KOTA BHARU, 29 Sept:  Pengerusi Misi Munajat Royalti Rakyat Kelantan, Md Zulaimi Kazin menyelar tindakan ulama muda Umno yang mempertikaikan langkah yang diambil oleh 40 ulama bermunajat di Mekah dalam isu tuntutan royalti.

Beliau berkata tindakan yang diambil oleh 40 ulama itu tidak bercanggah dengan syariah, terutama tidak terdapat sebarang larangan nas syarak terhadap tindakan tersebut.Ini, katanya tidak seperti mana larangan nyata dari nas atas pengharaman judi bola yang dilesenkan oleh Umno tetapi ulama muda mendiamkan diri.      
                     
ULASAN NIS:

Alhamdulillah... NIS mendapat maklumat berkenaan 40 ulama muda yang berangkat ke kota suci Mekah bagi memunajat kepada Allah swt tentang ROYALTI minyak. Barangkali ini suatu perkara baru yang dilakukan oleh pihak pembangkang kerajaan untuk berdoa kepada Allah agar di perkenaan atau di buka hati pihak yang berkenaan untuk memberi royalti minyak tersebut (yang dikatakan sebanyak 5% dari keuntungan syarikat minyak yang menguruskan petroleum tersebut).

Ini berdasarkan Akta Petroleum 1974 yang menyatakan bahwa:

Pada 1975, perjanjian telah ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. Menurut terma perjanjian itu, Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus setahun - dibayar tunai dua kali setahun - untuk hasil minyak yang ditemui di kawasan pantai dan pesisirnya.

Inilah menjadi titik tolak bagi pihak pemerintah Kelatan untuk meminta kerajaan pusat memberikan royalti kepadanya sebagaimana yang termaktub dalam Akta Petroleum 1974. Pada 4 Disember 2009, telah menjadi pertikaian pihak kerajaan berkenaan doa Tuan Guru yang memohon agar pihak yang berkuasa dalam memberi royalti itu agar pecah perut.

Namun NIS tidak ingin mengulas lebih mendalam peristiwa-peristiwa yang berlaku diantara pihak hijau dengan pihak biru. Sebaliknya NIS ingin berkongsi sedikit dengan pembaca-pembaca sekalian berkenaan dengan pengurusan petroleum dalam sebuah negara Islam.  

Sebagaimana hadis Nabi SAW dari Ibn Abbas:“Kaum muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud]. 

Mengapakah kita bermunajat semata-mata untuk mendapat hak 5% royalti sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian kapitalisme yang termeterai. Dan sedarlah bahawa perjanjian yang termeterai berdasarkan Akta Petroleum 1974 itu adalah tidak Islami dan tidak bersandarkan dalil Al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Sepatutnya kita berusaha untuk mengembalikan seluruh hak milik umat yakni sebagaimana hadis Nabi yang umat berkongsi dalam soal api (bahan bakar) , padang rumput (tanah) dan air. 

Seandainya kita sekadar memohon untuk mendapat royalti 5% itu , seolah-olah kita setuju dengan sistem perundangan Kapitalisme yang meletakkan hak umat di Kelatan hanyalah 5% dan sudah bercanggah dengan hadis Nabi SAW. Sewajibnya kita bermunajat agar seluruh pengaturan bahan bakar (petroleum, gas, dan arang batu) diatur dengan sistem Islam dann pembahagian kekayaan yang diurusi dengan Sistem Ekonomi Islam.

Jadilah kita insan yang yang berusaha untuk mengembalikan Islam secara kaffah dan bukannya hanya mengambil sebahagian dari Islam dan meninggalkan sebahagian yang lain. Moga ulasan pendek ini dapat membuka minda kawan-kawan pembaca berkenaa isu terbaru ini.

Waallahualam....

ISKANDAR

1 Comments

hafiz said…
harta juga mengabui mata-mata ulama
Previous Post Next Post