Ancaman Terhadap Lelaki yang Tidak Solat Jumaat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, 
لينتهيَنَّ أقوامٌ عن ودعِهم الجُمعاتِ أو ليختِمَنَّ اللهُ على قلوبِهم ثمَّ ليكونَنَّ من الغافلين 
“Sungguh harus berhenti orang-orang yang terbiasa meninggalkan solat Jumaat, atau sungguh Allah benar-benar akan menutup hati-hati mereka, kemudian sungguh benar-benar mereka akan termasuk orang-orang yang lalai.” [Hadith Shahih Riwayat Muslim dari Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhuma]
Beberapa Pelajaran:

1) Bahaya meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja tanpa ada alasan yang dibenarkan oleh syari’at.

2) Peringatan kepada orang-orang yang meninggalkan solat Jumaat untuk segera bertaubat kepada Allah Ta’ala.

3) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak mengkhabarkan kecuali wahyu, maka dua kemungkinan dalam hadith yang mulia ini pasti terjadi.

Al-Qodhi ‘Iyadh rahimahullah berkata,

وَالْمَعْنَى أَنَّ أَحَدَ الْأَمْرَيْنِ كَائِنٌ لَا مَحَالَةَ، إِمَّا الِانْتِهَاءُ عَنْ تَرْكِ الْجُمُعَاتِ، وَإِمَّا خَتْمُ اللَّهِ عَلَى قُلُوبِهِمْ، فَإِنَّ اعْتِيَادَ تَرْكِ الْجُمُعَةِ يُغَلِّبُ الرَّيْنَ عَلَى الْقَلْبِ وَيُزَهِّدُ النُّفُوسَ فِي الطَّاعَةِ، وَذَلِكَ يُؤَدِّي بِهِمْ إِلَى أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْغَافِلِينَ

“Maknanya, bahawa satu dari dua perkara mesti terjadi pada siapa pun tidak mungkin tidak, iaitu apakah segera berhenti meninggalkan solat Jumaat, atau kalau tidak maka Allah akan menutup hati-hati mereka, kerana terbiasa meninggalkan solat Jumaat menyebabkan dominasi noda hitam di hati, menjadikan jiwa malas dalam melakukan ketaatan, dan itu semua menghantarkan mereka menjadi orang-orang yang lalai.” [Al-Mirqoh, 3/1023]

4) Bahaya berpaling dari kebenaran dan tidak mengamalkan perintah Allah Ta’ala, bahawa orang yang melakukannya akan ditimpa ‘azab pada hatinya; Allah Ta’ala akan menutup hatinya sehingga dia tersesat dan tidak dapat mengenal kebenaran, dan kelak dia akan ditimpa ‘azab pada badannya, setelah ‘azab pada hatinya tersebut.

5) Solat Jumaat diwajibkan bagi orang yang terpenuhi padanya 6 syarat:
• Muslim,
• Lelaki,
• Baligh,
• Berakal,
• Merdeka,
• Muqim.

   Maka orang kafir, wanita, anak kecil yang belum baligh, orang gila, hamba dan musafir tidak diwajibkan solat Jumaat, hanya saja orang kafir tetap akan mendapatkan hukuman kerana kekafirannya, ditambah dengan hukuman kerana tidak melakukan solat Jumaat dan meninggalkan kewajipan-kewajipan yang lainnya.

[Lihat Subulus Salam, 1/397 dan Majmu’ Fatawa Asy-Syaikh Ibni Baz rahimahullah, 12/320-321, Fatawa Al-Lajnah Ad-Daimah, 7/88 no. 17157]

Sebarkan untuk mendapat pahala. 




Post a Comment

Previous Post Next Post