Seruan Hizbut Tahrir di Perlis Refleksi kehinaan yang dihadapi umat Islam sepanjang 2014.

Assalamualaikum,

Sempena Maulidur Rasul ini, PM Malaysia telah mengeluarkan ucapan sempena Maulidur Rasul. Namun jelas sekali ucapan tersebut tidak menginginkan Islam itu dilaksanakan secara kaffah di Malaysia. Di antara petikan-petikan ucapan Perdana Menteri itu seperti dibawah dan link lengkap;

http://www.najibrazak.com/en/blog/perutusan-yab-perdana-menteri-sempena-maulidur-rasul-1436h-2015m/

Petikan 2:

[  Secara jelas Al Quran telah mendidik kita agar sentiasa meninggikan Syiar Islam antaranya dengan memuliakan Rasulullah SAW melalui ucapan selawat dan menghidupkan sunnah-sunnah Baginda. Ia sebagai sebahagian indikator ketaqwaan insan Mukmin kepada Allah SWT. Oleh itu, perjuangan memperteguhkan Iman dan syariat Islam yang dibawa Baginda perlu menjadi agenda utama dalam kehidupan seharian kita untuk mencapai keberhasilan taqwa.  ]

Kenyataan ini jelas sekadar ucapan retorik, andai kata ingin meninggikan syiar Islam, bukanlah sekadar ucapan sahaja sempena Maulidur Rasul tetapi beliaulah yang bertanggungjawab sebagai pemimpin negara untuk melaksanakan hukum-hukum Allah s.w.t. Beliau sekadar mengulas bahawa agenda utama pelaksanaan syariat Islam itu terletak pada rakyat walhal itu adalah tanggungjawab negara untuk melaksanakannya dalam bentuk negara.

Malaysia hari ini diatur dengan sistem demokrasi sekular yang tidak menerapkan syariat Islam secara kaffah. Yang di atur rakyat dengan sistem bukan Islam malahan peraturan yang mengatur umat itu dengan sistem kuffar, hukum-hukum itu di dibuat oleh manusia menerusi parlimen dan DUN. 

Inikah yang dikatakan agenda utama beliau sebagai Perdana Menteri yang memimpin Malaysia?? Langsung tidak menjadikan agenda utama malahan ia sekadar cakap-cakap kosong sempena Maulidur Rasul. Sekiranya ia adalah agenda utama, seluruh sistem pemerintahan Islam perlulah diterapkan di Malaysia dari segala aspek dan bukannya dalam soal perkahwinan sahaja.

Petikan 2:

[  Inisiatif ini diharap menjadikan tadbir urus Kerajaan lebih menghampiri amalan dan sunnah Rasulullah SAW dalam usaha kita untuk mengisi tuntutan bagi menghidupkan syariat Islam itu sendiri. Natijahnya akan lahirlah negara dan masyarakatnya yang seimbang serta cemerlang dalam aspek kemajuan, penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang pada masa sama berakhlak mulia dan berjati diri unggul sebagai warga negara Malaysia.  ]

Mengapakah perlu melaksanakan Islam itu sekadar mewujudkan sesuatu yang tidak ada dalam Islam atau sekadar menghampiri ? Indeks syariat? Islam telah diturunkan sempurna oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk dilaksanakan namun hari ini keluar kenyataan pelaksanaan sekadar menghampiri amalan dan sunnah Rasulullah. Walhal yang diterapkan itu langsung tidak sama sekali dengan apa yang diajarkan oleh Islam, Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain.

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu.” 
(Surah Al-Maidah, 5: 3)

Itulah idea yang dibawa oleh Perdana Menteri ini melalui ucapan Maulidur Rasulnya yang menyatakan bahawa idea pelaksanaan sebahagian itu sudah cukup dikatakan "menghampiri amalan Rasulullah " sekurang-sekurangnya sudah menunjukkan bahawa komitmen kerajaan Malaysia. Alangkah kenyataan dan idea sedemikian adalah bidaah dalam Islam dan bertentangan sama sekali dengan ajaran baginda Rasulullah. Moga beliau di muhasabah oleh mufti-mufti yang ada di Malaysia.
Kerana pemimpin yang tidak melaksanakan Islam itu dalam sebuah institusi negara sebagaimana amaran Allah s.w.t seperti dibawah;
 وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ

"...dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir." 
(Al-Maidah:5:44)

وَمَن لَّمۡ يَحۡڪُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ

"...dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." 
(Al-Maidah:5:45)

وَمَن لَّمۡ يَحۡڪُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ

"...dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." 
(Al-Maidah:5:47)



Maulidul Rasul (12 Rabiulawal 1436H)

Ya Rasulullah, 
Kami rindukanmu,
Umat rindukan mu,
Namun hari kelahiranmu disambut dan diingati,
Namun ajaranmu umatmu lupakan,
Ajaran kuffar yang dipuja dan diingati,

Sunnah kewajipan menerapkan Islam,

Dalam sebuah Daulah diabaikan,
Sistem demokrasi digantikan dengan ajaranmu,
Inikah CINTA yang tulen umatmu?,
Atau cinta retorik sekadar mengingati hari lahirmu,

Disaat umatmu dilanda bencana,

Pemimpin umatmu yang kononya menjaga umatmu,
Sibuk bermain golf dengan pembunuh umatmu,
CINTAkah ini namanya Ya Rasulullah,

Ya Rasulullah...kami rindukanmu,
Berikanlah kami kekuatan untuk menegakkan agamamu,
Menerapkan AL-QURAN dan As-Sunnah.


12 Rabiulawal 1436H

Posted via Blogaway Pro

Post a Comment

Previous Post Next Post