Hari raya tahun ini begitu bermakna buat teman, kali teman dpt bertemu dgn sahabat-sahbat semasa bersekolah digerik dahulu. Yang hampir 5 tahun tidak berjumpa, mmg byk benar perkara yang ingin diborakkan, maklum lar sdh lama tidak bersua muka....Perbezaan ketara diantara kami semua jika dibandingkan ketika sekolah dahulu adalah ke'chubby'an masing yg makin berisi..heheheh..maklum lar masing2 dh mmpunyai kerjaya dan pendapatan sendri apatah lagi bahagia...
Alhamdullah peluang yang ada dipertemuan ini, teman dapat berkongsi cerita dgn sahabat dan cadangan untuk kami mengadakan pertemuan semula bekas pelajar Sekolah Menengah teknik Gerik. Sahabat teman itu bernama usaimi,dan beliau tinggal di Felda Bersia gerik, tp yang paling menarik nama samarannya seakan-akan sama dgn nama sebuah Filem yang popular di Malaysia.......Iaitu OTAI, dan kalu nk taw semua nama2 samaran di sekolah dahulu wujud disebabkan sesuatu kejadian yang berlaku, dan jika dikenang kembali pasti membuatkan kami gelak getawa tidak terhingga...
Setelah beraya di kampung Bersia, dan telah dijamukan dgn ikan lampan bakar dan ikan patin masak gulai tompoyak, teman dan rakan-rakan begitu kenyang dibuatnya sehingga hendak memandu pun tak larat dibuatnya ibarat ular sawa kekenyangan. Kemudia rombongan teman bergerak ke rumah kawan di Kg.Air Ganda, dan kali ini kami hanya makan kerepek2 dan air milo panas,maklum lar perut sudah kekenyangan.
Dan rumha terakhir yang teman ziarahi sempena Road Tour De Greece 2008 ke rumah mak mertua abg teman di Ulu Kenderong. Dan juga kami dihidangkan dengan nasi, kali ini menu specialnya adalah tulang lembu masak gulai lemak, pada awalnya kami agak menolak,tp apbila telah dijamukan sahabat teman farid begitu berselera sehingga menambah 3 kali. Yg pada awal menolak utk dijamu dgn nasi..
Dan rombongan teman berakhir disitu dan kami mula bergerak kembali ke ipoh, kali teman memandu dan di Lenggong agak ngantuk kami singgah minum kopi TOngkat Ali di warung. Setelah itu Farid menganti teman memandu kereta sehingga di Lalun Masuk tol Kuala Kangsar. Buat pengetahuan semua, teman semasa drive tol kuala kangsar ke tol jelapang, kengantukan yang teramat sangat tidak dapat dihindarkan. Dgn kelajuan sekitar 80km/j menyusur melalui lebuhraya utara selatan. Silauan mata akibat pancaran kereta yang bertentangan membuatkan mata teman begitu letih, alhamdullah sekitar 12am kami sampai di IPOH.
Alhamdulillah perjalanan RAYA DE TOUR 2008 membawa erti yang besar tentang silaturahim
sesama Islam yang perlu dipelihara. Dan Islam telah menekan tentang perkara ini dlm soal amar ma'ruf nai mun'kar,yang begitu signifikasi tentang hubungan ukhuwah Islamiyyah.
Ali Imran-104.
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar[217]; merekalah orang-orang yang beruntung.