Selatan Thailand adalah bahagian yang majoritinya didiami oleh kaum Muslimin dan kawasan ini telah lama bergolak kerana kekejaman yang dilakukan oleh kerajaan kufur Thailand ke atas kaum Muslimin di sana.

Penderitaan umat Islam di wilayah selatan Thai sebenarnya telah lama bermula, iaitu sejak kejatuhan Kesultanan Melayu-Islam Pattani pada tahun 1786. Tentera-tentera Siam telah bertindak di luar batas kemanusiaan ketika memasuki wilayah-wilayah Pattani. Dengan kejatuhan empayar agung itu, yang pernah menguasai wilayah selatan Thai bermula dari Phattalung hingga ke negeri Terengganu, ini bermakna wilayah Pattani telah dijajah sepenuhnya oleh Kerajaan Siam, termasuklah Kelantan dan Terengganu. Keamanan di kawasan tersebut hampir hilang terutamanya setelah penghapusan pemerintahan Kesultanan Melayu-Islam Pattani melalui dasar Thesaphiban pada tahun 1902. Empayar tersebut kemudiannya pupus secara mutlak apabila perjanjian sempadan (Perjanjian Bangkok) ditandatangani pada 1909 di antara Kerajaan Siam dan British, yang mana ia menyaksikan British mengiktiraf penguasaan Siam ke atas Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla manakala British pula mendapat kuasa mutlak ke atas Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sejak itu juga, orang-orang Islam selatan Thai berada di dalam keadaan tertekan dan daif.

Kedudukan umat Islam di selatan Thai saling tak tumpah dengan umat Islam di Kashmir yang mana British telah menyerahkan wilayah yang majoritinya Muslim itu kepada India. Akhirnya pembantaian demi pembantaian dilakukan oleh kerajaan India ke atas kaum Muslimin. Kedudukan umat Islam di kedua-dua kawasan itu amat tersepit dan mereka seperti sudah hilang tempat bergantung. Di selatan Thai mereka, mengharapkan bantuan dari kerajaan yang beragama Islam di Malaysia agar dapat mengeluarkan mereka dari malapetaka yang menimpa, namun kerana sempadan wathaniyyah dan assabiyyah yang telah British reka, pemimpin Malaysia hanya pejam mata menyaksikan umat Islam selatan Thai dibunuh dengan kejam saban hari oleh tentera kufur Thailand.

Apa yang kerajaan Malaysia berminat hanyalah membantu dari segi ‘pembangunan’, dan kerajaan nampaknya langsung tidak berminat untuk menyelamatkan ‘nyawa’ umat Islam yang semakin terancam di sana. Inilah hakikat sebuah kerajaan Kapitalis. Di saat nyawa umat Islam dianggap seperti nyawa ikan oleh kerajaan kufur Thailand, dan mereka (umat Islam) sentiasa disembelih oleh tentera Thai, kerajaan Malaysia hanya mengintai bagaimana untuk menambahkan duit poket dengan pembangunan yang bakal dilaburkan di sana!!! Kapitalis! Kapitalis!

Sesungguhnya nasib umat Islam di selatan Thai tidak akan terbela selagi tidak munculnya seorang Khalifah yang akan menyelamatkan umat Muhammad ini. Khalifahlah satu-satunya harapan yang ada untuk kita bersama-sama menyaksikan pembunuhan ke atas saudara-saudara kita di selatan Thailand segera berakhir. Bukan setakat itu, bahkan Khalifah jualah yang akan menjadi orang yang pertama menakluki Tahiland dan menjadikannya sebahagian dari Daulah Islam, Insya Allah. Jika selama ini, Thailand berbangga yang negaranya belum pernah dijajah oleh negara lain, Insya Allah dengan adanya Khalifah nanti, Thailand akan dibuka dan penduduknya akan memeluk Islam secara beramai-ramai.

Post a Comment

Previous Post Next Post