Assalamualaikum.



Mansuhkan Hukuman Khalwat

Beberapa minggu ini, Malaysia dipanaskan dengan gesaan oleh G25, ataupun group dari 25 orang golongan profesional. Hukuman Khalwat di mansuhkan.Apa yang menjadi perbualan hangat samada di media sosial mahupun di kedai kopi, adalah cadangan mereka kepada kerajaan agar memansuhkan undang-undang berkaitan dengan khalwat yang disampaikan oleh Noor Farida Ariffin. 

Dan dari situ, bertubi-tubilah G25 dilontarkan pelbagai tohmahan dan kecaman malahan mendapat perhatian dari kalangan pejabat mufti yang ada di Malaysia. Secara jujur, saya tidak nampak peranan besar pejabat-pejabat mufti yang ada di Malaysia ini. Isu khalwat: Mufti tanya mana G25 dapat hadis. Suara pejabat mufti ini jarang sekali kedengaran dan isu ini akhirnya mengejutkan semua mufti-mufti yang sedang tidur. Lantas bangun memberikan kenyataan dan mengesa agar G25 kembali bertaubat. 


Tapi apakah kita sedar, adakah pelik G25 wujud dalam sistem Malaysia dewasa ini, yang tidak menerapkan Islam dan mengetepikan Al-Quran. Kita sewajarnya telah sedar bahawa aturan yang mengatur kita seharian tidak berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah. Tapi sebab G25 menyatakan sesuatu yang jelas secara bahasa berkaitan dengan Islam yakni "KHALWAT" maka ia menjadi perbualan hangat di Malaysia , tapi adakah undang-undang khalwat itu selari dengan Islam? Haram hukumnya memasuki rumah @ premis tanpa izin daripada tuan rumah/premis tersebut.

Tapi sedarkah para mufti hari ini, bahaya G25 ini adalah picisan dari masalah yang wujud dalam sistem demokrasi hari ini yang meletakkan manusia itu sebagai pembuat hukum. Masalah atau keharaman yang berlaku dengan melaksanakan undang-undang di Parlimen yang tidak berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah, dan meletakkan manusia sebagai pembuat hukum mengatasi kuasa Allah, adakah itu tidak berdosa dan wajar dibiarkan agar terus berjalan ? 

Wajibnya, para mufti dan umat perlu sedar keharaman ini, malahan pejabat mufti sewajibnya dengan kapasiti mereka sebagai ketua dan penguatkuasaan undang-undang Islam agar menasihat kerajaan itu kembali kepada Islam dan menerapkan Islam secara kaffah. Menggubal undang-undang itu selari dengan perintah Allah dan Rasul, dan bukannya menjadikan Barat itu sebagai sumber hukum. Malahan pemerintah yang berkawan baik dengan pembunuh umat Islam, mengapa golongan mufti tidak menegur mereka agar tidak wajar itu bersahabat baik dengan pembunuh umat Islam.

Ini sahajakah punca masalah umat Islam hari ini?

Bukannya hanya melihat isu G25 ini sebagai " satu masalah" dan cuba merungkai peyelesaiannya tapi adalah lebih baik mereka melihat permasalahan itu secara keseluruhan. Mencari pokok permasalah yakni Malaysia yang masih tidak diatur dengan pemerintahan Islam, dan ini adalah cabang-cabang dari kesan penerapan sistem demokrasi hari ini.

Malahan kenyataan Ust Fathu Bari' juga lebih untuk mempertahankan kerajaan yang ada sekarang ini yang tidak langsungkan melaksanakan Islam secara kaffah. Malahan kenyataannya juga adalah memutarbelitkan dan manipulasikan agama untuk kepentingan kerajaan, walhal jelas kerajaan yang ada sekarang tidak menerapkan hukum Allah. Menggunakan nas Al-Quran mahupun hadith sekadar untuk menghalalkan perbuatan mereka. Berbezakah UMNO dan Puak G25, walhal kedua-duanya liberal?


Sistem pendidikan, sosial, ekonomi, pemerintahan dan jenayaha di atur dengan aturan yang paksikan berlembagaan Lord Reid sejak Malaysia mendapat kemerdekaan. Lihat saja undang-undang zina dalam undang-undang Islam di Malaysia. Jika anda layari http://www.esyariah.gov.my/. Maka anda akan temui hukuman zina seperti di bawah;
Mana-mana orang yang berzina adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Sumber: ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1988 9/1988

Adakah hukuman di atas selari dengan perintah Allah, bagaimana pula jika G25 memcadangkan agar dimansuhkan undang-undang zina Malaysia, adakah kita akan mempertahankannya? Wajarkah kita mempertahankannya sedangkan undang-undang tersebut langsung tidak selari dengan perintah Allah seperti di bawah;
Pezina perempuan dan laki-laki hendaklah dicambuk seratus kali dan janganlah merasa belas kasihan kepada keduanya sehingga mencegah kamu dalam menjalankan hukum Allah, hal ini jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhir. Dan hendaklah dalam menjatuhkan sanksi (mencambuk) mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.
Pokok wujudnya undang-undang yang tidak selari dengan Islam ini adalah kerana kita masih menggunakan perlembagaan yang tidak bersandarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Tidak menerapkan sistem pemerintahan Islam. Selagi mana sistem dan pemerintahan yang ada sekarang tidak ditukarkan kepada sistem Islam, selagi itulah umat Islam akan hidup dalam kesengsaraan dan hukum Islam itu tidak akan dapat dilaksanakan.

Ustaz-ustaz UMNO dan mufti-mufti perlu bangkit, dan kembalilah kepada Islam yang sebenar. Ingatlah janji Allah kepada mereka yang mengorbankan harta dan nyawa di jalan Allah. Usahlah menjadi pengikut pemimpin-pemimpin zalim yang terus melaksanakan sistem yang tidak berpaksikan Islam.

Iskandar Musa.

2 Comments

Hamba tuhan said…
Asas dah silap..umpama...pokok yg membesar di tanah yg tandus ...juga akan rosaklah dahan dan daun2 nye....
ISKANDAR581 said…
Benar hamba tuhan, asas nya salah...melahirkan cabang2 yg salah..
Previous Post Next Post