Assalamualaikum...

Malam ini tepat jam 730mlm aku menonton rancangan tv Astro Awani, sejak kebelakangan ini kecoh ttg 2 org calon PKR yang menghilangkan diri dan seterusnya hari ini muncul masuk parti UMNO. Perkara ini mmg tiada satu pun mengejutkan malahan tidak di herankan berkenaan seorang calon UMNO yang awalnya masuk PKR kemudian beralih arah masuk kembali UMNO setelah 11 hari memasuki PKR.

Begitulah dia politik biasa yang diamalkan dalam sistem demokrasi hari ini. Seseorang itu tidak mustahil untuk melompat-lompa parti sesuka hatinya sahaja. Beberapa perkara yang boleh menjadi arah pemikiran kita hari ini, bukan hanya melihat dari aspek adakah boleh atau tidak melompat parti? Mengapa melompat parti? Mengapakah mereka sanggup berbuat demikian? Berapa aspek yang aku mampu lihat adalah seperti berikut:

1. Dasar sistem pemerintahan hari ini adalah berlandaskan sistem demokrasi sekularisme.Yang mana masyarakat dan pemimpin telah dididik dan dibentuk mengamalkan satu permainan politik berkepentingan peribadi/periuk nasi sendiri. Tiada lagi soal menjaga masyarakat ataupun menjaga kepentingan masyarakat. Yg mereka tahu kepentingan peribadi dan juga kroni.

2. Sistem pemerintahan yang kita ada hari ini adalah warisan daripada penjajah yang sama sekali tidak berlandaskan AL-Quran mahupun sunnah. Jadi mengapakah kita masih terus memberi harapan demi harapan untuk memenangkan Islam dalam satu permainan yang penuh "gamble" ini? Yang pastinya, melalui satu thariqah (method) yang bercanggah dengan Islam pasti tidak memberi keberhasilan yang sepatutnya.

3. Sejauh mana mampu dilakukan pemimpin Islam yang dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin berbangsa lain. Pasti tidak sejauh mana pergi kepimimpinan tersebut kerana pemimpin Islam itu juga menjaga kepentingan pakatan tersebut agar terus kukuh dan berjaya memimpin masyarakat dengan penuh keberjayaan.

Sedarlah wahai rakan seperjuangan Islamku, pengharapan dan usaha kita untuk pasti mendapat pengrahmatan dan keredhaan Allah swt. Namun telusurilah jalan dan usaha sebagaimana yang telah Rasulullah lakukan dan janganlah kamu terus memberi pengharapan kepada sistem demokrasi sekularisme ini yang hanya memberi omongan kosong kepadamu. Bahkan mereka yang tidak inginkan Islam akan terus memanipulasi sistem yang sedia kafir ini untuk mencapai matlamat mereka. Samalah kita memperjuangkan jalan Rasulullah menegakkan kembali Khilafah Islamiyyah...ameennnnnnnnnnnnn!!

1 Comments

AN said…
taat perintah ALLAH, ikut sunnah Nabi pasti berjaya dunia akhirat
Previous Post Next Post