Alhamdulillah.....

Raya Idul Adha tahun ini, ana dapat merayakannya bersama ibu tercinta dan adik beradik yang lain. Sudah lama kiranya tidak dapat merayakannya dengan keluarga. Maklum la Hari Raya Aidil adha tidaklah semeriah dan segumbira Hari Raya AIdilfitri. Namun ia merupakan perayaan yang telah dikhaskan oleh Allah utk umatnya. Kegembiraan yang Dia berikan kepada makhluknya yang menunaikan ibadah Haji. Malahan bagi si miskin mahupun yang kurang bernasib baik, ketika atau masa inilah mereka dapat menjamu selera dengan daging lembu, kambing mahupun kerbau. Inilah dia keberkatan Hari Raya Korban, masing2 bersatu dalam menyempurnakan ibadah korbah.

Ada yang menjadi menyembelih, ada yang menjadi ahli team lapah dan ada yang jadi team memasak utk dijamu kepada ahli Qariah. Biar apapun tangungjawab yang anta pegang, insyallah ianya akan dibalas oleh Allah swt kelak di syurga.

Menunaikan Haji merupakn ibadah tercatat dalam Rukun Islam. Namun sering kali disalah ertikan oleh masyarakat bahawa Haji ibarat menuju kepada puncak tertinggi dalam Islam. Sedangkan haji merupakan ibadah yang dituntut dalam Islam setelah mencapai syarat2 seperti berkemampuan dan sihat tubuh badan.

Kita seharusnya sedar, setelah menunaikan ibadah Haji di Makkah kelak, masih banyak tangungjawab Islam malahan wajib kita laksanakan. Usaha utk mengembalikan Khilafah Islamiyyah merupakan tanggugjawab yang sewajibnya kita tidak tinggalkan. Sebaliknya selepas pulang dari Makkah, kita telah dapat melihat sendiri tinggalan sejarah yang menunjukkan kegemilangan Makkah dibawah kekuasaan Islam. Selain itu, kita dapat perhatikan tempat2 yang telah dinukilkan dalam sirah Rasulullah seperti bukit uhud, Daulah Islam pertama di Madinah, masjid yang pertama didirikan dan merangkap pusat pemerintahan Daulah Islam, tempat perjanjian baitul aqabah dan baia'tul ridwan.

Segalanya tinggalan sejarah itu bukannya sekadar informasi yang patut lihat semata-mata, sebaliknya perlu direalisasikan dengan usaha dakwah sebagaimana yang telah Rasulullah tunjukkan.

Tiada kemuliaan tanpa Islam, Tiada Islam tanpa Syariat, Tiada Syariat tanpa Khilafah.

Post a Comment

Previous Post Next Post