HTM buat seruan serentak seluruh negara sempena Hijrah

KUALA LUMPUR, 18 Disember
- Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah melakukan seruan secara serentak di masjid-masjid utama di seluruh negara selepas selesai solat Jumaat pada hari ini. Seruan tersebut dilakukan sempena 1 Muharram 1431 hijrah yang jatuhnya pada hari ini bagi memperingatkan umat Islam akan pentingnya memahami makna dan hakikat sebenar hijrah Nabi SAW.

Di Kuala Lumpur seruan dibacakan di Masjid Negara dengan mendapat penghayatan penuh dari para jemaah. Antara masjid lain di mana seruan dibaca adalah di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi, Masjid Negeri Ipoh, Masjid Seberang Jaya, Masjid Putera Kangar, Masjid Sultan Ismail, Muar dan Masjid Bandar Baru Uda JB. 

HTM dalam seruannya menekankan bahawa makna sebenar hijrah adalah perpindahan Rasulullah dan para sahabat dari darul kufur menuju darul Islam. Sejak penghijrahan tersebut yang melahirkan Daulah Islam yang pertama di dunia, umat Islam telah memerintah dunia selama lebih 1300 tahun sehinggalah Daulah Khilafah diruntuhkan oleh musuh-musuh Islam pada 28 Rajab 1342H. Dan sejak keruntuhan Khilafah hingga kini umat Islam terus menderita di seluruh dunia kerana berada di bawah sistem sekular.

Sempena 1 Muharram pada hari ini, HTM menyeru agar kaum Muslimin menyedari bahawa kita sekarang tinggal di darul kufur dan kita wajib merubahnya kepada darul Islam, dan haram bagi setiap Muslim berdiam diri dari kewajipan ini.

Seruan selama lebih kurang 15 minit itu diselang-seli dengan laungan takbir dari para jemaah yang mendengar. Selain seruan, anggota-anggota HTM juga turut mengedarkan nasyrah mingguan HTM, Sautun Nahdhah yang terbaru bertajuk ‘Hijrah dan Hukumnya Masih Berjalan’.

Berikut adalah teks penuh seruan dan gambar-gambar:-

Wahai kaum Muslimin yang dirahmati oleh Allah!

Sebelum memulakan bicara, di kesempatan ini, kami dari Hizbut Tahrir Malaysia ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijriyyah kepada tuan-tuan sekalian. Hari ini adalah 1 Muharram tahun 1431 Hijriyyah, di mana 1431 tahun yang lalu, Rasulullah SAW yang kita kasihi telah berhijrah dari Makkah menuju Madinah.

Tuan-tuan yang dimuliakan oleh Allah!

Kita hendaklah sedar bahawa pada hari ini, 1431 tahun yang lalu, bahawa hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat adalah sesungguhnya hijrah dari Darul Kufur, menuju Darul Islam di Madinah. Inilah makna dan hakikat sebenar hijrah Nabi SAW, yakni perpindahan Rasulullah SAW dari negara kufur kepada negara Islam. Dan dengan penghijrahan inilah, Daulah Islam yang pertama di dunia telah didirikan.

Daulah Islam yang dibina oleh Rasulullah telah diteruskan oleh Khulafa’ Rasyidun dan oleh Khalifah-khalifah sesudah mereka. Selama lebih kurang 1342 tahun, umat Islam bersatu di bawah Khilafah. Daulah Khilafah telah menjaga harta, kehormatan, darah dan nyawa umat Islam. Umat Islam menjadi umat yang terbaik, mencapai kemuliaan dan menjadi super power di dunia. Semua ini adalah kerana umat Islam di seluruh dunia ketika itu berada di bawah satu bumbung pemerintahan yang diperintah oleh seorang Khalifah.

Hasil dari persekongkolan kuffar British bersama penguasa umat Islam yang pengkhianat, maka Daulah Khilafah yang selama ini menaungi umat Islam telah berjaya diruntuhkan pada tanggal 28 Rajab 1342H (bersamaan 3 Mac 1924). Sejak itu, Daulah Islam yang dibina oleh Rasulullah SAW pada tanggal 1 Hijrah itu sudah tidak lagi wujud. Dan sejak keruntuhan Daulah Khilafah, pemerintah umat Islam telah berhukum dengan hukum dari Barat, mengambil Perlembagaan dari orang-orang kafir dan menerapkan hukum kufur ke atas kita semua.

Wahai kaum Muslimin!

Kami dari Hizbut Tahrir Malaysia ingin menyedarkan tuan-tuan bahawa sejak runtuhnya Daulah Khilafah kira-kira 88 tahun yang lalu, kita saat ini berada di dalam darul kufur. Dan demi sesungguhnya umat Islam di seluruh dunia pada hari ini berada di dalam darul kufur. Negara Islam sudah tidak ada, sudah dihancurkan dan umat Islam dipecahkan kepada lebih 50 buah negara-bangsa yang kecil dan lemah. Maka, bersempena 1 Muharram pada hari ini, Hizbut Tahrir ingin mengingatkan kalian, bahawa kita semua wajib menukar darul kufur ini dan menyatukan umat Islam di seluruh dunia dengan jalan menegakkan semula Daulah Khilafah.

