Assalamualaikum,

DSAI semasa kes Liwat I, dan akan di penjara 5 tahun untuk kes Liwat II.
     Saya tertarik dengan percaturan baru politik di Malaysia, ini termasuklah dengan kesan selepas DSAI dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia. Perbicaraan tersebut yang mengambil masa hampir 7 tahun dan membawa pelbagai perubahan dalam politik di Malaysia. Namun kes Liwat II ini tidak se-gah kes pertama DSAI dijatuhkan dan disabitkan bersalah. Laungan reformasi ketika itu bergema sehinggakan berlaku demonstrasi besar-besaran ketika itu. Di sini kita lihat dari perspektif keseluruhan terhadap percaturan baru politik di Malaysia setelah DSAI di penjara kan di Sungai Buloh.


a) Piliharaya baru bagi Parlimen Permatang Pauh
Mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa seorang anggota parlimen akan lucut kelayakan sekiranya dijatuhi hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000.
Maka menurut artikel di atas, kita akan menyaksikan piliharaya kecil di Parlimen Parmatang Pauh untuk mengantikan DSAI yang telah disabitkan bersalah. Namun di sini akan timbul persoalan siapakah yang bakal di calonkan oleh Pakatan Rakyat untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh? Pastinya dari Parti Keadilan untuk bertanding di Parlimen tersebut memandangkan ianya menjadi medan atau lubuk untuk parti Keadilan semenjak tahun 1999 selepas peristiwa liwat I. Namun DSAI telah mula menguasai Permatang Pauh semenjak tahun 1982 lagi atas tiket Barisan Nasional. 

     Malahan nama-nama besar dalam arena politik Malaysia yang telah berjaya ditewaskan oleh DSAI ketika berada di dalam Parti Barisan Nasional adalah Mohamad Sabu dan Mahfuz Omar dari PAS. Secara logiknya, Parlimen ini lebih dominan dan simpati terhadap DSAI dan sokongan terhadap pihak pembangkang. 
Maka dengan bebarapa fakta sejarah piliharaya sebelum ini, saya menyakini bahawa Parti Keadilan atau calon Pakatan Rakyat bakal mendominasi Parlimen Permatang Pauh bagi mengantikan DSAI yang telah dilucutkan jawatannya. Dari analisis saya pasti Parti Keadilan akan menang besar dengan majoriti yang tinggi dalam Piliharaya kecil yang akan di adaakan kelak.

     Namun persoalan yang bakal di utarakan adalah siapakah calon yang akan di pilih di sana? Jelas menunjukkan Parti Keadilan tidak mempunyai figur-figur lain yang menonjol untuk mengantikan DSAI di Permatang Pauh, sebelum ini semasa ketiadaan DSAI, Datin Wan Azizah yang mengantikan suaminya untuk bertanding di Permatang Pauh. Dalam sistem demokrasi sekular ini pasti pelbagai percaturan baru yang akan di laksanakan oleh Pakatan Rakyat dalam mengekalkan kerusi tersebut di bawah Pakatan Rakyat. Adakah kerusi tersebut akan diserahkan kepada DAP atau PAS memandangkan Keadilan tidak mempunyai figur lain yang menonjol?

b) Ketua Pembangkang Untuk Pakatan Rakyat

     DSAI telah dilantik untuk menjadi Ketua Pembangkang setelah beliau di lepaskan dari Penjara Sungai Buloh dan berjaya mendapatkan kerusi Permatang Pauh dengan Piliharaya Kecil pada tahun 2008 dengan majoriti 15,671 mengalahkan calon dari Barisan Nasional dan AKIM . Dari detik tersebut beliau telah dipilih dari kalangan parti-parti Pakatan Rakyat untuk menjadi ketua Pembangkang di Parlimen. Jelas figur Anwar Ibrahim itu memang menjadi teras untuk kombinasi Pakatan Rakyat daripada PAS, DAP dan Keadilan.


     Kini dengan jatuhnya hukuman penjara 5 tahun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka beliau bakal digantikan dengan figur baru untuk mengepalai Pakatan Rakyat ( Pembangkan) di Dewan Parlimen:-
1959-1964: Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi (PAS)
1964-1969: Tan Chee Khoon (LPM)
1971-1973: Mohd Asri bin Haji Muda (PAS)
1973-1974: Lim Kit Siang (DAP)
1974: James Wong Kim Min (SNAP)
1974-1975: Edmund Langgu Anak Saga (SNAP)
1975-1999: Lim Kit Siang (DAP) (lantikan ke-2)
1999-2002: Fadzil Mohd Noor (PAS)
2002-2004: Abdul Hadi Awang (PAS)
2004-2008: Lim Kit Siang (DAP) (lantikan ke-3)
2008-2008: Wan Azizah Wan Ismail (PKR)
2008-kini: Anwar Ibrahim (PKR)
     Siapakah yang bakal mengantikan DSAI untuk menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen dan dari Parti manakah yang akan dipilih ? Berdasarkan fakta di atas PKR telah memimpin dari tahun 2008 sehingga 2015, dan sebelum itu telah dipimpin oleh DAP. Berdasarkan perkembangan terbaru yang menyaksikan PAS dan DAP, seolah-olah timbul sedikit perselisihan di antara kedua Parti tersebut, maka pemilihan dari Parti PAS dan DAP akan ditentang oleh kedua-dua pihak. Jadi pemilihan tersebut akan mengambil dari parti yang neutral yakni Parti Keadilan, namun siapakah yang akan di pilih dari Parti Keadilan?
Berdasarkan análisis saya, antara figur yang mempunyai karisma untuk memimpin Parti Pembangkan adalah Azmin Ali yang merupakan Menteri Besar Selangor. Barangkali akan ada dua calon yang akan di ajukan oleh Parti Keadilan yakni Datin Seri Wan Azizah dan Azmin Ali. Namun Azmin Ali yang merupakan Ahli Parlimen untuk Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa adalah lebih neutral untuk mengepalai parti-parti pembangkan di Parlimen.

