Minggu ini tersebar begitu meluas di media-media cetak mahupun media elektronik akan kebangkitan umat Islam di Xinjiang. China sebagaimana yang telah kita tahu merupakan Negara Komunisme yang terbesar dan merupakan penyebar ideologi tersebut. Namun hari ini China mula mengamalkan sistem eknomi terbuka yang meletakkan China merupakan kuasa dunia dalam ekonomim.
Tetapi dalam soal kekuasaan politik CHina dikatakan tidak mampu menandingi kuasa-kuasa barat yang lain seperti Perancis,Britain, dan kuasa dunia No.1 yakni Amerika Syarikat. Tekanan yang diberikan oleh negara-negara tersebut terhadap CHina dalam soal menghapuskan golongan Ekterimes hanyalah satu agenda Barat yang nak menghalang akan kebangkitan Umat Islam.
Kita diberitakan akan penglibatan HIzbut Tahrir dalam mengadakan demonstrasi yang merosakkan pelbagai hak milik awam bagi menentang pihak Kerajaan CHina yang berat sebelah dalam menangani isu orang Islam CHina.Dan minggu ini mula kedengaran akan kebangkitan gerakan mengembalikan Khilafah yang diterajui Hizbut Tahrir di kawasan Sekitar Xinjiang, pelbagai perkara dilakukan oleh pihak pemerintah termasuk membuat contengan di dinding yang mengatakan Hizbut Tahrir merupakan gerakan pengganas. Inilah usaha kaum kuffar untuk memburukan gerakan yang nak meletakkan ISLAM kembali dimuka bumi Allah ini.
Malahan satu perkara yang menarik setelah saya membaca pelbagai artikel mahupun berita yang melaporkan tentang fenomena baru gerakan Hizbut Tahrir di Xinjiang ini adalah berkenaan penyebaran idea gerakan ini di penjara. Sehingga begitu mengerunkan pihak pemerintah untuk menangkap aktivis-aktivis gerakan tersebut, Allahuakbar !! Begitulah ciri-ciri seorang pendakwah yang sejati,yang meletakkan ISLAM itu mengalir dalam darahnya.
Setiap masa dan di mana sahaja,hanyalah ISLAM lah yang menjadi tujuan hidupnya. Sehingga pelabgai halangan dunia yang fana ini tidak mengerunkannya malahan memberi kecekalan yang berlipat ganda pada dirinya. Inilah yang terbukti pada aktivis-aktivis di Xinjiang ini yang meneruskand dakwah walaupun berada dalam gerigi-gerigi besi yang dikatakan menghalang dia daripada melihat dunia luar.
Hal ini juga pernah berlaku di Uzbekistan dimana ramai aktivis HT yang telah ditangkap dan didera di dalam penjara. Hakikatnya idea mengembalikan Khilafah terus segar di penjara-penjara di Uzbekistan,itulah keistimewaan Islam,idea yang terus mekar di dunia ini hingglah hari kiamat kelak.
Tiada mampunya kaum kuffar untuk menghalang kebangkitan yang setiap hari terus membentuk gerombolan yang besar. Islam pasti akan menguasai dunia ini dan mengembalikan keamamanan dan kesejahteraan untuk seluruh manusia......Allahuakbar...!!!
http://gooku1.fotopages.com/?&page=1