Sekolah Harapan bagi pelajar hamil dibuka Jumaat ini
KERJA pengubahsuaian bangunan lama SAMB giat dijalankan bagi menyiapkan bangunan sekolah Harapan yang diwujudkan kerajaan negeri khusus bagi menampung remaja hamil di negeri ini di Jasin. - Foto Nashairi Mohd Nawi.
MELAKA: Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai oleh kerajaan negeri di Jasin akan dibuka bermula Jumaat ini untuk menempatkan mereka yang secara sukarela mahu ke situ.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata sekolah itu yang dikenali sebagai ''sekolah harapan'', berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM).
ULASAN NIS:
Assalamualaikum...setelah sekian lama menyepi sempena cuti Raya yang agak panjang. Blog NIS kembali untuk mengulas isu yang agak terhangat beberapa minggu yang lalu berkenaa penubuhan Sekolah Harapan Rumah Harapan yang bakal menempatkan pelajar-pelajar or golongan bawah umur yang mengandung di luar nikah. Sekolah bakal menjadi yang pertama di Malaysia dan mungkin di dunia yang menjadi sekolah khas bagi golongan yang mengandung luar nikah, dan boleh dikategorikan dengan bahasa yang tepat/namun mungkin menyebabkan golongan tertentu melenting adalah golongan PENZINA. Mungkin alasan yang diberikan pengasas ianya juga utk org yang dirogol atau sumbang mahram dan tidak semestinya penzina.
Namun boleh NIS katakan, majoriti rakyat Malaysia yang mengandung adalah hasil perhubungan tanpa nikah ataupun zina. Dan mungkin segelintir sahaja hasil rogol atau sumbang mahram.
Apakah faedahnya dengan penubuhan SEKOLAH ini?
Barangkali sembang kedai kopi bakal mengatakan bahawa penubuhan sekolah ini hanya akan mengalakkan orang untuk berzina kerana bakal diberikan penempatan khusus atau khas kelak selepas mengandung. Dan penempatan khas tidak diberikan kepada orang yang tidak mengandung. Kita juga saban tahun dipertontonkan statistik penagih dadah di pusat rawatan ketagihan yang makin sesak untuk menampung peningkatan penagih baru mahupun penagih tegar. Bisa sahaja, penubuhan SEKOLAH ini bakal berakhir seperti cerita pusat rawatan penagihan.
Persoalan pokok yang patut difikirkan oleh pemikir-pemikir permasalah sosial harini bukanlah sekadar berlegar untuk menyelesaikan perkara yang telah berlaku yakni dah berboyot perut atau telah terbentuk bayi didalam perut si wanita.
Sebaliknya perkara pokok yang sewajibnya difikirkan oleh pemikir-pemikir ini adalah bagaimana semua ini boleh berlaku. Adakah sistem pendidikan hari ini gagal? Adakah sistem sosial hari gagal? Adakah sistem perundangan hari gagal mengerunkan penzina?
Maka kita akan menemukan bahawa sistem yang mengaturkan sistem pendidikan,sosial dan perundangan hari ini bukanlah berlandaskan Islam. Al-Quran dan As-Sunnah sama sekali tidak menjadi panduan yang utama dalam mengatur segala sistem di dalam negara ini. Apa yang berlaku adalah sistem-sistem yang ada ini hanyalah acuan barat yang berlandaskan pemikir2 kafir laknatulllah. Sistem yang hanya merosakkan dan memecah belahkan manusia.
Lantas, perkara utama yang perlu dilakukan oleh pemikir-pemikir itu adalah mengubah sistem yang kafir ini kepada sistem Islam yang menjadi Al-QurN dan As-Sunnah sebagai rujukan utama. Penubuhan Sekolah Harapan ini sama sekali tidak dapat mengerunkan penzina malahan tidak dapat mengurangi gejala sosial yang makin kritikal ini. Ia hanyalah satu daripada usaha baik yang sekadar menempel kerosakan sistem yang sedia ada agar kelihatan suci dan bersih.
Hanya penegakkan Khilafahlah yang mampu mengatur seluruh umat Islam dibawah satu negara. Dan bukannya menjadi individu-individu yang berpeluk tangan tanpa berbuat apa-apa. Ayuh tingkat usaha untuk mengabdikan diri.
Akhir Kalam...
NIS mengucapkan selamat hari raya dan mohon kemaafan.
Wslm