Assalamualaikum,

     Sebagaimana entri saya sebelum ini, menurut analisis saya PR ketandusan calon bagi bertanding di Parlimen Permatang Pauh. Dalam masa yang sama bagi PAS dan DAP, mereka sendiri pastinya mempunyai persepsi yang berbeza jika ingin merampas kerusi tersebut dari Parti Keadilan. Dalam keadaan sekarang tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim, pastinya mereka akan mengambil langkah selamat dengan mendapatkan calon dari Parti Keadilah sendiri. Namun bagi Parti Keadilan pula, mereka tidak mempunyai figur lain yang lebih menonjol berbanding DSAI? Jadi siapakah yang bakal dicalonkan oleh Parti Keadilan? Dalam penulisan ini, saya akan membincangkan beberapa aspek berkenaan isu tersebut.



     Perkara ini bukan sesuatu yang baru untuk mencalonkan calon yang muda, dan media utama Malaysia mula mendapat petunjuk yang mana Parti Keadilan bakal meletakkan anak DSAI yang kedua yakni NURUL NUHA. Malahan beliau telah diberikan tugas pertama untuk muncul dan lebih menonjol di khalayak ramai dengan tugas menjadi pengerusi penganjur " Berarak demi kebebasan" yang bakal di lakukan Mac nanti. Anak sulung DSAI (Nurul Izzah) menafikan malahan enggan menjawab persoalan samada adik beliau itu bakal menjadi calon untuk Permatang Pauh by-election. Tapi sekirannya bukan Nurul Nuha calon dari Pakatan Rakyat, siapakah yang bakal mengisi kerusi tersebut ? 

     Memandang Permatang Pauh merupakan majoriti Melayu dan merupakan di antara kubu kuat hasil legasi DSAI, malahan isteri beliau juga pernah menang di Permatang Pauh ketika Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buloh. Namun Isteri beliau kini adalah ADUN bagi Kajang, di mana DUN asal Kajang  oleh Lee Chin Cheh telah meletak jawatan tanpa sebab. Pada ketika itu, penganalisis politik meramal bahawa DSAI bakal bertanding di DUN tersebut namun gagal mencalonkan nama apabila beliau telah disabitkan bersalah oleh Mahkamah Rayuan dan memaksa isteri beliau untuk bertanding. 
Namun untuk meletakkan Datuk Seri Wan Azizah bertanding di Parlimen Permatang Pauh juga bukan lagi idea yang baik, dan ia akan lebih menunjukkan bahawa Keadilan ketandusan calon malahan lebih berusaha untuk menggunakan pengaruh Wan Azizah.
Sudah tibakah masanya untuk mengetengahkan Nurul Nuha?

     Pada tahun 1998, Nurul Huda hanya berusia 12 tahun dan kini beliau telah dikatakan cukup matang untuk bergerak dalam arena politik dan meneruskan legasi ayah beliau di Permatang Pauh. Cukup matangkan beliau untuk menghadapi karenah politik di Malaysia. Kita sedia maklum cabaran yang bakal dihadapi beliau apabila mula aktif dalam politik di Malaysia. Lihat sahaja impak yang perlu dihadapi oleh kakak beliau Nurul Izzah, apabila telah menjadi ahli politik, setiap dari kehidupan itu bakal diperhatikan dan dilaporkan di media termasuklah isu rumah tangga beliau atau peribadi beliau. Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir sah bercerai.
Usia Nurul Izzah ketika bertanding di Parlimen Lembah Pantai adalah 28 tahun ketika pilihanraya umum 2008 , dan telah berjaya mengalah nama besar dari Barisan Nasional yakni Datuk Shahrizat Jalil. Dari segi umur, Nurul Nuha bakal lebih tua 31 tahun untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh jika di calonkan. Jadi dari segi usia Nurul Nuha jauh lebih matang usia untuk masuk ke medan politik di Malaysia, namun adakah beliau cukup bersedia  ? 
Jadi tidak pelik atau janggal, sesebuah parti itu untuk mencalonkan seorang yang muda dalam medan politik Malaysia. Malahan, figur-figur politik juga kebanyakkannya mendapat pengaruh dari legasi keluarga mereka seperti Perdana Menteri Najib sendiri, dia juga mendapat sokongan dahulunya hasil pengaruh bapa beliau Tun Razak. Maka bukan sesuatu yang janggal untuk DSAI atau Wan Azizah untuk mencalonkan anak beliau bagi bertanding di Parlimen Permatang Pauh.

Calon Muda vs Calon Berpengalaman

      Tidak dinafikan, calon yang berpengalaman bakal menjadi pertaruhan besar bagi sesebuah parti. Malahan bagi menghadapi calon yang baru atau tidak berpengalaman itu satu kelebihan besar. Contoh yang paling baru adalah kalahnya calon muda DAP Dyana Sofya kepada Datuk Mah Siew di Parlimen Teluk Intan pada pilihanraya kecil 2014. Antara perkara besar yang menjadikan isu hangat ketika pilihanraya tersebut adalah isu HUDUD PAS, malahan apa yang berlaku calon DAP Dyana gagal untuk menjawab persoalan wartawan atau media dengan baik sehingga jawapan beliau di manipulasi oleh Barisan Nasional.Pilihanraya Parlimen Teluk Intan 2014.

     Akhirnya, kredit bagi calon Barisan Nasional dan berjaya mengalahkan calon DAP Dyana Sofya yang ketika itu berumur. Dyana Sofya ketika itu adalah 27 tahun dan muda setahun berbanding Nurul Izzah yang mula masuk dalam kancah politik Malaysia pada usia 28 tahun.


Apa yang dapat kita analisis dari Parlimen Teluk Intan itu, biarpun kemenangan Datuk Mah amat tipis namun BN berjaya kembali untuk merampas kerusi dari DAP dalam piliharaya kecil itu. Berdasarkan umur dan kematangan di antara Dyana Sofya dan Nurul Nuha, kita dapat meramalkan bahawa Nurul Nuha lebih bersedia untuk masuk ke kancah politik Malaysia. 

    Malahan untuk anak-anak DSAI yang telah melalui segala onak dan duri sepanjang berjuang untuk sistem demokrasi di Malaysia, telah membina kematangan mereka berbanding Dyna Sofya yang tidak mempunyai latar belakang keluarga sebagaimana Nurul Nuha. Oleh yang demikian, saya meramalkan Parti Keadilan bakal mencalonkan Nurul Nuha bagi Parlimen Permatang Pauh. 
Kini, cabaran yang bakal di hadapi adalah untuk mendapatkan kesepakatan daripada PAS dan DAP di atas satu koalisi politik. Pastinya DAP dan PAS tidak akan diberikan untuk merampas kerusi itu dari Keadilan, cuma mereka perlu menyetujui siapakah yang bakal bertanding di Parlimen tersebut.
Kita nantikan siapakah yang akan di calonkan oleh Parti Keadilan dan kesepakatan dengan PAKATAN RAKYAT ??

Nota: Penulis menolak sistem demokrasi, dan berjuang mengembalikan Islam dengan sistem Khilafah.

Iskandar Musa, 14 Februari 2015.

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut:

Post a Comment

Previous Post Next Post