Sedarlah wahai kaum Muslimin!

Bahawa hijrah merupakan satu peristiwa yang amat penting di dalam Islam. Sejak tanggal hijrahnya Nabi SAW, di situlah bermulanya perubahan kepada kehidupan umat Islam. Di situlah bermulanya kemuliaan umat Islam. 1 Hijrah merupakan titik di mana tersebarnya Islam menjadi rahmatan lil alamin. 1 Hijrah menjadi titik di mana agama Allah berjaya dizahirkan di atas agama-agama lain. Sesungguhnya 1 Hijrah telah menjadi titik perubahan kepimpinan dunia dari kuasa kufur kepada kuasa Islam. Bermula dengan 1 Hijrahlah, umat Islam muncul menjadi pemimpin dunia.

Ma’asyiral Muslimin rahimakumullah! 

Ketahuilah, bahawa haram bagi kalian untuk berdiam diri melihat undang-undang dan sistem kufur diterapkan ke atas kalian.  Haram bagi kalian untuk hidup berpecah-belah dan bercerai-berai di bawah negara-bangsa. Kalian wajib merubah keadaan ini. Kalian wajib bersatu dan kalian wajib berusaha menyatukan umat Islam di bawah satu bumbung pemerintahan. Sesungguhnya kekuatan itu ada di tangan kalian. Di bahu kalian terletaknya kewajipan untuk berhijrah menukar darul kufur yang kita diami sekarang kepada darul Islam.

Ketahuilah wahai kaum Muslimin!

Semasa umat Islam berada di bawah Khilafah, umat Islam menjadi umat yang paling maju. Umat Islam menjadi umat yang mulia, umat yang terbaik. Khalifah menjaga kehormatan, harta dan nyawa umat Islam. Negara Khilafah mempelopori peradaban dunia. Negara Khilafah menjadi pusat rujukan dan ketamadunan dunia. Islam menguasai belahan Barat dan Timur dunia. Allah melimpahkan rahmat dan kekuatanNya kepada umat Islam dan Allah memasukkan ketakutan dan kegentaran kepada musuh Islam. Negara Khilafah disegani kawan dan lawan. Negara Khilafah adalah negara yang tidak terlawan.

Tuan-tuan yang dimuliakan oleh Allah!

Sudah 88 tahun berlalu sejak runtuhnya Khilafah di Turki pada tahun 1342H. Tahun demi tahun umat Islam menyambut tahun baru Hijrah, namun tahun demi tahun juga umat Islam terus menderita. Tahun demi tahun umat Islam terus dibunuh dan diperangi di seluruh dunia. Rasulullah dihina, Al-Quran dihina, agama kita yang suci ini dihina oleh puak kuffar. Semua ini berlaku kerana pemimpin kita sudah tidak menjaga kita dan tidak menjaga agama Allah. Semua ini berlaku kerana pemimpin tidak menerapkan hukum Allah. Semua ini berlaku kerana kita tidak lagi dipimpin oleh seorang Khalifah. Semua ini berlaku kerana sudah tidak adanya Daulah Khilafah, sebuah negara yang selama ini menjaga kemuliaan, harta dan darah umat Islam.

Wahai umat Islam! Wahai para pemimpin umat Islam!

Dengarlah seruan kami, fahamilah seruan ini, Janganlah sekali-kali kalian menjadi penghalang kepada usaha menegakkan agama Allah! Janganlah sekali-kali kalian menjadi penghalang kepada usaha menegakkan Khilafah. Sesungguhnya dosa dan azab yang pedih dari Allah Azza Wa Jalla akan menimpa sesiapa sahaja yang menjadi penghalang tegaknya agama Allah.

Ma’asyiral Muslimin rahimakumullah!

Bersempena 1 Muharram 1431 H yang jatuhnya pada hari ini, maka kami dari Hizbut Tahrir Malaysia ingin mengingatkan tuan-tuan, bahawa kita wajib berhijrah untuk merubah negara kufur ini kepada negara Khilafah. Kami menyeru tuan-tuan untuk menyokong kami, membantu kami, malah jauh lebih dari itu, kami menyeru tuan-tuan agar berusaha bersama dengan kami, dalam menegakkan kembali darul Islam yakni Daulah Khilafah. Yakinlah wahai kaum Muslimin! Bahawa Khilafah adalah kemuliaan bagi kalian. Khilafah adalah kekuatan bagi kalian. Khilafah adalah pelindung bagi kalian dan Khilafah adalah pemersatu umat Islam. Yakinlah wahai kaum Muslimin! Bahawa tegaknya Khilafah untuk kedua kalinya adalah janji Allah dan RasulNya.

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

Wa lillahil hamd, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Masjid Negara, Kuala Lumpur

alt

alt

alt

alt
Konvoi bermotosikal selepas seruan

alt
Konvoi bermotosikal selepas seruan
Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi, Selangor

alt

alt

alt

Masjid Putera Kangar, Perlis
alt

alt

Masjid Seberang Jaya, Pulau Pinang
alt

alt

alt

Masjid Negeri Ipoh


alt

Masjid Sultan Ismail, Muar


alt

alt

alt

Masjid Bandar Baru Uda, Johor Bahru

alt

Post a Comment

Previous Post Next Post