     Untuk melantik Dato' Seri Abdul Hadi Awang, bakal menimbulkan persepsi yang berbeza daripada pihak pakatan rakyat. Malahan Dato' Seri Abdul Hadi sendiri ditentang oleh ahli PAS sendiri berdasarkan beberapa isu yang telah melanda Pakatan Rakyat seperti isu Menteri Besar Selangor dan terbaru isu berkenaan Hatta Ramli. Beliau merupakan Presiden PAS dan YB bagi Parlimen Rhu Redang dan DUN Marang. Isu Hatta Ramli yang dikatakan mempunyai konspirasi untuk menjatuhkan Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang.


Jadi, adakah Azmin Ali akan dilantik menjadi Ketua Pembangkang yang baru bagi Pakatan Rakyat?

c) Hala tuju Pakatan Rakyat Selepas Ketiadaaan DSAI

     Ini merupakan perkara asas untuk Pakatan Rakyat selepas ketiadaan DSAI untuk menjadi mediator atau orang tengah yang menyatukan mereka di bawah satu pakatan. Bebarapa isu yang telah timbul yang menganggu kestabilan Pakatan Rakyat tersebut contohnya isu Menteri Besar Selangor, kalimah Allah, HUDUD, isu Air Selangor , dan pelbagai lagi. Memang tidak dapat dirahsiakan lagi selama ini mastermind disebalik perancangan Pakatan Rakyat itu dirancang oleh DSAI dengan pimpinan dari PAS dan DAP.

     Oleh yang demikian, inilah masanya untuk Barisan Nasional (BN) mula mengorak langkah untuk menyerang PR dari pelbagai sudut dan isu kerana mereka sudah tidak mempunyai pemimpinan yang berkaliber seperti DSAI. Sejarah juga telah menunjukkan peningkatan sokongan terhadap PR setelah DSAI mengapalai mereka dari tahun 2008, dengan kemenangan yang besar untuk PRU yang lepas. Kerjasama Pakatan Rakyat di tubuhkan pada 1 April 2008 dengan kemenangan majoriti yang besar untuk PRU 2008 selepas 12th General Election. Untuk 10th General Election mereka telah menubuhkan Barisan Alternatif (BA).

     Berdasarkan sumber wikipedia, misi-misi daripada Parti-parti Pakatan Rakyat adalah seperti dibawah yang mana Parti Keadilan dengan ideologinya sendiri untuk menegakkan keadilan , PAS untuk menegakkan Syariah Islam di Malaysia dan DAP dengan ideologi sekular dan demokrasi.
Pakatan Rakyat is collectively led and managed by all constituent parties, with no official leader. Each political party in People's Alliance has its own ideology; PKR promotes its ideals that revolves around social justice and anti-corruption, PAS with its aim to establish Malaysia as a nation based on Islamic legal theory and DAP with its secular, multiracial, social democratic ideals.
Penutup

Jelas beberapa isu-isu di atas perlu di ambil perhatian oleh Pakatan Rakyat untuk memastikan keharmonia di antara parti-parti tersebut seterusnya untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang. Yang pasti Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO akan terus menyerang dan mencari kelemahan Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan dari rakyat Malaysia. 
Yang pasti sistem demokrasi akan terus mengecewakan umat Islam yang menginginkan sebuah negara yang mernerapkan Islam secara Kaffah. 
Koalisi yang berlaku diantara parti pembangkan yakni DAP, Keadilan dan PAS bukan yang dianjurkan oleh Islam berdasarkan sirah Rasulullah s.a.w. Apa yang berlaku adalah , kita ingin menerapkan dan melaksanakan Islam namun mengikut jalan yang tidak diredhai oleh Allah s.w.t dan bertentangan dengan thariqah (jalan) yang diambil oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam menubuhkan sebuah Negara Islam.
Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan jangan kamu mengikuti jejak langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh yang nyata bagi kamu.[Al-Quran 2:208]
Untuk 5 tahun kehadapan, kita akan menyaksikan perubahan landskap baru Politik di Malaysia dengan ketiadaan DSAI. Apakah Pakatan Rakyat akan terus bersatu di bawah satu koalisi atau mereka bakal berpecah dan membawa hala tuju masing-masing dengan beberapa isu yang telah berlaku yang mengugat kestabilan koalisi tersebut. Persoalan yang bakal dijawab;-


1) Adakah koalisi Pakatan Rakyat akan berkekalan untuk menghadapi Piliharaya Umum yang akan datang ?
2) Di manakah kedudukan pembangkang di mata rakyat Malaysia, mampukah PR mengugat untuk Pilihanraya Umum yang akan datang ?
3) Mampukah PR survive tanpa DSAI untuk tahun yang mendatang ?

Wasalam.


Post a Comment

Previous Post Next Post