Alhamdullah ana terbaca keratan akhbar ttg Ahmad Mahmud yg telah terlantar di Hospital. Mungkin ada dikalangan pembaca yg tidak mengenali beliau,tetapi pembaca mesti tahu filem PRamlee..Oh Kassimmmm..yg menceritakan ttg ibu mertua yang begitu kejam kepada anak menantu yang hanya seorang seniman.
Filem tersebut lebih menjelaskan ttg sosial hidup masyarakat yang kerap memandang rendah terhadap golongan seniman/seniwati. Beginilah kehidupan kita di muka bumi Allah yg sementara ini, pejam celik umur kita semakin hari semakin tua.
Pejam celik kita sudah menghampiri bulan yang penuh keberkatan yakni Ramadhan Al-Mubarak. BUlan yang mendapat keberkatan daripada Allah swt, ayuhlah kita sama-sama memanfaatkan bulan tersebut bagi meraih sebanyak mungkin keredhaan Allah swt. Tiada lain tujuan kita di muka bumi ini semata-mata untuk menyembahnya dan melaksanakan segala tuntutan-Nya. Dia yang Maha pemurah dan Maha pengasih tidak pernah lupa kepada kita tetapi hanya kita yang kerap kali mencuaikan perintah Allah.
Di bulan yang penuh berkat, sama2 lah kita memuhasabahkan diri untuk lebih baik berbanding tahun-tahun yang sebelum ini. Dan berdoalah agar kita berjaya untuk mengharungi Ramadhan pada tahun ini...Ameen...