Seruan Hizbut Tahrir Malaysia di Masjid Negara sebentar tadi selepas selesai solat Jumaat, 2 Januari 2015 bersamaan 11 Rabiulawal 1436H
Seruan Kepada Umat Islam Malaysia
اسلام عليكم ورحمةالله وبركاته

Muslimin yg berbahagia,

Kita telah lalui 2014 dgn suka dan duka. Banyak peristiwa besar yang sangat memberi kesan kepada kita. Antaranya,

1. Kehilangan pesawat MH370. Satu hal yang sangat mengejutkan dan amat pelik kerana menjadi misteri. Padahal benda sebesar itu tak mungkin boleh hilang dari dikesan oleh pengesan berteknologi terkini. Hingga sekarang kita masih tertanya-tanya dengan misteri tersebut.


2. Pemberontak menceroboh sempadan nasional dan menggugat keamanan. Insiden Lahad Datu mencetus pertumpahan darah hingga meragut beberapa nyawa. Entah apa punca yang sebenarnya, juga turut menjadi misteri..

3. Insiden pesawat MH17 juga turut menjadi misteri walaupun tragedi itu telah terbongkar.

4. Kejatuhan nilai ringgit dalam pasaran matawang.

5. Termeterai perjanjian dagangan TPPA dengan Amerika.

Dan banyak lagi peristiwa yang sayabkatakan sebagai merugikan umat dan negara!! Semua ini berlaku kerana satu saja punca besar. Punca atau sebab itu adalah HIDUP KITA TIDAK DIATUR DENGAN SYARIAH.

NEGARA KITA TIDAK DIATUR DENGAN SYARIAT ISLAM

NEGARA KITA BUKAN NEGARA ISLAM!!

Muslimin yang dikasihi,

Telah banyak langkah dan cara kita lakukan untuk atasi masalah. Melalui jalan demokrasi, jalan diplomasi, jalan yang Amerika dan kufur barat redhai! Ternyata jalan-jalan ini merugikan kita. Merugikan Islam. Merugikan negara malah haram dan berdosa kerana masalah-masalah itu tidak diselesaikan secara syar'ie.

Maka hari ini, untuk kesekian kali kalinya, saya menyeru kepada kalian bahawa jalan penyelesaian bagi seluruh masalah hidup WAJIB kita selesaikan berdasarkan syariat Islam. Bukan jalan lainnya.

Untuk mengembalikan syariat Islam yang penuh barakah dan redha Allah SWT, maka saya menyerukan kepada kalian agar bersama-sama untuk mendirikan semula negara Islam, daulah Khilafah rasyidah atas manhaj kenabian.

Yakinlah muslimin sekalian. Yakinlah dengan ketetapan Allah dan Rasul-Nya. Khilafah pasti kembali. Dan menyelesaikan setiap masalah dan membina kehidupan yang fitrah lagi mendapat redha dari-Nya.

Ayuh segera wahai muslimin sekalian. Ayuh segera melaksana syariat Allah dengan tertegaknya kembali Khilafah Islamiyah!

Ya Allah! Sungguh aku telah menyampaikan seruan-Mu..

لااله الاالله محمد رسل الله 3x
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Disunting dari tulisan: Ridhuan Hakim

Posted via Blogaway Pro


Post a Comment

Previous Post Next Post