Assalamualaikum,

Alhamdulillah, saya diberikan keizinan oleh-Nya untuk di tanah suci Makkah Al-Mukaramah. Betapa saya bersyukur kepada Allah atas anugerah yang tidak terhingga ini, Alhamdulillah. Entri Part 5, saya ini berkongsi bagaimana keadaan di Masjidil Haram yang sepatu menjadikan asset terpenting buat setiap jemaah. Biarpun rak-rak telah disediakan di setiap pintu masuk malahan di kawasan solat juga terdapat rak-rak kasut. Namun tetap sahaja setia jemaah akan membawa sepatu masing- masing bersama ketika solat.

Berkesempatan bersolat di saf yang ke-5 daripada depan. Dapat dilihat tempat imam adalah dihadapan yang terdapat mic warna emas. Ketika ini menanti solat Maqrib.


Ada beberapa perkara perlu diingatkan agar kita tidak melakukan perkara yang sama. Penulis juga berbuat demikian, kerana dalam masa tertentu kita masuk dan keluar dari pintu yang berlainan. Pada saya kes kehilangan sepatu di Masjid Haram bukanlah disebabkan kecurian tapi disebabkan jemaah lupa rak mana yang beliau letak dahulu dan akhirnya mencari ditempat yang salah, bahkan ada jemaah yang lain yang mencari sepatu beliau dan tidak sengaja merubah kedudukan sepatu jemaah lain. Ini kerana selepas solat saya kerap balik lewat, kerana mengelakkan kesesakan di pintu keluar, jadi di situ saya terlihat banyak sekali sepatu yang terbiar tiada lagi empunya sepatu. Terdapat banyak sekali pintu masuk ke Masjidil Haram dan bagi orang yang pertama kali ataupun masih baru, maka mereka boleh tersesat dalam mencari tempat rak di mana mereka meletakkan kasut.

Jika dalam tempoh masa tertentu tidak diambil maka pihak pengurusan Masjidil Haram akan mengutip dan seterusnya membuang semua sepatu-sepatu tersebut. Sebelum ini saya hanya memerhatikan setiap jemaah membawa sepatu masing-masing ketika solat tarawih yang ditayangkan secara langsung dari masjidil haram . Ikutkan memang sedikit pelik mengapa mereka membawa sepatu bersama ketika solat. Nah kini setelah saya berada di sini, saya memahami realiti keadaan yang memerlukan setiap dari jemaah menjaga sepatu masing-masing agar tidak kehilangan seterusnya perlu membeli sepatu baru. Biarpun harga sepatu ini hanya RM5.00 atau lebih mahal, namun ia menjadi aset yang berharga buat semua jemaah yang datang ke masjidil haram. Malahan dapat dilihat bukan sahaja orang luar yang berbuat demikian, malahan pak-pak Arab orang tempatan juga berbuat demikian.


Sarung atau Plastik Sepatu 

Malahan plastik -plastik menyimpan kasut juga di bekalkan oleh pihak masjidil haram. Ini bagi memastikan kebersihan kawasan masjid dan kesuciannya. Bagi saya tiada masalah nak membawa kasut/selipar ketika solat dan seterusnya Tawaf, namun apa yang perlu dijaga adalah najis yang melekat pada kasut, maka umat Islam perlulah memperhatikan perkara tersebut.  Ini kerana di kawasan Makkah banyak sekali burung merpati yang diberi makan oleh orang tempatan pagi dan petang, jadi kemungkinan kita terpijak najis burung tersebut dan seterusnya dibawa bersama ketika solat, tawaf mahupun saie. Di luar Masjidil Haram terdapat beberapa tempat wuduk lelaki dan tandas, maka sebaiknya basuhlah sepatu anda sebelum dibawa masuk ke dalam masjid, ini bagi memastikan tiada najis burung merpati yang terlekat.

     Ini bagi memastikan kita tidak solat di kawasan yang bernajis atau pun penyebab batalnya Tawaf kita disebabkan mengendong sepatu yang bernajis. Maka hal ini perlu dititikberatkan agar tidak menyusahkan orang lain malahan ibadah kita tidak diterima oleh Allah swt. Juga boleh dicadangkan agar kita membawa satu selipar spare yang baru di dalam beg manakala yang kita pakai diletakkan di tempat-tempat yang disediakan oleh pihak masjid. Jadi ketika solat, tawaf mahupun saie kita akan dapat mengelakkan sebarang was-was akan kebersihan sepatu yang kita kendong bersama-sama.


