Alhamdulillah..
ETA 1210hrs MH2501 selamat mendarat di lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Johor Bahru. Sebelum ini memang tidak pernah menjangka untuk kembali menjejakkan kakiku di bumi bertuah Johor Darul Takzim. Sudah hampir 2 tahun aku meninggalkan Johor Bahru selamat menamatkan pengajianku di UTM. Perubahan pertama yang ku saksikan adalah airportnya yang sudah dinaik taraf dan pelbagai struktur baru dibina. Terdetik di minda bahawa aku bakal menyaksikan lebih banyak pembangunan dalam perjalananku ke Taman Universiti. Peluang yang aku bakal tidak lepaskan adalah untuk membeli software-software terbaru ni Taman U serta melihat peralatan komputer yang terkini kerana Taman U ibarat LOW YAT Johor Bahru bah kan kadang2 aku terpikir bahawa Taman U lebih murah.
Perkara kedua yang aku ingin lakukan adalah membeli otak-otak dan pastinya di Johor kita boleh dapat dengan harga yang berbaloi. Otak-otak bukanlah dibuat daripada otak ikan atau otak undang. Sebaliknya jika kita merujuk wikipedia yang merupakan esklopedia maya yand amat informatif menyatakan
"Otak-otak can be found in certain places in Indonesia, Malaysia and Singapore. The southern Malaysian town of Muar in Johor is a popular destination for it — people from surrounding states and even Singaporeans often visit to buy the famous otak-otak in bulk. It is also known as otah-otah, otah or otak. Otak means brains in Indonesian and Malay, and the name of the dish is derived from the idea that the dish some what resembles brains, being grey, soft and almost squishy.[citation needed]
Dikesempatan di Johor ini,aku menjengah sebentar ke alam universiti yang masih segar dalam ingatanku. Terbayang disaat-saat aku berkejaran ke kelas kerana kelewatan,terkenang saat-saat aku disaman oleh Pak Guard UTM, tersenyum mengenangkan saat-saat aku melihat markah peperiksaan akhir-ku dan pelbagai lagi yang sukar untuk dilupakan. Di UTM jualah aku belajar lebih mendalam tentang Islam dan menyedarkan aku kewajipan untuk mengembalikan sistem Islam dimuka bumi Allah SWT.
Diharapkan UTM terus melahirkan siswa/siswi yang berjaya untuk dunia dan akhirat. Melahirkan profesional muda yang boleh menjadi Imam Muda dimata masyarakat dan bukan profesional muda yang hanya berlagak dengan iPhone-nya, atau disibukkan dengan kereta-kereta mewahnya. Tetapi profesional muda yang turun padang dalam menyelesaikan masalah ummah serta membantu ummah untuk mengeluarkan mereka dari belenggu kemiskinan.
3 Hari 2 Malam saat terindahku di JOHOR BAHRU....see you again!!