Assalamualaikum...
KUALA LUMPUR: Sepasukan polis menemui ‘objek’ dipercayai kunci kereta selepas dua daripada lapan suspek yang ditahan dibawa ke lokasi asal penemuan kereta mewah jenis BMW X5 milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47 di Apartmen Angsana, USJ 1 di sini, semalam.
SELAM...anggota unit penyelam memeriksa kawasan Sungai Kanchong Laut tempat membuang abu mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
Ulasan dri NIS:
Barangkali setiap pelosok Malaysia dikedai kopi,diwarung kampung, topik di atas menjadi bualan utama malahan ada dikalangan mereka yang penjadi pengalisis tidak berbayar secara tidak langsung dalam merungkaikan motif sebenar pembunuhan yang berprofil tinggi ini. Namun blog Nizhamul Islam bukanlah untuk menjadi peserta dalam mengetengahkan teori atau analisis sendiri namun sekadar ingin berkongsi mengapakah manusia sebegitu kejam untuk melakukakn pembunuhan yang sedemikian rupa? Apa yang mendorong mereka untuk melakukan pembunuhan yang jauh dari etika kemanusiaan.
Kalau kita soroti di Malaysia, kita pernah dikejutkan dengan pembunuhan yang dilakukan oleh Mona Effendy yang mengerat mangsanya kepada beberapa bahagian sebelum ditanam. Dan kita digemparkan dengan berita di dada-dada akhbar setiap hari pembunuhan bayi yang baru dilahirkan samada di tinggalkan di longkang,di pintu masjid dan malahan ada yang dibuang disungai atau disemak. Jadi dimanakah nilah kemanusiaan hari ini dan mengapakah runtuhnya akhlak umat manusia sehingga sanggup melakukan kekejaman yang sedemikian rupa?
Barangkali kalau kita menulusuri satu persatu punca utama yang menyebabkan runtuhnya akhlak manusia hari ini, kita bakal menemukan bahawa penyebab utama runtuhnya institusi sosial/interaksi sesama manusia ini adalah disebabkan sistem yang mengatur institusi sosial hari ini yakni SISTEM KAPITALISME. Blog NIS tidak berniat untuk menghuraikan dengan panjang lebar tentang sistem kapitalisme kerana teman-teman boleh saja mencari pengertiannya didalam internet mahupun portal-portal Hizbut Tahrir yang menghuraikan secara terperinci berkenaan sistem tersebut. Namun secara ringkasnya sistem inilah yang menjadikan manusia bersikap tamak, buta hati dan hidup bertunjangkan kesoronokkan dan kemewahan.
Tujuan hidup dimuka bumi Allah ini tidak jelas sehinggakan matlamat hidup dimuka bumi Allah ini semata-mata mengejar kemewahan duniawi. Amatlah jahil dan daifnya manusia hanya berfikir sedemikian rupa kerana semulia-mulia manusia dicipta dengan teknologi yang tercanggih oleh Allah SWT dan tidak dapat ditandingi oleh manusia sebijak mana pun. Lantaran itu, pemikiran yang tidak berpaksikan Islam pasti sahaja mampu melakukan kekejaman yang diluar norma kemanusiaan manusia sebagaimana zaman jahiliyyah di mana anak perempuan ditanam hidup-hidup kerana dikatakan akan membawa sial.
Konklusinya, andai SISTEM KAPITALISME masih teguh berdiri dimuka bumi Allah ini disaat itulah gejala sosial akan terus berleluasa. Ketenteraman tidak ada lagi, setiap masa dan ketika kita akan berada didalam ketakutan dan sampai bilakah kita mahupun berpeluk tubuh membiarkan ia terus berleluasa? Andai teman-teman berharap orang lain mengubahnya maka teman salah kerana perubahan yang dinginkan perlu bergerak dalam satu jemaah dan teman-teman perlu menjadi salah seorang darinya dan bukan mengharapkan orang lain.
Ayuh..padukan semangat dan tingkatkan iman dan takwa utk memperjuangkan Islam dimuka bumi Allah swt. Moga kalian menjadi umat Nabi Muhammad yang dimuliakan Allah dan di tempatkan bersama golongan2 yang di jaga Allah swt. Amin.
Akhir kalam..salam Aidilfitri dari blog Nizhamul Islam buat semua pembaca dan selamat menunaikan puasa 6.