Assalamualaikum,

Puncak Gunung Kinabalu 2010
Enteri kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dan perkongsian pendakian Mount Kinabalu. Dalam kehidupan saya, kegagalan itu sesuatu yang pahit malahan ianya bukan melemahkan semangat saya sebaliknya menjadikan ia sebagai cabaran untuk saya meraih yang lebih baik lagi.

2009- Fail, gagal sampai ke Puncak Low's Peak
2010- Success, sampai ke Puncak Low's Peak
2013- Success, sampai ke Puncak Low's Peak
2015- Success, sampai ke Puncak Low's Peak
“If you fail to plan, you are planning to fail!”

 Antara peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup saya adalah kegagalan menawan puncak Gunung Kinabalu untuk percubaan yang pertama. Pengajaran yang saya ambil daripada kegagalan mendaki puncak Gunung Kinabalu itu adalah;



1. Latihan intensif yang tidak mencukupi berbanding stamina yang diperlukan
2. Persediaan yang kurang baik tanpa membuat kajiaan terlebih dahulu kesukaran pendakiaan
3. Mengambil mudah pendakian tersebut tanpa mengetahui kesukaran yang sebenar

Begitulah beberapa pengajaran yang saya perolehi sepanjang pendakian gunung Kinabalu buat pertama kali. Namun setelah kegagalan yang pertama itu untuk menawan puncak gunung Kinabalu telah membakar semangat saya untuk sampai ke Puncaknya. 


Expedisi @ Percubaan Kedua, seterusnya saya melakukan persediaan yang rapi malahan telah membuat perancangan yang lebih baik agar saya dapat mendaki puncak gunung Kinabalu itu. Alhamdulillah berkat usaha dan persediaan yang telah dilakukan, saya menawan puncak Gunung Kinabalu malahan telah berjaya menawan dalam keadaan yang sihat dan stamina yang jauh lebih baik berbanding percubaan pertama saya. Alhamdulillah, selepas dari kegagalan tersebut, saya telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu sebanyak 3 kali.


Saya positif dalam menghadapi kegagalan, malahan kegagalan itu menjadikan saya lebih kuat malahan lebih fokus untuk meraih sesuatu yang lebih baik. Bahkan ianya menjadi satu cabaran buat saya, bahkan sebagai seorang yang mendambakan kejayaan kita tidak boleh mudah untuk berputus asa dan hanya berserah pada takdir. Kerana Allah itu pastikan memberikan sesuatu yang baik itu diatas apa yang telah kita usahakan. Manusia itu juga kadang-kadang lupa bahawa segala sesuatu itu, Allah lah yang lebih Maha Mengetahuinya, senantiasalah mendekati diri kepada-Nya. Sebanyak mana usahakan yang telah kita lakukan senantiasalah berserah kepada Allah dan niat-kan amat perbuatan kita itu kerana Allah, insyallah akan mendapat redha-Nya.

What next my achievement in 2016 ? Hopefully I could do much better in year 2016. Dalam kehidupan seharian di muka bumi Allah ini, kita jangan mudah untuk berputus asa dan menerima apa sahaja berlaku, kegagalan itu bukanlah menandakan kita tidak mampu untuk berjaya namun kita akan lebih berjaya apabila mampu menghadapi kegagalan.

Saya gagal dalam percubaan pertama saya namun berjaya di percubaan berikutnya, kerana kegagalan itu memberikan saya pengajaran untuk memperbaiki segala kelemahan saya dalam percubaan pertama agar tidak berlaku lagi. Kerana di situ kita bakal meraih kejayaan kerana kita belajar daripada kesilapan yang telah kita lalui dan bukannya hanya menyerah kalah semata-mata.

Iskandar Musa.

17 Januari 2016.





Post a Comment

Previous Post Next Post