Assalamualaikum buat rakan-rakan seakidah & seperjuangan,

Ayuh mari kita sama-sama bersatu untuk berhimpun bagi membantah kekejaman yang dilakukan ke atas umat Islam Uighur di Wilayah China. Umat Islam di sana dihalang untuk mengamalkan Islam dengan aman malahan mereka di paksa untuk memakan babi dan meminum arak.

Apatah lagi apabila mereka ingin berpuasa, mereka turut dihalang daripada mengamalkannya. Apakah ini sikap seorang yang menagungkan kemanusiaan? Apakah kita sebagai seorang muslim terus membiarkan perkara ini daripada berlaku. Ya benar, sebagai seorang rakyat biasa kita tak mampu untuk bertindak di atas kekejaman China ini kerana hanya institusi KHILAFAH atau negara Islam yang mampu menyelamatkan umat Islam Xinjiang serta mengetarkan Negara China, yang mana ketika ini umat Islam tidak mempunyai sebuah negara yang berlandaskan jalan Rasulullah s.a.w.



Wahai umat Islam, sesungguhnya Muslim Uighur sedang berhadapan dengan penindasan di bawah cengkaman rejim Komunis China. Pihak rejim bertungkus-lumus untuk memastikan mereka tunduk kepada rejim dan mendoktrinkan ideologi kufur ke atas mereka melalui kem-kem "pendidikan semula" yang tumbuh bak cendawan selepas hujan di wilayah Xinjiang. 
Tidak cukup dengan itu, rejim Komunis China juga cuba menghapuskan identiti Uighur dan memaksa Muslim Uighur agar meninggalkan ajaran yang dipegang selama ini. Kini lebih 1 juta orang Muslim Uighur dipisahkan secara paksa daripada keluarga mereka dan ditahan di kem "pendidikan semula" atas alasan memerangi ekstremisme.

Wajarkah kita berdiam diri membiarkan saudara seakidah kita berhadapan dengan penindasan sedemikian rupa?

Ayuh, marilah bersama-sama menunjukkan solidariti kita bersama saudara kita Muslim Uighur dengan menghadiri Himpunan 111 di hadapan Kedutaan China pada 11 Januari 2019 (Jumaat ini). Marilah kita bersama menzahirkan dokongan kita terhadap mereka yang dizalimi, tanpa mengira latarbelakang bangsa dan kepartian. Kita adalah umat yang satu, meskipun berjauhan dan bertutur dalam bahasa yang berbeza. Akidah Islam menyatukan kita, dan dengan akidah ini jualah yang mendorong kita untuk bangkit mendesak pembelaan ke atas mereka.

#SaveMuslimUighur 
#WeNeedKhilafah

Post a Comment

Previous Post Next Post