Gerakan ISLAM melancarkan "Perang" ke atas pemikiran Barat.
Gerakan Islam yang dikenali Hizbut Tahrir telah melancarkan kempen untuk menghalang pemuda-pemuda Muslim daripada dirosakkan dengan pemikiran Barat yakni idea liberalisme. Gerakan ini telah dirancang untuk di ban semasa era Tony Blair, mereka merancang untuk melancarkan kempen awam idea Barat yang cuba menyerang Islam.
Kelas-kelas untuk rakyat Islam akan diadakan di masjid,sekolah atau madrasah tetapi Hizbut Tahrir mensasarkan pemuda Muslim bagi memperkasakan diri mereka dengan program musim panas yakni kempen Memperkasakan Islam.
HT menyatakan bahawa golongan pemuda lebih mudah untuk menjadi sasaran kempen Islamphobia dan percaya mereka berada pada kedudukan yang bahaya untuk diracuni dengan pengaruh Liberalisme Barat. Liberalisme Barat seperti kaki minum, senjata pistol dan pisau, keganasan dan agresif, dan remaja yang mengandung.
Gerakan ini yang menyatakan bahawa mereka adalah parti politik Islam global, dan telah di ban di Jerman kerana dikaitkan dengan anti Yahudi.
Di Britain, bekas Perdana Menteri Tony Blair pernah cuba untuk membankannya tetapi selepas 2 kali revisi,tiada sebarang tindakan yang diambil. Gerakan ini menjelaskan bahawa mereka tidak terlibat dengan pengganas tetapi British membalas dengan mengkaitkan mereka terlibat secara tidak langsung dengan pemuda radikal Islam dengan kefahaman mereka tidak boleh menjadi British dan Islam serentak.
Kempen tersebut terfokus di Oldham, Manchester, Bradford, dan Leeds dengan membawa mesej "Jangan Diam dan Terima". Mereka menyatakan bahawa ahli politik dan media telah terlibat dalam mengadakan kempen Islam ketinggalan zaman dan agama yang zaman pertengahan.
Di Britain, HT menyatakan kemarahan tidak dapat dihindarkan setelah Archbishop of Canterburry, Dr.Rowan Williams yang menyarankan untuk memperkenalkan sebahagian elemen perundangan Islam di Britain.
Kempen HT ini termasuk pesta bolasepak, grafiti dan pertandingan rap, konferen pemuda dan seminar. Debat pada malam ini di Converty membawa isu bagaimana untuk bertindak dalam kempen Barat untuk mem'ban'kan Quran.
Jurubicara Hizbut Tahrir, Taji Mustafa berkata;" Situasi terbaru mempalit kotoran kepada Islam dan perundangan Islam, penghinaan terhadap Rasulullah dengan lukisan karikatur dan usaha untuk membankan Quran di Belanda adalah sebahagian daripada propaganda Barat untuk melancarkan serangan kepada Islam, yang dikaitkan dengan peperangan terhadap pengganas.
"Yang pasti propanganda tersebut untuk memaksa satu sistem yang sama yakni kapitalis dan idea sekular dan liberal bagi satu dunia."
Menteri pertahanan Neville-Jones berkata," 3 tahun yang lalu kerajaan telah menginginkan untuk memansuhkan gerakan ini dan gagal untuk merealisasikannya, disebabkan pendekatan mereka yang bertentangan dengan radikal. Adalah menjadi satu perkara utama untuk kita menghadapi serangan seperti ini terhadap budaya kita dan budaya orang Brtish."