Assalamualaikum...

Dunia dikejut dengan kelibat Presiden Turki yang mengankat kaki meninggalkan persidangan ekonomi Davos setelah tidak dibenarkan untuk membalas kata-kata yang disampaikan oleh Presiden ISRAEL Simon Peres. Simon Peres dibenarkan untuk berucap hampir 25 minit sebaliknya Presiden Islam Turki hanya dibenarkan untuk berucap dalam masa yang singkat. Erdogan mmg terkenal dikalangan pemimpin Turki yang cederung kepada Islam walaupun beliau berada dibawah negara yang mengamal Sekularisme yakni memisahkan agama dari kehidupan seharian.

Namun peristiwa ini menunjukkan bahawa setiap yang mengucapkan kalimah syahadah pasti mempunyai perasaan walaupun sedikit apabila umat Islam yang lain dihina atau dibunuh sewenang-wenangnya. Itulah yang berlaku kepada penduduk Islam di Gaza,Palestin. Mereka dibunuh sesuka hati oleh pihak Israel tanpa mengira umur. Kimah kemanusiaan yang ada pada Erdogan mmg sangat terserlah, beliau lantas keluar dari dewan persidangan kerana tidak puas hati dengan sikap pengerusi majlis dan juga panel dari Israel.

Sikap yang dilakukan oleh Erdogan begitu dipuji serata dunia oleh seluruh masyarakat Islam malahan dipuji oleh pejuang-pejuang Hamas memandangkan dengan kedudukannya sebagai seorang Presiden Negara membuat tindakan yang sedemikian. Lantas,inilah yang sepatutnya dilakukan oleh seluruh pemimpin-pemimpin Islam, bersikap benci pada pemimpin kuffar dan berbaik-baik sesama pemimpin Islam yang lain.Bukannya kita berbaik-baik dengan pemimpin kuffar dan berbalah sesama pemimpin Islam yang lain. Sebagaimana kita sering melihat gambar-gambar yang diambil menunjukkan pemimpin Islam dengan penuh bangga bersalaman dengan pemimpin kuffur seperti BUSH,Ariel Shahron, EHud Olmert.

King Abdullah dan Bush

Hosni Mubarak (Mesir) dan Bush

Putin (Russia) dan Hamid Karzai (Afghanistan)


Bush (AS) dan King Fahd (Arab Saudi)
Sejarah Turki yang pernah dinaungi Islam dibawah Khilafah Uthmaniyyah (Daulah Islamiyyah) yang memguasai 1/4 dunia. Di mana Konstatinopel yang dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fateh,inilah bukti ketokohan dan kekuatan orang-orang Islam. Segala usaha dilakukan untuk menyebarkan ajaran Islam keseluruh dunia dan mengambil contoh daripada Rasulullah saw yang memimpin negara Islam yang menerapkan Islam serta menyebarkan luas ajaran Islam itu keseluruh pelosok dunia. Dakwah yang dilakukan oleh para sahabat Nabi dapat dibuktikan dengan ramai daripada sahabat Nabi yang mati diluar kota Madinah atau Mekah. Mereka dikuburkan diseluruh pelosok dunia Chinna,Turki,India,Pakistan dan pelbagai lagi.

Islam dibawah satu naugan Khilafah membuktikan kekuasaannya dan menggerunkan pihak musuh untuk menentang Islam.Islam dijaga rapi oleh pemimpin negara Islam yakni Khalifah. Hari tiadanya tentera Khilafah yang dapat dihantar untuk melawan kembali serangan pihak Isreal ke atas umat Islam di Gaza. Namun sejarah membuktikan bagaiman Sultan Abdul Hamid II yang telah berkata dengan tegas" Beliau tidak akan memberikan Palestin kepada Isreal walaupun dibayar dengan bayaran yang mahal, dan Palestin takkan dapat ditukar dengan sebarang nilai pun" selagi beliau memimpin negara Islam Khilafah Uthmaniyyah.

Ayuh perhebatkanlah dakwah mu utk Islam..bantulah umat Islam di seluruh dunia di Iraq,Afghanistan,Myanmmar (Rohingya) , Uzbekistan dan byk lagi yang terus dihina..Namun cukupkan dengan hanya memboikot ! semayang hajat ! Berdoa ! Menderma ! menyelesaikan permasalahan umat Islam sepenuhnya??? Bukan penulis menentang kuasa tuhan yakni dengan doa dan solat hajat. Namun hukum Allah jelas, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka sendiri yang mengubahnya...Kita harini sudah lali dengan penyelesaian-penyelesaian sedemikian..ayuh tajamkan lah pemikiran mu untuk mendapatkan penyelesaian yang sebenar kepada permasalahan umat Islam harini... gerakanlah dakwah mu untuk menyedarkan umat kepada usaha untuk mengembalikan Khilafah Islamiyyah...

wslm..

Post a Comment

Previous Post Next Post