Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,



Penulisan kali ini saya hendak berkongsi serba sedikit berkenaan perjalanan ke Pulau Jeju pada bulan Disember 2015. Bagi mereka yang telah merancang ke Pulau ini pastinya akan mempunyai perancangan tersendiri malahan mungkin lebih baik dari saya. Namun perkongsian saya ini berdasarkan pengalaman peribada menerokai Jeju Island.


Jeju Island terletak di selatan Korea Selatan, dan kedudukannya dibawah Korea Selatan. Untuk ke Pulau Jeju ini anda boleh menggunakan pelbagai pengangkutan awam yang ada samada kapal laut mahupun kapal terbang. Untuk kapal terbang anda boleh terbang menerusi Seoul Airport mahupun dari Busan Airport (Gimhae Airport). Di Seoul, terdapat dua lapangan terbang, satu domestik dan satu international yakni Incheon. Untuk domestik menerusi Gimpo Airport dan perlu menaiki bas atau keretapi dari Incheon Airport.

Di Pulau Jeju, kemudahan untuk bergerak di dalam Pulau ini samada menggunakan bas, sewa kereta atau teksi. Kami telah memilih untuk menggunakan perkhidmatan bas, memandangkan perkhidmatan bas di sini amat baik dan tidak perlu menunggu lama, maka pilihan untuk travel budget amatlah menjadi pilihan.

Saya juga akan berkongsi excel file softcopy, akan perjalanan yang telah diatur untuk perjalanan kami selama 3 hari 2 malam di Jeju ini. Dalam masa yang singkat ini, insyallah sekiranya anda mengikuti rancangan file excel saya ini, anda akan dapat menerokai tempat-tempat tarikan utama di Jeju Island.

Kami pergi ke sana dengan menggunakan Easterjet menerusi Busan Gimhae Airport dan pulang dengan menggunakan Jeju Air juga menerusi Busan Aiport. Antara tempat-tempat yang kami merancang untuk pergi adalah seperti dibawah. Perjalanan kami dengan bas dari Jeju City ke timur Jeju, dan tempat destinasi adalah sepanjang perjalanan, mengelakkan untuk ke belakang melawat destinasi-destinasi menarik.

Untuk pengetahuan semua kami, sampai agak awal pagi, jadi hari pertama terus pergi ke destinasi-destinasi yang telah dirancang.

1) Gimnyeong Maze Park: Asalnya hari pertama terus pergi ke sini, memandang kami merancang untuk pergi ke IIchubung sunrise peak, maka untuk mengelakkan kesuntukan masa kami terus pergi ke IIchubung. Skip pergi Maze Park.



2) IIchubung Sunrise Peak: Ini adalah destinasi utama yang mesti disinggahi oleh mana-mana pelancong yang datang ke Jeju.

3) Dari IIchubung Sunrise Peak kami pergi ke Bandar Seogwipo, disini terdapat 2 Air Terjun yang wajib untuk disinggahi oleh para pelancong. 

4) Dari Seogwipo kami seharusnya bergerak ke Jungmun area, namun disebabkan keletihan, kami terlepas tempat perhentian yang sepatutnya dituju, dan bas terus menuju ke Bandar Jeju. Disebabkan kami menaiki bas ekpress, maka bas tersebut menggunakan lebuhraya dan tiada tempat untuk berhenti.

Di Bandar Jeju kami singgah di Yongduam Dragon Head sahaja. Sepatutnya hari kedua kami singgah di Air Terjun Jungmun dan trekking di Mt Hallasan. Namun disebabkan kami terlepas perhentian di Jungmun, maka kami tidak dapat meneruskan perancangan asal.

Plan B kami, kami isikan dengan pergi ke Menjanggul Cave,dan Gimnyeongsagul Cave memandangkan kami terlepas destinasi yang dituju. Biarpun terlepas air Terjun Jungmun, namun Plan B kami memberikan percutiaan yang optimun di Pulau Jeju.


Penginapan di Jeju Island ini, kami rancang sekadar untuk berehat sahaja dan tidur. Maka pilihan kami terdapat dua hotel yang disyorkan di Pulau Jeju yakni ;

Seogwipo : Hostel Minjoonggak- selesa dan biliknya boleh memuatkan kalau keluarga besar.
Jeju: Goodstay Hostel- biliknya agak kecil dan cukup untuk 2 orang sahaja namun selesa dan memuaskan.


Secara kasarnya untuk perjalanan tanpa kanak-kanak, ia adalah memandai dan lebih thrill untuk menggunakan bas awam dan ke tempat-tempat yang ditujui dengan berjalan kaki sahaja. Namun jika bercuti bersama kanak-kanak kecil , adalah lebih baik untuk menyewa kenderaan disini, dan memandangkan sewa sekitar RM 100++ sahaja untuk sehari. Namun untuk memandu disini, pastinya perlukan lesen antarabangsa.

Tip ringkas lain:
1. Flight Busan to Jeju, adalah sangat murah pada hari weekdays
2. Penginapan banyak Jeju, boleh booking in advance dengan Agoda.com
3. Ambillah peta-peta di lapangan terbang untuk rujukan
4. Pastikan tulis perkataan Korean tertentu agar boleh ditunjukkan kepada orang Korea especially ketika makan di Restoran.

Makan Halal;
- boleh mencuba beberapa menu terkenal di Jeju seperti Maeutang ( Hot Spicy Fish Soup). Di Seongwipo ada restoran Ikan yang menjamu makanan ini.
- Kedai Halal juga terdapat di Jeju, kami makan di Halal restoran yang tidak jauh dari Goodstay Hostel.


Di Hostel Goodstay, ada sediakan breakfast dan pinggan mangkuk juga dipisahkan untuk penggunaan orang Muslim dan orang bukan Muslim. Jadi tidak perlu khuatir juga pinggan mangkuk yang digunakan itu samada untuk makanan tidak halal. Ini antara keistimewaan tinggal di Hostel ini. Makan breakfast berkonsepkan masakn sendiri seperti telur dan roti, namun cukup untuk mengenyangkan kami.

Sampai disini sahaja perkongsian kami di Jeju Island. 3 hari 2 malam yang penuh adventure dan pastinya anda juga boleh merasai pengalaman yang sama.

Excel File Itinerary in Jeju Island
Map Jeju Island and tourism spot
Jeju's Map in English

Wasalam.

Iskandar Musa
April 2016.

Post a Comment

Previous Post Next Post