Assalamualaikum, 
Terminal Aman Jaya Ipoh
Merujuk perkara di atas, saya ingin melaporkan sedikit salah laku dikalangan agen tiket bas. Malahan ia memang praktis dikalangan mereka yang mana, agen bas lain akan membantu untuk menjualkan tiket bas syarikat lain dan dikenakan caj "tolong beli" RM3/tiket. 

Kejadian saya alami pada 31 Disember 15 yang lalu, di mana saya pergi ke kaunter tiket bas KKKL untuk membeli tiket ke Kangar, sebab di iklan kaunter ada menulis destinasi tersebut . Harga yang dinyatakan kakak di kaunter adalah RM66.00 untuk dua tiket dan memaklumkan masa 10 pagi.‎ Dia pun tulis resit, dan kemudian dia keluar dari kaunternya ke kaunter bas ekspres kesatuan yang hanya selang satu baris. 

Saya tidak dimaklumkan hal tersebut, dan memandangkan saya juga jarang naik bas saya tidak tahu harga tiket ke Kangar dari Ipoh. Kak tersebut tidak memaklumkan hal tersebut dan memberikan tiket dari Kesatuan yang diambil dan tertera RM30/tiket. Namun saya tidak pasti samada perkara yang sama berlaku di Terminal TBS, Kuala Lumpur.
Kaunter Bas KKKL & Kesatuan yang hanya berpisah satu kaunter tapi dicaj RM3/tiket.
Jelas ini lagi melampau berbanding GST hanya 6% tetapi mereka (agen) mengenakan RM3/tiket iaitu 10% dari harga asal tiket. Jadi saya berharap SPAD melakukan sedikit penyiasatan terhadap perkara tersebut agar tidak ramai lagi rakyat malaysia atau orang luar yang akan ditipu oleh agen-agen tiket di Terminal Bas Amanjaya, Ipoh. Sudahlah kita dihimpit dengan kesusahan kehidupan seharian, malah kita juga ditipu oleh individu-invidividu yang tidak bertanggungjawab seperti ini.

Bantulah rakyat Malaysia agar tidak terus ditipu. Mengapa mereka tidak berterus terang sebelum pembayaran dibuat dengan memberitahu harga tiket + komisyen ? Jelas ada caj tersembunyi di situ. Kita tidak ada masalah untuk membayar harga disebutkan jika terma dan syarat penjualan itu jelas, tapi yang pelik bayar RM66.00 tetapi resit yang diperoleh hanya RM60, mana hilangnya RM6?

Hati-hati ketika membeli tiket disini
[email yang dihantar kepada SPAD akan melakukan pemeriksaan ]

Nasihat saya buat warga Ipoh dan pengguna bas di Malaysia agar tidak ditimpa perkara yang sama:
  1. Pastikan check beberapa kaunter harga tiket bas dan buat perbandingan. 
  2. Selain itu, tanyalah samada tiket itu dari bas kaunter tersebut atau bas syarikat lain.
  3. Jika bas syarikat lain, adakah dikenakan komisen. Jika anda ingin teruskan pembelian termasuk harga komisen silakan sebab akan termeterai jika ada persetujuan kedua belah pihak.
Wasalam.

Iskandar Musa
2 January 2016

Post a Comment

Previous Post Next Post