut arahan dalam English, membuat pembayaran dalam tunai (KRW). Untuk ARC termasuk penghantaran adalah KRW 33K/satu.
3. Setelah selesai membuat pembayaran ARC dan VISA, anda bolehlah ke kaunter yang pertama tadi untuk meneruskan urusan.
4. Kaunter akan mengeluarkan borang cetakan sementara kepada semua yang memohon VISA extension.

Begitulah serba sedikit pengalaman saya dalam memanjangkan VISA di Korea Selatan di pejabat imigresen Ulsan. Secara keseluruhan prosesnya amat mudah dan mengambil masa sekitar 1 jam sahaja dengan syarat semua borang telah diisi, gambar telah disediakan, sijil lahir untuk anak-anak, dan sijil nikah sebagai bukti perkahwinan. 

Moga menjadi panduan semua.

Post a Comment

Previous Post Next Post