Perak oh Perak....

Dari satu peristiwa kepada satu peristiwa yang lain berlaku di Perak. Pada minggu yang sebelumnya kecoh dengan insiden tarik-menarik ,tolak-menolak dan hina menghina di dewan undangan negeri (DUN) Perak. Dewan ini diistilahkan dengan "Dewan Yang Mulia". Siapakah yang mengistiharkannya mulia? Apakah erti kemuliaan itu? Kemuliaan ertinya dalam Islam, sesuatu yang dipandang baik disisi Islam bersandarkan hujah Al_Quran dan As-Sunnah. Namun kemuliaan yang diertikan oleh pejuang-pejuang demokrasi adalah kemuliaan pada pandangan mereka yang taksub dan percaya kepada undang-undang dan sistem pentadbiran yang dilahirkan dari Barat. Inilah yang dimuliakan dan terus menerus di pertahankan dan sanggup bermati-matian mempertahankan sesuatu yang jelas Haram. Ini kejayaan penjajah Islam, mereka meninggalkan suatu sistem yang hina sebagai kesinambungan usaha mereka untuk menghancurkan Islam.

Tiada kemuliaan tanpa Islam, Tiada kejayaan tanpa Islam...Islam itu mulia tanpa sesiapa pun...Namun yang menentukan kemuliaan diri kita adalah bagaimana kita bertindak, adakah mengikut Islam atau tidak?? Tidaknya kita mengikut Islam, menjadikan kita manusia yang dihina dan dikeji. Sebagaimana firman Allah swtlah berkenaan manusia yang tidak menggunakan akalnya diibaratkan seperti bintang, malahan kehinaannya lebih teruk dari binatang:


atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu).

Ingatilah, setinggi mana jua kekuasaan kita dimuka bumi ini,namun seandainya kekuasaan itu tidak digunakan untuk memakmurkan dunia ini dengan Islam,maka hancurlah dirimu. Tunggulah balasan dari Allah di akhirat kelak kepada mereka yang mempersendakan perintah Allah, dan pada mereka yang terus menerus mempertahankan sistem ciptaan manusia berbanding sistem dan petunjuk yang telah diturunkan oleh Allah swt. Sesungguhnya masa itu cepat berlalu, sejauh mana kamu melangkah, kamu pasti jua kembali kepadanya dan dimasukkan ke liang lahat. Maka ayuh sahabat-sahabatku,kita bersatu untuk mewujudkan pemerintahan Islam, dengan Khilafah Islammiyyah.

wslm

Post a Comment

Previous Post Next Post