Alhamdulillah...sepanjang berada di perantauan jauh dari keluarga dan teman-teman, serba sedikit masa diisikan dengan aktiviti sukan. Setelah seharian bekerja, memerah minda dan tenaga, kadangkala aktiviti riadah mahupun sukan dapat memberi satu kepuasan yang besar nikmatnya daripada Allah swt. Namun biarlah segala yang kita lakukan hanyalah semata-mata kerana Allah swt, walaupun pun bersukan hendaklah mengingati Allah. Janganlah melalaikan kita sehingga meninggalkan solat lima waktu, ataupun melewati waktu maqrib tanpa perasaan serba salah.
Kerana setiap daripada perbuatan kita di muka bumi Allah ini pasti diperhitungkan di akhirat kelak dan mendapat pembalasan yang setimpalnya. Hidup di muka bumi Allah ini hanyalah ujian daripadanya utk kita supaya mengingati sepanjang masa dan terus melaksanakan tuntutan-Nya. Janganlah kita menjadi di sebagaimana yang telah di firmankan oleh Allah dalam surah As-Sajdah:
Selagi nyawa dan masa yang diberikan oleh Allah kepada-mu ini,manfaatkannya utk kebaikan, untuk Islam dan seterusnya untuk mendapat keredhaan Allah swt.

12. Dan, jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin."
Selagi nyawa dan masa yang diberikan oleh Allah kepada-mu ini,manfaatkannya utk kebaikan, untuk Islam dan seterusnya untuk mendapat keredhaan Allah swt.