Barangkali kita insan ini sering alpa dengan kesenangan dunia. Dilalaikan dengan kemewahan dan keseronokan dunia, walhal nyawa yang dikurniakan Allah swt ini amatlah tidak ternilai. Nyawa yang diberikan sekali ini perlulah dimanfaatkan dengan sepenuhnya dengan menuruti perintah dan larangan Allah swt.
Minggu ini kita digemparkan dengan bencana alam,gempa bumi di Sumatera dan juga dirasai di sekitar negeri2 tertentu di semenanjung. Angka kematian kian meningkat dengan penemuan mayat2 baru yang tertimbus dek kuasa gegaran sekitar 8.1. Biarpun ketika itu teman berada di selatan tanah air,perkembangan semasa dunia pasti menjadi kewajipan untuk dikisahkan. Bukan sahaja perkembangan Bagan Pinang..namun segala perkembangan dunia menjadi sarapan pagi yang berat sekali untuk dipisahkan.
Kesempatan cuti,teman turun ke selatan tanah air bertemu rakan2 seperjuangan. Bersama-sama mengukuhkan lagi tali silaturahim agar kukuh selamanya. Kenangan tinggal di "rumah kotak" bakal menjadi sejarah yang tidak akan dilupai.