Assalamualaikum,
Berikut dikongsi beberapa lagi foto-foto yang sempat saya ambil sepanjang berada di Makkah Al-Mukarramah. Foto-foto menarik di Masjidil Haram dan beberapa foto pembangunan pesat yang sedang dilakukan di Masjidil Haram. Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, pembangunan di Masjidil Haram kini begitu giat dijalankan dengan tujuaan untuk menampung kapasiti lebih ramai jemaah Haji pada masa akan datang.
Berada di mataf (bumbung) Masjidil Haram, pemandangan dari bumbung Masjid. Kelihatan banyak crane yang dipasang di sekitar masjid untuk menaiktarafkan bangunan masjid.
Ini merupakah bahagian baru Masjidil Haram yang sudah siap. Dapat diperhatikan corak dan reka bentuknya yang lebih moden dan berbeza dengan corak lama yang dibina oleh Khilafah Uthmaniyyah.
Menara Jam (Clock Tower) yang kini menjadi tarikan baru di Masjidil Haram. Menara Jam ini juga memancarkan laser kita musim Haji bagi memberi petunjuk arah kiblat yang dapat di perhatikan di Mina dan Arafah.
Gelung tawaf di keliling Kaabah dan mempunyai 2 tingkat. Semasa musim haji, kepadatan umat Islam sangat luar biasa dan perlu mencari masa yang sesuai untuk menunaikan tawaf agar tidak terlalu padat.
Kubah-kubah lama dari rekaan dan binaan zaman Khilafah Uthmaniyyah yang bakal diruntuhkan bagi memberi laluan kepada pembangunan dan penaiktarafkan keseluruhan kawasan masjid.
Suasana ketika matahari terbenam di sekitar Masjidil Haram. Dapat diperhatikan jemaah menunaikan ibadah tawaf di struktur gelang 2 tingkat yang dibina sementara pembangunan dijalankan.
Sesungguhnya memang tidak jemu untuk melihat pemandangan di sekitar masjidil Haram dan melihat Kaabah yang menjadi simbol penyatuan seluruh umat Islam. Setiap hari akan berusaha untuk datang dan merenung Kaabah. Malahan sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud juga telah menyampaikan bahawa merenung Kaabah juga merupakan satu ibadah. Sungguh aneh perasaan ini kerana anda pasti tidak akan bosan dan jemu untuk terus merenung Kaabah, betapa besar kekuasaan Allah s.w.t.
Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: “Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan.” (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan
“Melihat Ka’abah”. (Riwayat Abu Daud).
Anda juga mungkin berminat untuk melayari artikel lain seperti dibawah;
Warkah dari Madinah Al-Munawarah.
4 Muharram 1436H bersamaan 28 October 2014
Sekian...wassalam.