Hajarul Aswad (Batu Hitam)

    Ini merupakan batu dari syurga yang diturunkan ke bumi dan kini diletakkan di penjuru permulaan tawaf. Sunat menyentuh dan mengucup Hajarul Aswad bagi setiap pusingan tawaf, namun ianya amatlah sukar untuk dilakukan kerana ramainya jemaah yang melakukan tawaf dalam sesuatu masa.
Saya ingin berkongsi pengalaman saya yang turut berebut-rebut untuk menyentuh dan seterusnya mengucup hajarul aswad. Pusingan yang dilakukan semata-mata untuk mengucup Hajarul Aswad dan bukannya tawaf sunat, kerana andai melakukan tawaf pasti sudah batal kerana tolak menolak yang berlaku i.e tidak mengirikan kaabah dan sebagainya . Berlaku tolak menolak dan ada yang bertakbir untuk mengucup batu tersebut, dan saya juga turut sama juga menyelit dan ketika itulah selipar yang dikendong di ketiak terlepas dari saya disebabkan tarik menarik dan tolak menolak yang berlaku.


Pak Arab akan menyapu batu hajarul aswad dengan minyak wangi sebelum solat. Hajarul Aswad di penjuru Kaabah di kawal oleh pengawal masjidil haram.

Pada saat itulah saya berfikir mengapakah sampai begini sekali mereka sanggup lakukan semata-mata mengejar yang sunat tetapi sanggup menyakiti orang Islam yang lain dengan tolakkan, sikuan dan sebagainya. Biarpun apa pun alasan, alangkah tidak Islaminya kita bertindak sedemikian dan seolah-olah setiap dari individu tersebut bersifat individualistik yakni yang penting beliau dapat mengucup tanpa memikirkan jalannya bagaimana. Dari saat itulah, saya berfikir tidak wajar untuk melontar  teruskan usaha saya itu dan memikirkan Allah pasti tahu apa tujuan kita dan kita telah berusaha dan insyallah redha akan kita.

Selain itu banyak sekali cerita yang mana orang Indonesia di Masjidil Haram mengambil peluang untuk di upah dalam membantu seseorang mencium hajarul aswad. Apa yang saya boleh katakan, kalau kita betul ingin mengucup hajarul aswad, bolehlah berkerjasama dalam satu kumpulan contoh 5 orang dan membantu rakan tersebut untuk menyentuh dan mengucup Hajarul Aswad. Tapi perlu di ambil perhatian bagi mereka yang masih berihram, anda mungkin akan dikenakan dam apabila tersentuh wangian yang disapu ke atas batu tersebut.

    Apa yang kita lakukan hari ini semata-mata kerana kita mengikuti Nabi junjunga kita Muhammad saw. Makanya kita lakukan sebagai satu ibadah sebagaimana yang diajar oleh Nabi. Sebagaimana kata-kata Umar R.A yang menyatakan beliau mencium batu tersebut kerana Rasulullah saw melakukannya.

“Dari ‘Abis bin Robi’ah, ia berkata, “Aku pernah melihat ‘Umar (bin Al Khottob) mencium hajar Aswad. Lantas ‘Umar berkata, “Sesungguhnya aku menciummu dan aku tahu bahwa engkau hanyalah batu. Seandainya aku tidak melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menciummu, maka tentu aku tidak akan menciummu” 

(HR. Bukhari no. 1597, 1605 dan Muslim no. 1270).

Inilah yang sewajibnya kita lakukan sebagai umat Nabi saw contohi, apa yang kita lakukan berpandukan pada apa yang diajar oleh baginda. Bukan kita menjadikan Barat ataupun akal itu sebagai tolok ukur boleh atau tidaknya sesuatu perkara itu, namun kita jadikan Muhammad saw itu sebagai contoh terbaik yang diturunkan oleh Allah swt. Oleh yang demikian, dalam segala aspek kita perlu mencontohi Rasulullah dari pakaian, makanan, sosial dan juga NEGARA. Bukan Islam itu hanya di gunapakai saat mahu kahwin dan cerai, tapi Islam itu di adopsi dalam segala aspek pengaturan kehidupan seharian kita. Moga penulisan ini memberikan serba sedikit pencerahan kepada kita selain memahami aspek-aspek umrah dan haji.

Kepelbagaian bangsa dan warna kulit ketika musim haji ini membuktikan umat Islam mampu bersatu. Biarpun yang mengimani solat di Masjidil Haram berbeza mazhab i.e. tiada Qunut, namun saya melihat semua umat Islam mampu berdiri di belakang imam yang sama. Inilah peri pentingnya kita umat Islam mempunyai seorang pemimpin ( Khalifah) yang mengetuai dan memimpin kita. Menetapkan akan sesuatu ketetapan yang wajib diikuti oleh seluruh umat Islam dan umat bersatu di bawahnya atas landasan Islam yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

Nota: Gambar tidak dapat di upload terlalu banyak kerana kekangan sambungan internet/WiFi di Makkah Al-Mukarramah.

Dari Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah 2014.

Anda mungkin juga berminat untuk membaca siri-siri lain Pejalan Haji seperti dibawah;

11 Hari Menuju Hari WUKUF.
Previous Post Next Post