Hari ini begitu kecoh suasan di KL, kesan daripada sebilangan rakyat malaysia yang hadir bagi menyatakan sokongan untuk memansuhkan ISA. Acap kali kedengaran isu ISA ini dari zaman Mahathir hinggalah zaman kepimpinan Najib hari ini. Pelbagai reaksi diutarakan berkenaan ISA, paling menarik di hari pertama Najib menjadi Perdana Menteri, beberapa tahanan ISA dilepaskan atas alasan mereka mmg sepatutnya dikeluarkan dan tidak bersalah. Ouh..sungguh begitu mudah untuk menyalahkan seseorang dan melepaskan seseorang apabila kuasa ditangan anda. Itulah sifat manusia yang Allah telah jelaskan dalam Al-Quran, manusia ini tidak akan pernah puas dengan apa yang dia dapat kecuali mereka yang bersyukur kepada Allah swt. Senantiasa tidak cukup samada kekayaan mahupun kekuasaan. Allah peringatkan di dalam ayat al-Quran berkenaan Dia mampu untuk menarik dan memberi kekuasaan pada sesiapa sahaja yang Dia inginkan.

Ingalah penguasa Umat Islam hari ini, kekuasaan yang berada ditanganmu itu adalah untuk mencapai keredhaan Allah dan seterusnya melaksanakan Islam dalam sistem kehidupan seharian. Namun hari ini, perkara itu tidak berlaku atau diambil tindakan oleh penguasa sebaliknya merekalah yang menjadi tali barut pihak kafir dan penyokong malahan menghalang kebangkitan Islam. Namun sessungguhnya tiada apa yang mampu menghalang kekuasaan Allah dan Allah mampu untuk menjatuhkan kehukuman kepada kita pada bila-bila masa.

Kebangkitan Islam yang sebenarnya adalah dengan mengembalikan KHILAFAH ISLAMIYYAH dan bukannya bersifat tampal sulam yang dibuat seperti usaha untuk memansuhkan Isa yang tidak menyelesaikan masalah umat Islam hari ini.

wslm

Post a Comment

Previous Post Next Post