Keputusan muktamad Menteri Besar, Exco Terengganu tidak boleh gunakan Mercedes – PM


PUTRAJAYA 25 Julai – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, kesemua 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor yang telah dibeli kerajaan negeri Terengganu tidak boleh digunakan oleh Menteri Besar, Exco dan para pegawai kanan negeri itu.

Perdana Menteri berkata, kereta-kereta itu hanya akan digunakan untuk membawa tetamu-tetamu kerajaan negeri.

Menurut Abdullah, beliau dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memaklumkan kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said semalam mengenai pendirian Kabinet bahawa kerajaan negeri itu perlu mengutamakan kereta nasional Proton Perdana V6 Executive.

sumber:http://www.utusan.com.my/


Remarks:

Penyelesaian yang sebegini dikemukan oleh Perdana Menteri memang sudah dijangka lagi. Namun adakah dengan hanya membenarkan kenderaan yang dibeli tersebut digunakan untuk tetamu-tetamu kerajaan negeri sahaja?? Adakah tetamu setiap hari,setiap minggu,setiap bulan akan melawat ke Terengganu? Siapakah tetamu yang dimaksudkan oleh kabinet atau khususnya Pak Lah tersebut? Maka lebih membazirkan setelah membazirkan duit membeli Mercedes namun tidak mengoptimumkan penggunaannya.

Di kemudian hari penyelenggaraan lebih tinggi disebabkan enjin tidak bergerak atau sejuk sahaja. Inilah dipenyelesaian yang datang dari akal kepala manusia yang tidak mampu memberi penyelesaian yang konkrit. Teknik berfikir inilah jugalah yang diserapkan dalam kabinet dalam mengubal undang-undang untuk negera,natijahnya kita diaturkan dengan satu aturan yang jelas-jelas bertentangan dengan syarat pengubalan peraturan Islam yakni dari AL-Quran dan As-sunnah.

Tetamu-tetamu tersebut pastilah orang yang lebih besar daripada Menteri Besar sendiri samada Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Dan bukannya adun-adun dari negeri lain yang datang ke Terengganu dilayan serba mewah dengan Mercedes E200. Sebaliknya penyelesaian yang lain boleh digunakan adalah memberi kenderaan-kenderaan tersebut untuk kegunaan madrasah-madrasah untuk kenderaan rasmi mereka untuk bergerak ke mana-mana.

Hakikatnya kalau di sekolah atau madrasah,susah sangat untuk mendapat budget bagi membeli kenderaan sekolah. Yang lebih menyedihkan di sebahagian kampung atau daerah susah untuk mendapat kenderaan untuk membawa jenazah untuk dihantar ke tanah perkuburan. Inilah dia sikap pemimpin2 kapitalisme yang terus menerus merobek,mencuri harta rakyat untuk kemewahan dan kesenangan diri sendiri. Hanya Islam lah yang mampu melahirkan pemimpin yang mengutamakan hukum Allah lebih daripada dirinya sendiri.

Dan saya percaya andai pemimpin yang berpaksikan Islam, Mercedes atau V6 yang diberikan kepadanya akan digunakan semaksimum mungkin untuk menyebarkan ISLAM,dan sudah pasti kemewahan dan kesenangan yang ada akan dikembalikan dengan penah lelahnya untuk semata-mata ISLAM>



sekian nukilan: ISKANDAR 26 July 2008

Post a Comment

Previous Post Next Post