Dalam menongkah kehidupan seharian kita jangan kita tidak tahu bahawa ada mereka yang jauh lebih susah dari kita dengan RM8. Bagaimana jika hanya memperolehi pendapatan sedemikian dalam kehidupan sekarang ?



Sewajibnya kita bersyukur dengan punya sumber pendapatan tetap selain cukup makan dan minum. Makcik ini hanya boleh mendapat pendapatan dengan jual karipap/ donut kadang2 serendah RM8 sahaja sebulan.

Selain itu, hal-hal yang berlaku dlm masyarakat ini bukti ketidakadilan sistem ekonomi yang mengurusi rakyat hari ini. 

Lihat sahaja duit yang dipergunakan utk perkara yang tidak mendesak sebaliknya ada dikalangan rakyat Malaysia yang tidak makan dan minum. Duit yang dibelanjakan untuk pemimpin Malaysia ke sana ke mari (luar negara), sedangkan masih ada dikalangan rakyat Malaysia yang tidak makan dan minum, adakah itu keperluan mendesak ?

Pengurusan kewangan Malaysia yang tidak disandarkan kepada Islam, lantas pengurusan itu hanya bersandarkan sistem ekonomi kapitalis. Sedangkan dlm Islam, pembahagian pengeluaran daulah Islam itu adalah sebagaiman yang telah ditetapkan syarak.

Jika kita solat ada rukunnya dan tertibnya yang kita wajib ikuti. Dlm pengurusan NEGARA juga Allah dan Rasul ada mengajarnya. Kita wajib menguruskan dengan nas-nas syarak.

Tetapi hari ini negara tidak diatur dengan hukum Allah, sebaliknya diatur menggunakan akal-akal manusia, lantas kita dapat perhatikan kerosakan yang berlaku dalam masyarakat diluar pemikiran kita.


Beberapa lepas kita dikejutkan dengan budak 13 tahun bersalin. Ini bukti kerosakan sistem hari ini yang tidak diatur dengan hukum Allah, masyallah !

Dari itu keadilan boleh diraih dan dinikmati dengan baik oleh seluruh umat/rakyat Malaysia !


****

Sejak setahun lalu, Anizal Zurina Zainal, 45, memperoleh kira-kira RM8 sehari hasil jualan kuih donat dan karipap sejuk beku di kawasan perumahannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Jasmin, Senawang dekat sini.

Post a Comment

Previous Post Next Post