Assalamualaikum,
Pertamanya kita sama-sama memanjatkan doa buat teman-teman yang berada di negeri-negeri yang dilanda banjir. Bahkan di dalam media massa juga melaporkan pelbagai eksiden yang tidak diingini sepanjang menghadapi musim banjir ini. Bagi pantai timur, banjir tahun ini dikatakan antara yang terburuk sepanjang 30 tahun.

Namun persoalan yang ditimbulkan dimanakah Perdana Menteri Malaysia di saat rakyat yang dipimpinnya dilanda musibah? Apakah tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh pemimpin no.1 Malaysia dalam menghadapi saat-saat genting sedemikian rupa?


Pelantikan Perdana Menteri dalam sistem demokrasi menerusi pelantikan oleh Parti yang memenangi majoriti dalam pilihanraya. Maka yang akan dilantik kebiasaannya adalah Presiden Parti tersebut dan tidak mungkin berlaku pelantikan dari parti pembangkang.

Selagi beliau mendapat sokongan dari pihak parti maka belia akan terus menjadi Perdana Menteri. Namun apa yang berlaku ketika Abdullah Badawi atau Pak Lah memimpin Malaysia, beliau telah mendapat tentangan dari dalam parti sendiri dan mereka telah memberi isyarat agar beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Pak Lah hanya memerintah sebagai Perdana Menteri selama 1981 hari atau bersamaan 5 tahun .

Perletakkan beliau ini termasuklah kegagalan mengetuai parti dalam Piliharaya serta isu-isu yang lain yang menunjukkan ketidakmampuan beliau untuk mentadbir Malaysia dengan baik . Maka beliau digantikan dengan Presiden parti yang baru dan beliau seterusnya dilantik menjadi Perdana Menteri yang ke-6 yakni Najib Razak.

Begitulah secara kasar pelantikan Perdana Menteri dalam sistem demokrasi di Malaysia. Malahan selagi beliau (Presiden Parti) dipercayai oleh ahli parti atau pakatan mereka, maka individu tersebut boleh memegang tampuk PM selama mungkin dan sebagaimana tempoh PM bagi Tun Dr Mahathir Mohamad, yang memegang jawatan PM selama hampir 22 tahun atau 8142 hari . Untuk jawatan PM, gaji yang diberikan adalah sekitar RM 20,000 tidak termasuk elaun-elaun lain yang mereka terima dan termasuk sebagai kakitangan awam ( kerajaan) .

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Malaysia

Selain itu, di Malaysia juga PM telah memegang jawatan sebagai Menteri untuk Kementerian Kewangan bermula pada tahun 2008. Maka PM akan membentangkan belajawan setiap tahun berbeza pada tahun-tahun sebelum ini dimana menteri kewangan akan membentangkan baget.

Khalifah dalam sistem khilafah 

Dalam institusi Khilafah, sama sekali berbeza dalam sistem demokrasi yang ada hari ini. Sistem ini sebagaimana yang di tunjukkan oleh baginda Nabi s.a.w dan para sahabat. Dalam mentadbir negara Islam sangat terperinci menjelaskan strukturnya namun sehingga hari ini umat Islam masih mengagungkan sistem kufur dalam mentadbir negara. Khilafah itu adalah Amir atau pemimpin no.1 dalam negara Islam. Beliaulah bertanggungjawab untuk mentadbir negara dengan Islam dan menyebar luaskan Islam ke seluruh pelosok dunia.

Pelantikan Khalifah sama sekali berbeza dengan Perdana Menteri kerana dalam sistem khilafah tiada pilihanraya untuk parti yang bertanding, sebaliknya pilihanraya yang ada cuma bagi memilih seorang Khalifah seandainya calon-calon Khalifah yang ada itu lebih dari satu orang, maka cara untuk memilih boleh sahaja dengan pilihanraya.

Khalifah itu juga hanya beri elaun sekadar untuk melangsungkan kehidupannya sebagai seorang warga daulah dan bukannya kewajipan gaji yang diberikan dalam sistem demokrasi kepada Perdana Menteri sebanyak RM 22,000 . Elaun untuk Khalifah itu boleh sahaja diberhentikan pada bila-bila masa kerana kedudukan beliau sebagai Khalifah itu bukanlah satu jawatan sebagaimana akad bekerja diantara majikan dan pekerja, tetapi adalah satu amanah yang dibebankan kepadanya setelah mendapat  ba'at (taat setia) daripada rakyat kepadanya.

Maka disitu tiadalah istilah kewajipan majikan untuk memberikan gaji kepada beliau. Waktu masa bekerja bagi seorang Khalifah juga adalah 24 jam, bukanlah seperti pekerjaan yang mempunyai tempoh masa 8.00 pagi-5.00 petang. Tapi tanggungjawab beliau besar kerana amanah yang dibebankan oleh agama Islam kepada seorang pemimpin untuk melaksanakan, menyebarkan dan mempertahankan Islam. Beliau perlu siap siaga 24 jam untuk melayani urusan umat dan urusan agama Islam ini. Ia amat berbeza dalam sistem demokrasi ini dimana pemimpin itu boleh bercuti dan berehat di saat umat dilanda musibah, adakah ini pemimpin yang sebenarnya bagi Islam?

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat (QS An-Nisaa [4]: 58)

Persoalan beliau juga manusia biasa yang perlu rehat sepatutnya tidak perlu timbul kerana saat memegang jawatan PM itu belia perlu tahu tanggungjawab besar memikul jawatan tersebut ?

Jawatan tersebut bukanlah jawatan untuk bermegah, mengaut kekayaan, mengejar populariti atau mendapat kekuasaan. Jawatan pemimpin itu adalah tanggungjawab yang diberikan oleh umat untuk melindungi mereka sebagaimana ingatan dari hadis Nabi:

Rasulullah bersabda, "Ada empat golongan yang paling Allah benci. Peniaga yang banyak bersumpah, orang fakir yang sombong, orang tua yang berzina, dan seorang pemimpin (penguasa) yang zalim." (HR. An-Nasai)

Selain itu, Rasulullah juga menegaskan kepatuhan kepada pemimpin itu bukan bersifat kepentingan tetapi pematuhan di atas perintah Allah dan melantik pemimpin yang akan melaksanakan syiar Islam. Hari ini apa yang dapat kita perhatikan pemimpin itu ditaati apabila mereka memberikan segala jenis bantuan harta dan kemewahan, mereka tidak dipatuhi apabila gagal untuk memberi sebarang bentuk kemewahan kepada mereka. Moga kita mentaati pemimpin yang melaksanakan perintah Allah dan Rasulullah, dan pemimpin yang melaksanakan apa yang termaktub di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan pemimpin yang menerapkan pemerintahan kufur dan menagungkan sistem pemerintahan barat.

"Ada tiga orang yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat, tidak dilihat dan tidak akan disucikan, dan bagi mereka azab yang pedih. Mereka adalah; Orang yang mempunyai kelebihan air di padang pasir namun tidak mau memberikannya kepada orang yang berada di tengah perjalanan; orang yang menawarkan barang dagangan kepada orang lain setelah Ashar, lalu ia bersumpah dengan nama Allah bahawa ia telah membelinya sekian dan sekian sehingga lawannya mempercayainya, padahal sebenarnya tidaklah demikian; dan seseorang yang mengikrarkan kepatuhannya kecuali untuk kepentingan dunia (harta), bila sang pemimpin memberinya ia akan patuh dan bila tidak memberinya ia tidak akan mematuhinya. "

Posted via Blogaway Pro

Post a Comment

Previous Post Next Post