Rumah Ibu beliau rosak teruk akibat kesan dari bencana banjir yang berlaku.

Assalamualaikum

Rentetan dari musibah banjir di Malaysia dalam 2 minggu lalu turut ditimpa oleh seorang syabab pejuang Khilafah Kuala Lumpur. Rumah bonda beliau turut mengalami kerosakan yang teruk, kampung beliau di Gris Dabong. Jika diperhatikan pada gambar yang disertakan, tahap kerosakan rumah itu memungkinkan tidak boleh lagi tinggal di rumah tersebut. 

Yang dapat diperhatikan adalah warna kekuningan di mana-mana sahaja akibat disalut oleh lumpur-lumpur selepas banjir. Rumah bonda beliau tenggelam teruk akibat banjir yang lalu, kebetulan bonda beliau berada di Kuala Lumpur ketika kejadian yang berlaku. Jelasnya apa yang boleh kita katakan berat lagi bahu yang memikulnya moga beliau terus diberikan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah s.w.t. 



Syabab HTM berserban putih menuju ke rumah bondanya.

Bahkan itu juga, banjir di Kelantan ini juga akibat kesan dari tangan-tangan manusia yang tidak menjaga alam sekitar. Pembalakan yang tiada kawalan biarpun yang memerintah Kelantan itu adalah pihak pembangkang. Yang jelas, selagi sistem demokrasi kapitalisme yang mengatur sesebuah negeri itu samada pembangkang atau kerajaan, selagi itu krisis banjir ini di negeri Kelantan ini tidak akan dapat diselesaikan. 

Pembalakan tanpa had yang berlaku terus menerus menjejaskan tambatan banjir secara semulajadi. Kesan dari pembangunan tanpa kawalan dan sekatan oleh pihak berkuasa, masalah banjir ini akan gagal dikawal dengan berkesan.

Acapkali alasan yang diwar-warkan adalah kerana tangkungan/empangan TNB yang telah mencapai paras tertentu yang memaksakan air dilepaskan bagi mengelakkan banjir yang lebih teruk. Inilah dia sistem pemerintahan demokrasi kapitalisme, pengaturan pembangunan itu tidak lari dari gejala rasuah dan penyelesaian yang sekadar melepaskan batuk di tangga. Taburan hujan yang tinggi untuk setiap hujung tahun memang telah diketahui contohnya negeri Kelantan, statistik taburan hujan adalah seperti berikut:

http://www.geocities.ws/lkmbio1/kursus/TanahagroIklim.htm

Jumlah hujan tahunan bagi Tanah Merah adalah 3246.3 setahun dan di antara daerah yang mempunyai taburan hujan tertinggi di Malaysia. Malahan kenyataan dari website tersebut juga contohnya Kawasan pedalaman Negeri Kelantan ini mengalami musim kering pada bulan Januari-April dan musim hujan yang lebat serta jangkamasa sinaran matahari yang singkat pada bulan Oktober-Disember.  Kawasan ini dianggap tidak sesuai bagi penanaman koko.

Jadi musim hujan di pedalaman Kelantan memang telah di ramal melalui data-data yang diperolehi malahan isu banjir di negeri ini telah saya dengar semasa bersekolah rendah lagi. Dengan kemajuan teknologi sains agak mustahil isu ini masih gagal ditangani secara holistik sehingga hari ini melainkan penghalangnya adalah sistem pemerintahan itu sendiri yang melahirkan rasuah, birokrasi, dan pelbagai salah guna kuasa yang sehinggakan hari pelaksanaan kawalan itu gagal. 

Saya percaya di Malaysia kita mempunyai ramai pakar kejuruteraan awam di Malaysia  yang dapat merungkaikan isu banjir di Kelantan ini, namun bila terdapat campur tangan dan pelaksanaan menggunakan sistem hari ini, ia tidak effektif malahan gagal di tangan jalan. Lantaran pelbagai karenah salah laku di dalam pentadbiran yang menyebabkan penyelesaian yang dirangka tidak berjaya untuk dilaksanakan. 

Malahan laporan MET telah melaporkan bahawa negeri-negeri Kelantan dan Terenganu akan mengalami julat hujan yang melebihi 500mm bermula November dan Disember 2014. Secara umumnya, cuaca dan kadar hujan yang luar biasa telah di ramalkan oleh pihak kaji cuaca Malaysia, namun sejauh mana maklumat dan amaran itu disampaikan kepada umat atau rakyat akan menjadi tanda tanya. 

Antara petikan daripada laporan itu lagi menjelaskan seperti kenyataan di bawah ini :

Semenanjung Malaysia 

Pada amnya, taburan hujan yang normal dijangka berlaku di semua negeri di Semenanjung Malaysia pada bulan November dan Disember 2014. Walau bagaimanapun, jangkaan jumlah hujan bulanan sehingga melebihi 500 mm di kawasan timur Kelantan dan Terengganu pada bulan November. Keadaan yang sama dijangkakan berlaku pada bulan Disember di Kelantan, Terengganu, Pahang Timur dan Johor Timur. Di Pahang Tengah, Pahang Selatan, Johor Tengah dan Johor Selatan taburan hujan bulan Disember dijangkakan 300-500 mm yang juga boleh mengakibatkan banjir di kawasan berkenaan.

Jelas, peringatan juga telah disampaikan bahawa kemungkinan banjir di beberapa tempat disebabkan hujan yang di ramalkan sangat lebat. Namun apa persediaan yang telah dirangka, apakah tambahan tambatan air dibuat, persediaan pusat banjir sementara dan pelbagai lagi. Sewajibnya semua itu dipersiapkan terlebih dahulu kerana jangkaan atau ramalan banjir itu telah pun dijangka.

Moga apa yang berlaku ini akan menjadi iktibar buat ketika semua, sesungguhnya Allah itu sentiasa menguji mereka-mereka yang beriman. Moga dengan ujian ini akan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Tiada siapa lagi tempat kita untuk merintih dan memohon pertolongan melainkan kepada Allah s.w.t. Dan marilah kita berusaha untuk melaksanakan seluruh perintah dan larangan dari Allah s.w.t, kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah. 


“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” Surah! Al-Ankabut ayat 2.

Diriwayatkan dari Anas bahwa Rasulullah bersabda;

“Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat.”[Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim]

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.”[Surah al-Baqarah:45]

Moga artikel di atas bermanfaat dan bersama-samalah kita memuhasab diri kita.

Wasalam.

Posted Iskandar Musa 2015

Post a Comment

Previous Post Next Post